Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September 18, 2016

CELIK MATA RESET MINDA ORANG BERNIAGA

Rahsia orang yang berjaya dalam perniagaan adalah "Murah Hati - Bahagia & tenang"


Hidup di dunia adalah gambaran di akhirat.



(As Sohwah) Prof Dr Muhaya di IKIM - TAJUK : Orang Berniaga
Segmen Islam Itu Indah di IKIM.FM bersama Prof Dr Muhaya Mohamad.

Tajuk : Celik Mata Reset Minda Orang Berniaga
Tarikh Siaran: 18 September 2013 (Rabu). 

Semoga memberi manfaat kepada kita semua.





KISAH SEBUAH CEBOK AIR BEKAL UNTUK MATI

Semasa saya singgah di sebuah Masjid untuk bersolat Zohor, sebuah kereta Proton Saga Tua juga masuk ke kawasan Masjid. Saya agak, mungkin juga singgah nak bersolat Zohor. Jam sudah menunjukkan pukul 2.00 petang lebih. Pemandunya Seorang Tua Berserban turun dan di tangannya saya lihat sebuah pemegang Cebok Air atau Gayung. 'Mungkin dia nak tumpang mandi di masjid..' tekaan hati saya.


Ketika saya berwuduk di Kolah Masjid, dia pun berwuduk sama dan mencedok air dengan Cebok Air yang dibawanya untuk membasuh kaki. Saya menggunakan Cebok yang telah tersedia. Cebok yg dibawanya di letak di tebing Kolah dan dia naik ke Masjid, lalu kami solat bersama.


Ketika menuruni tangga Masjid, saya lihat dia terus ke keretanya. Saya segera memperingatnya _Cebok_nya yg tertinggal. Dia beralih senyum kepada saya dan berkata..


'Saya sengaja bawa Cebok yang baru dibeli dan ditinggalkan di Masjid yang ada Kolah, sebagai satu Wakaf Yang Kecil, yang saya mampu. Semoga ianya memanfaatkan..'.
'Su…

Cabaran 1 Hari 1 Muka Surat

Alhamdulillah hari ni first date dengan Supervisor.

Kami jumpa di Library UUM.

Aku tak pernah kelas dengan beliau.  So,  tak pernah kenal rapat dengan dia.


Hari ni baru tahu secara umum siapa supervisor untuk projek paper Master.

Aku panggil Major.

Nama penuh Major Mua'zzam Mohamad.

Bekas tenaga penagajar Aviation (pilot kapal terbang).



Dia cabar aku:


"cuba tulis satu muka surat sehari..cukup 60 hari siap 60 muka surat..."