Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April 24, 2016

Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959

Ordinan Pelajaran 1957, Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 dengan jelas menggariskan kuasa-kuasa Guru Besar / Pengetua. Peraturan 5 (1) memperuntukkan bahawa Guru Besar / Pengetua mempunyai kuasa menjalankan hukuman-hukuman sekolah yang biasa sebagaimana perlu atau bermanfaat berdasarkan syarat-syarat berikut:

Peraturan 5 (1) (a) Hukuman dera kepada murid-murid perempuan adalah dilarang
Peraturan 5 (1) (b) Hukuman dera kepada murid lelaki dihadkan kepada merotan dengan rotan yang ringan di tapak tangan atau di punggung yang berlapik dengan pakaian dan hendaklah dijalankan oleh Guru Besar / Pengetua ataupun dengan kuasa nyata yang diberi oleh pengetua dalam hal yang tertentu
Peraturan 6Guru Besar / Pengetua tertakluk kepada syarat dan hal yang difikirkan patut, boleh mewakilkan kuasa disiplin dan kuasa menjalankan hukum kepada guru-guru lain (Guru berdaftar).Pelaksanaannya bergantung pada arahan Guru Besar / Pengetua.
Peraturan 7 (1) (a), (b), (c), (d), (e) pula memperu…

SRR - Self Review Report

Sunday Blues...

Hari ini aku bangun pagi-pagi.


Open google Calendar. - "Majlis sambutan Rektor Baharu, Foyer Pentadbiran"


Mata masih mengantuk lagi, sebab semalam drive Jitra - Machang sampai Jam 1.30pagi.  Pening-pening pukul 3.00pagi baru lelap.


Aku drive Almeera, tekan rapat ke lantai... Hehehe 

Boleh bayangkan? dalam kesesakan pagi unggas-unggas baru bertempias lari mampukah aku menolak pedal minyak rapat?  Hanya tersekat dalam hati...

Sampai office, jumpa officemate yang dah pindah jabatan.  Buat-buat cool dalam keramaian dan keriuhan.

Rektor baru samapi. Salam-salam. Ambil Gambar. "klik..klik..klik".

Selesai.


Sekarang aku masuk office, siapkan Laporan Penilaian Kendiri.  Orang puteh cakap SRR. Maksudnya Self Review Report.


Sebelum mula kerja aku sandar di kerusi, kaki melunjur kedepan, sambil tangan kiri aku tongkat di dagu.


"Aku rasa performance aku hari ini setakat jam 9.00 pagi terbaik dan puas hati"
Ok. 

itu saja penilaian aku.

Aku harap tiada yang bertanya,…