Buat Duit Dengan MataWangNiaga Altenatif kepada Trading Forex

Hi.


Semoga semua rakan blogger saljuhumairah dalam kesejahteraan dan ketenangan.


Aku kembali kepada topik buat duit online.  Yelah, income online ni tak menentu.  Kena cari pelbagai kaedah yang menghasilkan sumber pendapatan.


Walaupun 1 sen.


Aku mencuba teknik baru untuk jana pendapatan pasif selain buat duit dengan blog dan cara google adsense.  Pasif disebabkan income yang diperolehi adalah minimum dan dalam tempoh yang panjang.  Bukannya duit segera atau skim cepat kaya.



Walaupun sikit at least masuk jugak kan...


That's why aku istilahkan kaedah ini sebagai pasif income.  Sama seperti buat duit dengan google adsense.  Bezanya, google adsense tanpa modal nyata. Tapi jangan lupa google adsense juga ada modal yang tak nampak.  Seperti masa menulis artikel, kos internet dan lain-lain.


MataWangNiaga hanya memerlukan modal minima RM100.00 untuk deposit.


Apa Itu MataWangNiaga?



MataWangNiaga adalah sebuah program yang membantu orang lain trade forex berdasarkan pengurusan sebuah syarikat lain.  Maksudnya, syarikat tersebut yang akan trading untuk individu lain.


Mulanya aku ingat scam.


Setelah beberapa orang join dah boleh withdraw duit keuntungan forex direct ke akaun bank, aku terdetik nak mencuba. 


Yup. Aku memang suka mencuba sesuatu yang baru.  Hanya menggunakan modal pendapatan dari internet aku tak rasa rugi sebab modal tersebut aku anggap sebagai pelaburan untuk mencuba.  Sekadar nak tahu betul atau tidak. Bukannya guna duit simpanan peribadi.


Aku memang allocate satu peruntukan hasil dari pendapatan online untuk aku laburkan bagi membeli ebook, seminar, renew domain dan lain-lain. 


Tapi jumlah keuntungan forex daripada MataWangNiaga sangat minima berbanding kita trading sendiri.


mata wang niaga penipu



Risiko MataWangNiaga (MTN)?



Ia sama risiko dengan trade forex sendiri.  Duit yang kita deposit kalau MC semuanya burn.


Tapi, melalui MTN ni syarikat memberi jaminan untuk memulangkan semula modal yang dilaburkan.


Setakat ini broker Forex paling rendah aku jumpa adalah XM iaitu $5 sahaja. Itu pun perlu melalui agen XM yang boleh dipercayai.


Mana-mana perniagaan ada risiko masing-masing.  Aku tak janji bulan dan bintang.  Tapi setakat hari ini belum ada laporan yang menyatakan MTN adalah scam.

Aku memang dah tekat untuk mencuba.


Sebab aku dah follow diorang dan cuba cari kalau ada report yang tak elok pasal mereka.  Aku bergantung kepada kepercayaan aku sendiri yang MTN memang menjalankan trading mata wang mereka sendiri.


Sambil-sambil aku trade forex akaun sendiri.



forex trading



3 Faktor Utama Aku Join MTN



Pertama, modal deposit yang minimum iaitu RM100 dan mendapat keuntungan sebanyak 0.72% daripada jumlah yang kita deposit.  Walaupun tak banyak, cukup lah untuk aku mencuba.  Jumlah ini lebih kurang dari aku deposit dan trade sendiri dalam perniagaan forex.  Kalau trade sendiri risiko lebih besar untuk aku MC.  Aku bukannya pandai sangat nak analisa news atau baca candle.

Kedua, MTN sentiasa mengemaskini laman web mereka.  Pengasas MTN - Encik Shahidan Yusof sendiri merupakan pengurus kepada beberapa akaun trading forex dan beliau mengumpulkannya dalam satu syarikat MTN.

Ketiga, mereka membuat bayaran secara hari dan mingguan dengan minima jumlah withdraw adalah sebanyak RM10 sahaja.  Pengeluaran adalah terus ke dalam akaun bank sendiri.



Kesimpulan



Aku tak pandai trade forex sendiri, so lebih baik aku bagi orang lain yang lebih pandai dalam urusan trading.  InsyaAllah aku akan update perkembangan MTN ni dari masa ke semasa bagi melihat perkembangan MTN dalam menguruskan akaun trading.


Maklumat lebih lanjut tentang MTN korang boleh rujuk laman web rasmi MataWangNiaga.


Ulasan