Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April 17, 2016

Maharaja Lawak Mega 2016 Aku Kecewa Reza Mukmin (Rayza) Tersingkir

Aku tak kisah.


Kalau ramai yang tak suka dengan Rayza atau nama betulnya Reza Mukmin.


Reza adalah peserta Maharaja Lawak Mega 2016 yang paling aku respect.







Bukannya menafikan lawak-lawak karya peserta lain.  Tapi dalam hati aku berbisik, "aku respect sama lu bro".


Walaupun otai-otai seperti kumpulan LOL, Bocey dan Joraz memberi saingan sengit, Reza tetap maintan cool dalam menyampaikan persembahan.


Tiada sikit pun goyang.



Reza bukan mamat lawak biasa.


Beliau pelawak yang berfikir dan mebawa penonton-penonton turut berfikir bersama-sama.



Dalam gelak tawa yang simple, dia sempat selit sepatah dua kata untuk kita berfikir.



Setiap kali persembahan ada perkara atau message yang ingin disampaikan dalam bentuk kreatif.  



Aku tengok, dia juga mendidik.



Mendidik penonton mengikut gaya tersendiri.


Supaya semua orang yang mendengar balik rumah berfikir dari sudut yang lain. Kadang kala kita terkeliru dengan bahasa.



Bukan buat lawak untuk bodohkan diri sendiri supaya orang lain gelak.  Dia tidak bu…

Tips Mula Menulis Blog Buat Sahabat

Surat Terbuka Untuk Sahabatku Pian,

Semalam aku menulis dalam group whatsapp rakan sekolah rendah.

Lalu,

Aku lekatkan ia disini buat tatapan semua.





Kehadapan sahabatku pian.

Aku doakan semoga dirimu tabah dan kental hatimu. Yakinlah setiap sesuatu ada hikmah yang tersembunyi.

Masing-masing punya pasangan.
Allah selindungkan malam disebalik siang.
Allah sembunyikan masin disebalik butiran garam untuk kita merasa manisnya gula.
Allah jadikan lelaki untuk memyatakan wanita.
Allah wujudkan kesedihan untuk memberi rasa kebahagiaan.

Semuanya untuk menunjukkan kebesaran, kekuasaan, kasih dan sayang sifatNya.
Berserahlah dan bertawakal sungguh-sungguh kepada Allah swt.
Pesan untuk diriku sendiri jua.

Sahabatku pian.

Aku bukan alim, bukan pandai bukan juga cerdik.

Malah hina, daif, miskin lagi fakir. Tidak punya apa-apa pun walau sebutir zarah mahu pun atom atau proton.

Hanya sekadar menyatakan rahmat, berkat dan nikmat milikNya.

Menulis di blog bukan sekadar letakkan jari jemari di keyboard dan biarkan ia mena…