Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 12, 2017

Hasrul Hassan Sifu Kerja Sambilan Blogger Adsense Malaysia

Alhamdulillah.

Entah kali keberapa pun aku tak pasti, aku apply akaun google adsense sebelum ni tak pernah berjaya.  Asyik reject, reject dan reject.  Sampai pernah aku rasa putus asa.  Masa tu, aku rasa nak bayar jer upah sapa-sapa yang pandai buat akaun google adsense.  Itulah aku.  Kerja yang memerah otak sikit mudah give up. Semuanya nak orang suapkan.  Budaya suap menyuap ni level budak sekolah rendah jer.  Kesannya sangat bahaya.  Kalau boleh semuanya nak bayar.  Melahirkan masyarakat pemalas.  Malas nak berusaha.

Aku perlu lulus akaun adsense dulu.  Tapi tak sampai dua hari iklan muncul di blog dah kena reject oleh pihak google.  Mungkin sebab konten blog aku yang tidak memenuhi kriteria yang diperlukan oleh mereka.


So, aku terus kaji dan belajar lagi.



Tiada Erti Kejayaan Tanpa Usaha


Orang tua-tua cakap;

Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
Sangat tepat.

Kalau tiada daya usaha yang bersungguh-sungguh, manakan dapat apa yang kita mahu.


Sedangkan nak makan pun kena usaha su…

Kerja Sambilan Sebagai Seorang Trader Elit

Assalamualaikum... 

okey, 


Aku nak ceritakan dalam entry kali ni pasal kerja sambilan sebagai Trader dari sudut pandangan seorang blogger jahil.

Aku juga seperti korang, Jahil.

Jahil sebab tak tahu.  Nak hilangkan Jahil kena buang jauh-jauh Jahil tersebut dari dalam diri.


Caranya, cari ilmu.  Sebanyak mungkin ilmu.


Kalau aku salah korang-korang tolong perbetulkan.





Apa Itu Traider?

Bukan Forex okeh.


Biasanya orang kaitkan trader dengan Forex. Kalau Forex mesti Trader. Dalam bahasa melayu Trader adalah Pedagang.

Kalau sebut Pedagang bunyi pelik sangat.


So, maintain Trader lah selebih sesuai.

Forex adalah perdagangan mata wang.  Sebelum ni saya hanya tahu perdagangan mata wang sahaja.  Tak lebih dari tu.  Sempit sungguh pemikiran.

Setelah menggali pelbagai ilmu, baru lah saya tahu traiders ni banyak lagi.


Sebenarnya banyak platform yang boleh diperdagangkan oleh seorang Traider. Bukan semata-mata Forex.


Ada emas, oil, bitcoin, komoditi dan banyak lagi.  Itu belum cerita bab saham lagi.




Kelebihan Seorang…

Jom Contohi Usahawan Haziqah Nurul Huda Harun

Haziqah Nurul Huda Harun - seorang usahawan Kuih bakul.

Siapa Haziqah?

Aku pun baru kenal beliau setelah ceritanya viral.
 Seorang gadis OKU usahawan kuih bakul berjaya!





MasyaAllah, walaupun kurang kemampuan fizikal Haziqah masih mampu berusaha sehingga berjaya.  GADIS OKU BUKTIKAN MAMPU BERJAYA SELEPAS TERLANTAR ALAMI LUMPUH KERANA DEMAM PANAS. Katanya Haziqah yang lebih dikenali sebagai YAYA hanya menggunakan modal duit raya beliau sendiri yang berjumlah RM300 untuk memulakan perniagaan kuih bakul.

Sinonim, kuih bakul lebih dikenali dikalangan masyarakat Cina negara kita.  Tetapi YAYA telah memecah tradisi untuk masyarakat Melayu turut merasai kuih bakul.


Pada fikiran aku, mana mungkin orang melayu boleh berjaya menjual makanan cina kan?  Tapi siapa sangka?

Rezeki.


Ternyata strategi YAYA berjaya.

Kejayaan ini pasti ada strategi yang disembunyikan oleh YAYA.


Korang baca juga laporan Utusan Malaysia: Rezeki gadis kuih bakul bertambah, terima banyak tawaran bantuan. 
Kerja Dari Rumah
Hebatnya Y…

Apa Yang Ada di KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA 2017

Alhamdulillah.

Karnival Pendidikan Tinggi 2017 pertama Zon Timur yang diadakan di Kelantan telah berjaya dilaksanakan.

Ia berlangsung selama dua hari bertempat di Aeon Kota Bharu pada 11 & 12 Februari yang lepas.


Seperti biasa, kunjungan orang ramai memenuhi ruang seperti tahun-tahun yang sebelumnya. Berdasarkan pemerhatian aku, masyarakat Kelantan sangat mencintai ilmu.  Setiap kali berlangsung ekspo atau karnival yang berkaitan dengan pendidikan pasti ramai yang berkunjung.  Tanpa perlu promosi yang gempak.


UMK sebagai pengajur bagi tahun ini menjalankan tugas dengan baik.


Pengenalan Karnival Pendidikan Tinggi Negara
Karnival ini merupakan satu usaha murni Kementerian Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) dalam memberi pendedahan kepada orang ramai khususnya calon-calon lepas SPM yang ingin melanjutkan pelajar ke Universiti Awam.

Penglibatan agensi-agensi pendidikan negara seperti Universiti Awam, Politeknik, dan Kolej Komuniti menjadikan ia sebagai one-stop centre untuk masyarakat memperole…

Forum Manisnya Sebuah Persahabatan di UiTM Cawangan Kelantan

Malam tadi aku berkesempatan hadir forum yang bertajuk Manisnya Sebuah Persahabatan.

Ingat gula jer manis, rupanya dalam bersahabat pun ada manisnya.




Forum anjuran Persatuan IMAN UiTM Cawangan Kelantan bertempat di Pusat Islam merupakan pelancaran dan perasmian bagi kempen program Street Dakwah.

Ringkasnya Program Street Dakwah adalah kaedah kreatif untuk memberi kesedaran kepada warga UiTM Cawangan Kelantan terhadap agama Islam.

Ok.

Aku tak berniat nak cerita pasal street dakwah.





Yelah, tajuk tentang forum.

So, kita cerita pasal forum lah.

Mungkin entry lain kot aku story pasal program street dakwah.


Forum Manisnya Sebuah Persahabatan

Tarikh program 13 Febuari 2017.  

Masa forum berlangsung 7.00pm - 11.05pm.

Tempat: Pusat Islam UiTM Cawangan Kelantan

Moderator: Ustaz Miqdat
Panel: Ustaz Nazri (Pensyarah ACIS) , Ustazah Siti Fatimah Tasir (Pensyarah Kanan ACIS) dan Bekas Presiden Persatuan Iman.


Objektif Forum Manisnya Sebuah Persahabatan

Empat tujuan utama forum ini diadakan iaitu:
Memberi kefahaman …