10 Rahsia Blog Denaihati Top Blogger

Denaihati. (DH)

Mula-mula kenal blog DH ingatkan penulisnya wanita.  Rupanya seorang jejaka sado yang punya jiwa nurani yang tulus murni.
.
.

Jika anda baca tulisan-tulisan artikelnya terasa ia karya yang dikarang dari hati, walaupun sekadar sebuah iPhone.

Tak percaya?

Anda boleh terjah sendiri ye...


Berkenalan dari karangan Abang DH, pasti sesiapa yang telah kenal beliau, setuju beliau seorang yang jujur dan suka membantu. 
.
.
.

Ingat lagi, Blog denaihati muncul dicelah-celah merihanya industri bloging seperti cendawan selepas hujan diketika itu. Ramai sangat blogger baru...

dan

Peliknya, blog Denaihati berkembang dengan sangat cepat. Sekejap jer dah menjuarai top ranking.


Respect bro.


Bagi aku DH adalah leader kepada blogger-blogger lain yang nak baru up.  


10 rahsia terpendam kenapa blog Denaihati sangat popular suatu ketika dulu yang ramai orang tak tahu adalah:



1. Hidupkan Untuk Memberi



Pertama sekali, tema blog yang unik "Hidupkan Untuk Memberi".  


Slogan atau tema blog ini adalah visi dan misi yang menjadi matlamat penulis atau penunjuk hala tuju blog supaya tulisanblog sentiasa atas landasan betul sesuai dengan matlamat asal.

Ia dipanggil niche yang menghidupkan roh kenapa sesuatu blog itu diwujudkan.

Senang cerita, tema blog ini sangat perlu supaya blog kita sentiasa dikenali dan dekat dihati pembaca selain memastikan penulisan blog tidak melalut kelaut.

So, DH telah memilih satu tema yang melekat terpikat dijiwa.  

Kata kata falsafah "hidupkan untuk memberi" memaknai seribu maksud sesuai dengan kefahaman pembaca.  Ia menjadi rujukan blogger-blogger dan pembaca yang inginkan ilmu dan maklumat percuma serta tranding.

Sehingga sekarang DH sentiasa memberi.

Denaihati naik cepat kerana membantu, ya membantu ramai blogger.


2. Buku Denaihati


Nah, DH bukan sekadar promosikan blog secara atas talian aje..

Offline pun ditapau...

Kaedah marketing asas yang paling berkesan dan kekal relevan sehingga sekarang adalah buku.  Buku fizikal yang dicetak memberi kesan jangkamasa panjang dalam menyampaikan message-message penting kepada audience.

Denaihati sangat bijak, terbitkan buku fizikal yang menyajikan koleksi artikel-artikel terbaik yang pernah hits dalam blog. 

Saya antara pembaca denaihati yang terawal memiliki buku denaihati suatu ketika dulu.
.
.

Bangga sangat masa tu. hihihi

Harga bukunya murah jer RM39.00.


Tetapi, rasanya ramai yang sedar kemunuculan buku Denaihati ketika itu bukan untuk mengaut untung, 

tetapi


it's marketing bro...

Melalui buku, minda separa sedar pembaca lebih jelas merakam jenama Denaihati.

Bayangkan dari blog kepada buku yang disusun cantik di rak buku dalam rumah.











3. Segmen Blogger blogger baru



Denaihati antara platfom blogger blogger melepak melalui segmen yang dianjurkan sambil berkenalan antara satu sama lain.
.
.

Apa tu segmen?

Segmen ni kira macam penyertaan blogger secara atas talian dengan memenuhi syarat-syarat tertentu.

Buka suka-suka, blog Denaihati menyediakan pelbagai free gift, give away, hadiah-hadiah percuma dan wang tunai.

Salah satu kelebihan anjurkan segmen adalah, kita akan dapat backlink untuk menaikkan ranking blog.

Itu dulu lah...


Sekarang algorithm google dah lain.


Pening kepala nak study. 



4. Kontest


Banyak sebenarnya kontest yang DH pernah anjurkan. Paling popular adalah kontest SEO (Search Engine Optimization) pasal iPhone.

Apple ketiaka itu sedang rancang melancarkan beberapa model yang ingin menyaingi Samsung.

So, DH mengambil peluang disitu.

Siapa tak mahu, DH tawarkan Hadiah model iPhone paling terkini kot. Bukan sebiji, 10 biji iPhone untuk direbut.

Berbondong bondonglah blogger turut serta dalam kontest iPhone ni.


Maka, 

Carian blog Denaihati di search engine semakin meningkat dengna keyword iPhone.


Respect habis cara DH menjadi topblogger.


Bukan cara tipu, tapi bijak mengambil peluang.  Aku tak terfikir pun masa tu.


Tetap dengan matlmat hidupkan untuk memberi. Nostalgia betul, teringat pagi-pagi tulis artikel pasal iPhone.
.
.

5. Widget Projek Waktu Solat


Aku adalah pengguna blogspot dan menggunakan widget Projek Waktu Solat yang tema DH sediakan.

Widget-widget ni masa tu, kira power la kalau ada blogger yang pasang.


Jadi trending.


DH telah sediakan sesuatu yang berguna dan bermanfaat. Tak adalah membazir masa mengadap blog 24 jam. Kurang-kurang ada apps yang mengingatkan.


Dari situ, banyak backlink yang DH generate secara sehingga google merubah pengiraan matematik mereka.


So, sekali lagi disitu kaedah DH merapatkan ukhwah dan mendapatkan backlink.



6. Team blog power (Jemaah Denaihati)


Rakan pasukan Denaihati sangat power.

Masing-masing mempunyai kepakaran tersendiri.

Melalui jemaah ini DH boleh bergerak laju. Makna kata, DH tidak buat kerja sorang-sorang. Lambat.


Bila berjemaah, kerja mereka pantas dan result power.

Sorang yang aku kenal sampai sekarang adalah blogger shakiddo.com. Sebab nama owner blogger tu sama dengan nama aku.

Respect mereka semua.  Abang DH pandai develop team.




7. Kelas bina blog guna wordpress (Akademi Denaihati)


DH membantu ramai blogger-blogger yang tak pandai buat blog melalui kelas yang sangat komprehensif.

Dengan bayaran yang berpatutan dan murah, ramai blogger berjaya yang lahir dari Akademi Denaihati.

Selain kelas-kelas biasa, ada juga seminar wordpress yang dianjurkan oleh Team Denaihati.

Bila dah ramai blogger baru yang berjaya tercipta, disitulah credit link memberi kelebihan kepada blog Denaihati.

Nampak tak game plan disitu?
.
.
.

Bila kita tolong orang, automatik kita menolong diri sendiri.



8. Design blog yang sentiasa up to date 





Ini perkara yang paling aku suka.

Design blog Denaihati.

DH suka update blog menggunakan theme yang ringkas dan minimalist.  Sedap mata memandang dan yang penting mudah untuk pembaca navigate. 

Backgroup yang putih dari dulu sampai sekarang membuatkan mata yang membaca tak sakit.

Boleh hadap lama-lama.



9. Tidak kedekut (Ilmu dan Duit)


Banyak betul yang DH dah keluarkan untuk diberi secara percuma kepada pembaca.

Ada hadiah komentar paling banyak bulanan, minggun dan harian.


Aku pernah lah sekali dapat.

DH antara blog yang konsisten memberi wang tunai sebagai hadiah.  


Pepatah mat salleh ada sebutkan "what you give, you get back".


Dalam islam, apa yang aku beri, akan berkembang menjadi 7 ranting seperti pohon.  Lebih kuranglah, aku tak ingat sangat.


Kuncinya, Denaihati cepat berkembang kerana banyak memberi.


kan...

Bukankah "hidupkan untuk memberi"....



10.Program Sepetang Bersama Blogger






Yang terakhir,


Adalah program Sepetang Bersama Blogger.

Program yang menggumpulkan blogger -blogger hebat seluruh malaysia, Brunai dan Indonesia di satu platform.


Kiranya, ia program international peringkat Asia yang dianjurkan team Denaihati.


Program ini sering dinanti-nanti oleh blogger.  Kerana akan ada perkongsian oleh blogger ternama yang mendedahkan rahsia mereka menjana pendapat hanya melalui penulisan blog sahaja.


Dan rahsia-rahsia yang mereka akan kongsikan adalah terkini dan sukar untuk di google.

Program ini merapakat ukhwan dikalangan blogger dan banyak job untuk blogger dikumpulan dalam program ni.

Sebab biasanya, DH akan cari syarikat-syarikat ternama untuk menjadi penaja rasmi blog program Sepetang Bersama Blogger ini.


Antara jenama popular yang pernah menjadi penaja blog Denaihati adalah:

Toshiba
Honda
Intel
LG
Sharp
Yoe's (Paling popluar)
Petronas
MML
Lazada
Dulux
Severfreak





Kesimpulannya,


Bukan sekar 10 ini jer sebenarnya,


Banyak lagi strategi yang telah dilaksakan oleh blogger Denaihati dalam menaik taraf nilai blogger tanah air.


Namun, strategi baru perlu difikirkan bersama bagi menyaingi media media sosial lain yang semakin berkembang teknologinya.


Ia bergantung kepada kita semua, samaada nak mengambil peluang menggunakan media media baru itu, atau kekal dengan cara lama menulis blog dan membiarkan hanyut bersama arus teknologi semasa.


Apa-apa pun,


Harapan semoga kemeriahan blog suatu ketika dulu kembali dihangatkan.


Support Denaihati
Support Kunyithitam


Jom terjah dan line fanpage Denaihati --->>>  FB Page Denaihati


Kedai Online Denaihati --->>>> denaisell


Ulasan