Ride Yamaha 135 LC Dari Shah Alam ke Gunung Semanggol

Alhamdulillah Ramadhan 2018 penuh dengan rahmat, nikmat & berkat.


1. Tinggal jarak jauh dengan anak isteri sangat mencabar. Siapa yang pernah mengalami pasti merasa peritnya berjauhan dengan keluarga sendiri.  Aku di Shah Alam mereka Semua survive di Kelantan. Atas urusan kerja selepas dipindahkan.

2. Setiap minggu Aku travel naik bas Shah Alam Machang. Rindu nak bersama keluarga.

3. Dulu masa awal awal rajin lah jugak drive start malam hari jumaat Dan balik Hari ahad malam.

4. Minggu akhir ramadhan ni Aku Tak balik. Alang alang nak balik untuk cuti Hari Raya nanti kan.

5. So Aku decide balik berbuka puasa Dan sahur bersama mak abah di Kampung.

Sebelum bertolak masih lagi segar



6. Menggunakan jentera Yamaha 135LC Aku nekad start ride pukul 3.00 petang Dari Shah Alam.

7. Dalam perkiraan masa sampai di Semanggol nanti dah boleh berbuka.

8. Sebelum bergerak aku singgah bengkel motosikal di Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam until semak apa yang patut.

Medical Checkup dulu sebelum bertolak


9. Tukar mintak hitam, visor helmet, beli baju hujan - jenama Arai.

10. Kebetulan masa di bengkel exzos CJIpoh ada promosi. Aku sebat terus, melayang RM250.

11. Tak de hal, untuk kepuasan semasa memandu.

12. So, tepat jam 2.50 petang semuanya settle. Bulan puasa Tak payah nak bawak bekal apa.

13. Botol isi minyak spare pun aku Tak bawak. Gamble.

14. Aku pun bertolak dari Seksyen 7 lalu jalan iCity dan U-turn di AEON Bukit Raja masuk highway Plus Utara Selatan.

15. Situasi jalan agak sesak, mungkin sekolah dah start cuti. Ramai cikgu2 yang rancang perjalanan balik Raya lebih awal.

15. Sampai Hentian RnR Rawang meter minyak dah sampai area merah.

16. Okey lah jugak penggunaan minyak LC ni compare to Suzuki Belanb R 150. Ye lah, CC pun berbeza.

17. Top speed aku maintain 120 km/h. Agak puas hati lepas tukar exzos CJIpoh. Berbanding exzos standard from factory.

18. Di hentian RnR Rawang aku isi full tank RM7.60 sebab masih ada baki dalam tangki.

Rest kejap di RnR Rawang


19. Rest dalam 5 minit aku teruskan perjuangan.

20. Ada lah mamat Yamaha R15 dan Kawasaki 150 rr follow buat teman.

21. Sepanjang perjalanan ada beberapa kawasan jem teruk. Aku Tak dapat bayangkan kalau driving masa tu. Memang mengantuk.

22. Top speed aku maintain 120 km/h. Sekali sekala cucuk angin belakang Lori kumpul stamina. Ahaks.

23. Syok ride sorang - sorang ni. Tak kalut sangat. Orang cakap bebas nak buat decision.

24. Ada Satu group Yamaha R15 memang power main line tengah. Memang kena tinggal la aku nak follow diorang.

25. Di area Tapah meter minyak dah lebih takat merah dah.

Muka letih puasa.. huhuhu Nampak sedap jer sorang India tu minum air coke dalam tin


26. Walaupun otak cakap sempat ke nak sampai stesyen minyak. Tapi, hati aku beri keyakinan. Aku perlahan kelajuan kepada 100km/h.

27. Sampi jer di Hentian RnR Tapah aku buka tangki memang dah kering. Minyak pun nampak dah hujung hujung dah.

28. Aku isi full tank RM9.70. Until makluman aku isi pakai kad kredit. Sebab malas nak beratur panjang dan mudah untuk Pengurusan rekod is minyak.

29. Di situ, aku jumpa geng Yamaha R15 tadi melepas lelah. Sebab diorang memang pecut habis. Fokus memamg memenatkan bila laju ni...

30. Aku Tak berehat, lepas is minyak terus jalan.

31. Sampai lah di Hentian RnR Sungai Perak. Pun sama di Tapah tadi. Minyak dah tinggal hujung hujung. Full tank RM9 lebih. Tak ingat berapa sen.

32. Kenapa Mahal minyak. Untuk makluman aku guna Ron 97 jenama Shell saja (V-Power) untuk bagi jentera kesayangan aku ni minum.

33. Ron 97 mungkin murah sikit kot. Tapi berebza performance.

34. Alhamdulillah perjalanan lancar sampai lah ke susur keluar Taiping/Kemunting. Tepat jam 6.00 petang di traffic light tol Kamunting.

35. Dari situ 10 minit jer nak sampai di perkarangan rumah.

36. Mak aku terkejut tiba tiba muncul diawan kelabu dengan bermotosikal.

37. Masalahnya ada lagi sejam 20 minit waktu berbuka. Sempat lah aku ke Bazar ramadhan bawak ank saudara jalan jalan.


Impian terlaksana dapat berjumpa wajah-wajah kesayangan hamba.


Alhamdulillah, sekian terima kasih Allah atas nikmat yang tidak pernah putus.



Semoga gambar aku gunakan smartphone Xiaomi Mi A1.  

Ulasan