Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 14, 2016

Pengenalan Kerja Sambilan Dengan MY OG1asean

Okey.


Aku nak cerita salah satu kerja sambilan yang aku buat selain jobdirumah.


🇲🇾OG1asean.


Sistem ini di bangunkan oleh syarikat Kilauan Padu Services Sdn Bhd.






Nak Buat Apa Daftar Sistem ni?

Sistem OG1asean digunakan bertujuan menjalankan Perniagaan Perkhidmatan Bayaran Bil & Reload Topup serta Shopping di OG1shop. 


Perniagaan ini sangat jelas Sah dan Halal.



Maklumat syarikat ;
Kilauan Padu Services Sdn Bhd.

Alamat Syarikat ;
Business Suite 19A, Floor 18-5, Wisma UOA Centre, No.19, Jalan Pinang, 50450 K.Lumpur.

Ditubuhkan dan didaftarkan di bawah SSM pada tahun 2004
No Lesen Pend : 657711-X

💯Milik Penuh : 100% Bumiputra

🎓 MD : En Ahmad Rohaizad
🎓CEO : En Nadzri Kamarudin


Sistem OG1asean dilancarkan oleh Kilauan Padu Services Sdn Bhd pada Sept.2015.

App PlayStore OG1asean dilancarkan pada 01.Nov.2015

Apakah Produk Syarikat Kilauan Padu Services Sdn Bhd.?

1⃣- Reload Point Value 
2⃣- System App OG1asean
3⃣- OG1shop Shopping Mall

Untuk apa produk Reload Point Value.?

1⃣- Untuk Jualbeli Topup.
2⃣- Untuk…

Kisah Aku Buat Kerja Sambilan

Ramai yang tanya aku; 
"apa kerja sambilan yang ko buat sebenarnya?"
Susah nak cerita.

Sebab banyak sangat kerja yang aku buat.


Mungkin belum sampai masanya nak cerita.

Tapi kalau ada yang tanya, kenapa aku masih buat kerja sambilan walaupun dah ada kerja tetap aku boleh jawab.


Okey,

Baju aku masih dalam mesin dobi Layan Diri 24jam. Sementara tunggu kering, baik aku cerita slow-slow kisah silam aku menceburi kerja sambilan.  

Mungkin ada manfaat yang korang boleh ceduk.




SEJARAH AKU BUAT KERJA SAMBILAN

Aku memang suka buat kerja sambilan.  

Dari bangku sekolah lagi.  Bermula tingkatan 3 di Sek. Men. Keb. Gunung Semanggol.



Habis exam PMR (masa tu belum ada PT3)., masa terluang banyak. 

Aku rasa rugi sangat kalau berlalu dengan tidur dan menonton TV.  Aku bukannya rajin sangat masa tu nak duk rumah.  

So, disebabkan kemalasan tahap melampau melepak terperap dalam rumah, aku keluar cari kerja dengan sepupu - Akmal.

Aku tak maklum hasrat tersebut kepada Mak dan Abah.  


Sebab mereka memang tak ak…