Langkau ke kandungan utama

Sebongkah Batu Di Kuala Berang DiHaramkan

Akhirnya berjaya juga memiliki senaskah buku kontroversi minggu lepas melalui tempahan online; "Sebongkah Batu Di Kuala Berang".

Sebongkah Batu Di Kuala Berang diharamkan
Sebongkah Batu Di Kuala Berang


Buku yang diterbitkan oleh PTS LITERA UTAMA telah diharamkan oleh JAKIM.  Punca dan sebab pengharamannya saya agak kurang jelas.

Yang pasti penulis buku ini Dr. Haji Faisal Tehrani pernah popular dengan kontroversi yang mengaitkan beliau dengan fahaman syiah di Malaysia.  
(Google - untuk mendapatkan maklumat lanjut)

Sejak dari dulu saya sentiasa mengikuti hasil karya beliau setelah terbaca novel sastera yang diwajibkan bagi pelajar tingkatan 4 dan 5.

Saya memiliki lebih 6 koleksi novel beliau.  Antaranya :

  • Tuhan Manusia
  • Bila Tuhan Berbicara
  • Ketupat Cinta
  • Cinta Sang Po Bo
  • 1511 H Kombat
  • Ditektif Indigo.

Dan yang terkini Sebongkah Batu Di Kuala Berang.

"Buku kecil ini mengisahkan sekumpulan pelajar tahun akhir di sebuah institusi Akademik Seni Islam yang perlu menyiapkan tugasan terakhir dengan cemerlang, iaitu dokumentari drama yang mengkaji kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Kisah kedatangan Islam yang dikaji dengan secara terperinci itu dialihkan ke dokumentari drama dengan tuntutan seni yang tinggi. Alur ceritanya mula bergolak dengan sikap pelakon yang bermasalah sehingga dokumentari itu gagal memenuhi tarikh akhir. Dalam tuntutan-tuntutan yang semakin mendesak, Faisal Tehrani memberikan sebuah penyudah yang tidak disangka."
Naqi
"Pahatkan kita batu sungai empat muka.
Terdapat ia perihal Islam masuk ke benua ini.Perihal orang negeri menerima Islam itu Allah Esa, Rasul-Nya Muhammad dan sekian ajaran dan jalan agama suci ini."

Cerita yang ringkas, namun padat dengan fakta dan ilmu.

Puan Ainon Mohd selaku penerbit pernah mempetahankan buku ini dalam kenyataan beliau di Malaysiakini.  

"Pengerusi Kumpulan Syarikat-syarikat PTS, Ainon Mohd berkata, pihaknya dari awal sedia maklum "kemungkinan karya itu dikontroversikan sentiasa ada" ekoran perkara itu sering menimpa Faisal."
"Namun pihak editorial yang membaca manuskrip itu berpandangan karya tersebut tidak mempunyai unsur-unsur negatif, itulah sebabnya karya itu diterbitkan," katanya


p/s: Mungkin disebabkan ia kontroversi- terus jadi popular.

Baca Juga dibawah : 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenama Tayar Kereta Terbaik, Michelin atau Continental?

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera Entri ini ditaip semasa menunggu giliran untuk menukar tayar (Myvi saya giliran ke 5) sambil memikirkan jenama tayar apa ingin ditukar. Kredit Gambar: Blog Admya Apa kaitan gambar gajah dengan entry ini? baca sampai habis...hehe..

Betul ke Nissan Almera Tak Jimat Minyak?

Aku dah pakai Nissan Almera (Auto) lebih 2 tahun. Alhamdulillah...   Sebelum ini guna Myvi Premium 1.3.   Tiada masalah. Puas hati sungguh dengan penggunaan melebihi 6 tahun.  Memandangkan dah berkeluarga dan anak bertambah, aku terpaksa trade-in Myvi kesayangan. Masa tu dalam kepala yang terlintas hanya Produa Alza, Honda City, Toyota Vios ataupun Hyundai Elantra .  Panduji Hyundai Elantra di Kota Bharu Nissan Almera langsung tiada dalam senarai. Faktor Utama Tukar Myvi kepada Nissan Almeera Ada sahabat dan saudara yang bertanya; "Kenapa jual Myvi ?" "Kenapa tak ambil Toyota Vios atau Honda City jer...?" "Kenapa tak beli MPV ? Nissan Grand Livina ke, Produa Alza ke?" Aku dah jangka soalan-soalan begini.   Ia memang soalan-soalan yang aku sendiri tanya kepada diri aku sendiri sebelum ini. Bukan senang nak buat keputusan.   Pertama , bagi aku Myvi dah tak signifikan untuk aku yang m

Jangan Beli Proton Suprima S.

Jangan Beli Proton Suprima S!!! Releks... Releks... Releks... Jangan kata artikel ini beremosi... Anda pasti terkejut dengan kenyataan ini.  Sedangkan baru masuk TV3 tadi berita pelancaran Proton Suprima S. "Jangan Beli Proton Suprima S" - Itulah yang saya faham bila baca artikel ( Proton Suprima S – Kereta Baru Proton Yang Terakhir? ) tentang keluaran terbaru syarikat Automobil tempatan - Proton Suprima S di blog terkenal ariffshah.com .  Malah, bukan saya seorang yang berfikiran begini, ramai lagi. Hasil artikel kontroversi tersebut, lebih 60 komen negatif dan positif muncul membicarakan hal tersebut.   Ia seolah-olah perdebatan hangat antara penyokong dan pembangkang. Ada antara mereka menyumpah seranah dan ada juga yang menyokong penuh pandangan dan kritkan dari saudara Ariff.  Ada juga yang komen panjang lebar lebih panjang dari artikel asal. ... saya tertarik dengan salah satu komen ini: Alan Tsukas