Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 30, 2015

Kata-Kata Hikmah Prof. Dr. Muhaya Tentang Riak dan Takabur

Azazil..


Alhamdulillah...



Ya... Azazil...


Aku berpeluang mendengar cerita tentang Azazil.  


Dijadikan cerita, hari ini aku ke Kota Bharu lagi.  Lepak di rumah seorang orang "tua" di Pengkalan Chepa sehingga jam 1.00pagi bersama seorang sahabat.


Seorang tua yang kami panggil "Ayah" membicarakan tentang sejarah-sejarah lama sambil diselit ilmu agama dan perjalan kehidupan yang lebih baik.  Dengar cerita beliau sungguh asyik, sehingga tidak sedar masa berlalu.


Kadang, datang persoalan diminda kami meluru bertanyakan soalan.  Sebab ia pesanan "Ayah".

"Kalau tak faham tanya, jangan malu mengaku bodoh" 
Tapi, "Ayah" sambung lagi... "Dalam menuntut ilmu jangan gelojoh atau terburu-buru.


Malam tadi, secara tidak sengaja "Ayah" bercerita tentang kisah Azazil tidak mahu tunduk kepada Nabi Adam.


Ringkasnya, Azazil ini asalnya adalah ketua kepada segala Malaikat.  Malah, Malaikat-Malaikat lain berguru dengannya. Ada diceritakan dalam blog H…

Kata-Kata Hikmah Prof. Dr. Muhaya Tentang Tetamu Allah

Salam jumaat semua.


Aku sering terfikir.



Kenapa?


Dalam rumah kampung orang dulu-dulu sering terjumpa gambar Mekah ditampal di dinding-dinding.


Walaupun rumah biasa.



Dalam pemikiran aku, mungkin mereka nak tengok gambar ka'abah yang indah.




Kenapa?




Rupanya, setiap orang Islam itulah matlamat mereka.  



Ingin ke Mekah.



Itulah vision board mereka.



Vision Board dalam bahasa melayu adalah Papan Matlamat.  Iaitu message yang ingin disampaikan kepada minda separa sedar untuk bergerak kearahnya.  Ringkasnya, setiap hari kita tengok dan visualkan/bayangkan dalam minda dan menjadi motivasi kepada seluruh anggota diri kita untuk dapatkan.

Seperti sebuah syarikat perniagaan yang mempunyai vision board mereka sendiri.  Contohnya target keuntungan yang ingin dicapai.


Ada juga individu-individu yang  memasang vision board dalam bilik untuk mereka capai.


So, orang-orang dulu matlamat hidup mereka adalah ke Mekah sebagai tujuan hidup.


Tak hairanlah, walaupun hidup susah tetap boleh sampai kesana.


Sekarang, walaup…

Selesai Online Registration Course Semester Baru Sesi SEP 2015/2016 (A151)

Alhamdulillah...


Lega rasa...



Malam ni terpaksa berjaga untuk daftar subjek semester 3 bagi Sesi Pengajian SEP 2015/2016 (A151).


Kalau daftar lewat, esok mesti kelas dah penuh.


Peruntukan satu kelas hanya 30 orang maksimum.



SGDU5024 - Leadership in EducationSGDU5074 - Strategic Management in EducationSGDP5053 - Statistic in EducationSGDG6023 - Seminar on Contemporary Issues in Educational ManagementSGDU5083 - Creativity in Management for Effective School





Agak merumitkan sikit sebab pihak pengurusan dah tukar layout laman web baru.  Perlu explore sikit.  Walaupun tak biasa, tetapi lebih mesra pengguna edisi kali ini.


Mula-mula login perlu reset semula password. 






Mungkin untuk security.


Macam ni lah bila kembali jadi pelajar. Untungnya pelajar sekarang, semunya online jer...


Tak perlu beratur panjang.


Malam-malam pun boleh daftar.


Selamat datang kepada pelajar-pelajar baru UUM.

Kata-kata Hikmah Prof. Dr. Muhaya Tidur Awal

Hurm...

Aku memang liat sikit nak tidur awal.

Ia kesan dari pengalaman zaman pengajian di Universiti dulu.


Tambah-tambah kalau dah lepas waktu.  Lebih kurang jam 12.00 tengah malam kalau tak lelap, alamatnya sampai pagi lah berjaga.


Tidur Perlu Untuk Roh Berehat
Sedangkan, sebagai manusia kita perlu rehat secukupnya.

Terutama rohani.  


Atau dengan kata lain, roh kita perlu dapat ketenangan yang cukup.  Ada yang tenang dengan cara mendengar lagu.  Sebenarnya, ketenangan abadi adalah milik Allah s.w.t.

Tidur Cara Rasulullah S.A.W.
Menurut Blog Lampu Islam
"Rasulullah tidur di awal malam, kemudia bangun pula untuk menghidupkan malam pada akhirnya"(Mutafaq ’Alaih)

Beliau S.A.W. berwudu' sebelum tidur dan berdoa.  


Bismika Allahumma Amut wa Ahyaa“, yang artinya: “Dengan nama-Mu ya Allah aku mati dan hidup”;

Dalam keadaan baring 

Beliau S.A.W. membaca surat Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas. Aisyah ra berkata bahwa Rasulullah membaca ketiga surat tersebut setelah itu, mengumpulkan kedua t…

Kata-Kata Prof. Dr. Muhaya Mengenai Tabung

Nak pergi haji...

Nak pergi haji...

Nak pergi haji...



Ia impian setiap umat Islam.


Prof. Muhaya menyampaikan pesanan supaya menyediakan tabung khas untuk kita fokus bagi mencapai matlamat tersebut.


Supaya kita sama-sama dapat mengamalkannya.


InsyaAllah...




Kata-Kata Hikmah Prof. Dr. Muhaya Tentang Perkara Paling Susah

Hurm...



Setiap kata-kata yang dipaparkan dalam wall facebook Prof. Dr. Muhaya memberi motivasi dan inspirasi kepada saya.



Sangat penting bagi saya.


Dan perlu untuk dikongsikan bersama yang lain.




Kata-kata Hikmah dari Prof. Dr. Muhaya hari ni adalah tentang perkara yang paling susah untuk kita buat.








Ya.


Saya sangat akui bila melihat kepada diri sendiri.



Renung dalam sedalamnya...



Ia sifat keegoan yang sangat tebal meliputi diri.



Sangat beruntung bagi sesiapa yang berjaya melakukan perkara ini.



Sesungguhnya diri ini hampa, lemah dan tiada daya dan upaya.




Hanya dengan Allah jua ia berlaku.




Bersih 4 Turut Disertai Bekas Timbalan Perdana Menteri dan Isteri

Bersih ka Bersin?

Peristiwa bersih ini pasti akan mengimbau kenangan aku sampai bila-bila.

Sebab, anak aku yang pertama lahir tepat hari perhimpunan bersih 2.0 dulu.


Sebab tu menjadi pelik suami yang ingat tarikh lahir anaknya.


Astro Awani melaporkan Tun Mahathir dan Isteri hadir Bersih 4.0.

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali hadir ke perhimpunan Bersih 4, dekat Dataran Merdeka.

Kehadiran mereka disambut peserta perhimpunan yang tidak melepaskan peluang merakamkan gambar bersama mantan perdana menteri itu.

Dr Mahathir tiba di lokasi perhimpunan pada jam 7.15 malam dengan berpakaian biasa dan tidak mengenakan baju yang tertera kempen Bersih 4. Sumber: Astro Awani.




Tiada komen apa-apa.

Bagi aku, kebersihan yang paling penting adalah dari dalam diri sendiri.

Sebagai manusia, kita perlu membersihkan hati sentiasa.  Kebersihan yang sejati adalah dari nurani yang ikhlas terhindar dari sifat-sifat keji seperti riak, sombong, bongkak dan keburukan …

Kata Kata Hikmah Prof. Dr. Muhaya Sebelum Tidur

Aku suka mengintip wall Facebook Prof. Dr. Muhaya.


Setiap hari.



Ada banyak inspirasi kerana bagi aku, beliau menulis tulus dari sudut hati yang ikhlas.



Secara tidak sedar ia mendidik hati aku yang keras umpama ais batu.



* Set minda sebagai ais batu supaya cepat cair.



Tadi Prof sempat lagi memberi ingatan di facebooknya supaya memaafkan orang dan mendoakan semoga dosa-dosa orang lain diampunkan sebelum kita tidur.



Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua.


#selamatmalamsemua




Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com

Hurm...

Lama sungguh tidak turut serta dengan giveaway atau apa-apa contest.


Giveaway ni macam menarik walaupun hadiah tak gempak. Yang penting ikatan ukhwah sesama blogger.


* Tips Blogspot seposen - Antara cara aku meningkatkan traffik pageview sehingga 6,000 adalah dengan menyertai apa-apa giveaway, contest atau segmen yang mengeratkan hubungan silaturrahim sesama blogger.  Jangan gila sangat, sampai tak ada entri lain dalam blog, asyik contest, giveaway atau segmen jer... Bersederhana dan tidak lari dari matlamat asal penulisan blog.


Jom geng-geng blogger sekalian.  Mudah sangat.  Copy coding yang disediakan dah siap.


Klik banner dibawah ni.


Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com

Sempena bulan Ogos, bulan kemerdekaan ini, Mia nak buat Giveaway Merdeka 2015 yang simple. Hadiahnya berupa 18 Fridge Magnet Ringgit Malaysia. Ole-ole dari Kelantan.





Tanggal 31 Ogos 1957. Merdeka!! Merdeka!!
Jom join giveaway ini... syarat-syaratnya :
Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fa…