Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 14, 2015

Nota #3 Konsep Suara Pelanggan SGDU6093

"Keikhlasan akan membentuk tiga bentuk jiwa positif.
Pertama, jiwa positif dalam hubungan dengan Allah. Perintah Allah dilakukan dengan bersungguh hati, fokus untuk mendapat reda Allah semata-mata bukan melaksanakan perintah Allah kerana menjaga nama baik dan kedudukan di mata manusia.
Kedua, jiwa positif dalam hubungan dengan manusia. Bahagia melihat orang bahagia dan sedih melihat orang sedih. Jika kita sakit hati melihat kebahagiaan orang dan suka melihat kejatuhan dan kesedihan orang, bermakna hati kita tidak ikhlas.
Ketiga, jiwa positif dalam pekerjaan dan tindakan. Hingga kita tidak pernah berasa diri kita yang terbaik dan sempurna, sebaliknya sentiasa memperbaiki dirinya.
Maka kerana itu berikhlas hatilah kita dengan Allah, manusia dan tindakan kita untuk mendapatkan hasil kehidupan yang bahagia di dunia dan akhirat." - Kata Kata Hikmah Prof Dr Muhaya



SUARA PELANGGAN

Kualiti ialah sesuatu yang ditentukan oleh pelanggan. Keluaran yang berkualiti ialah keluara…

Nota #2 Ciri Ciri Sekolah Berkualiti SGDU6093

Selamat berbuka untuk Ramadhan yang pertama.


Semoga kita semua berbuka denga penuh kesederhanaan.


"Kebanyakan perkara-perkara penting dalam dunia berjaya dicapai olehorang-orang tidak jemu-jemu mencuba walaupun dalam kedaan yang tidak ada harapan langsung" - Dale Carnegie 1888-1955






Nyatakan ciri-ciri sekolah berkualiti atau ciri-ciri program pendidikan berkualiti .



Ciri-ciri sekolah berkualiti berkaitan dengan pengurusan.


Sekolah berkualiti berkaitan dengan perubahan. Oleh itu mesti ada komitmen untuk berubah sebab kualiti ialah perubahan.  (Penambahbaikan berterusan).



Sebagai seorang pengurusan sekolah (Guru Besar/Pengetua) yang ingin melakukan penambahbaikan berterusan, mereka perlu faham kedudukan sebenar prestasi sekolah.  Tahu bagaimana sistem sekolah berfungsi.  Perlu mempunyai visi untuk masa depan yang diterima dan fokus kepada transformasi kualiti.  Selain itu, perancangan melaksanakan kualiti selari dengan perubahan refleksi juga sangat penting dalam memimpin sebuah sek…

Aku dan Sawah

Aku Dan Sawah.

Ia pertalian yang sukar dipisahkan.


Kami sangat serasi.


Hubungan kami tiada yang mampu halangi.


Sawah padi - tempat aku membesar belajar erti kehidupan.  Keringat Abah juga jatuh disini.

Menyuap kami sekeluarga dengan rezeki dari bumi Allah.

Pandangan mata aku saat terbuka mengenal dunia terus melihat kesawah.

Rumah di kampung, buka jer pintu depan nampak sawah. Buka pintu belakang boleh melangkah terus masuk sawah.
Kami seperti insan yang bercinta.

Buka mata, tutup mata, sawah.

Namun, aku tidak setia.


Dia aku tinggalkan setelah sambung pengajian ke Shah Alam.  Tinggal dibandar, aku seperti kehilangan.  Hilangnya pandangan ke sawah luas terbentang.

Aku rindu tanpa sedar.

Disana, jiwa aku resah dan gelisah.  Rindu yang tidak kesampaian.  Sendiri mencari-cari apa yang aku rindukan.

Walaupunbegitu, jodoh pertemu di tangan Tuhan.

Kami bertemu lagi.  Sewaktu melaporkan diri sebagai pekerja di Machang, Kelantan.


Ketika itu, aku merasa ketenangan semula.  Lagi, tanpa aku sendiri sedar. Dimana…

8 Tip Diet Mudah Untuk Sahur dari Kevin Zahri

Salam Ramadhan.


Selamat Berpuasa.



Selamat Bersahur juga.



Saya terjumpa gambar ini semasa melayari Facebook sementara menunggu waktu sahur tadi.  Ia tip yang sangat berguna untuk dikongsikan bersama.


Ok.


Saya salin disini, supaya boleh dibaca bila perlu.  Kalau "share" di wall facebook takut hilang pulak ditenggelami status-status facebook lain nanti.


8 Tip Diet Mudah Untuk Sahur dari Kevin Zahri.


1. Jangan skip sahur.

2. Segenggam + Karbo.

3. Komplex Karbo.

4. Protein Yang Bersih.

5. Elak Garam.

6. Elak Kafein

7. Elak Minuman Gas

8. Jangan Minum terlalu banyak air



Apa sebabnya kena sahur begini?


Baca dalam gambar dibawah:






Untuk maklumat yang lebih details, boleh rujuk blog KevinZahri.  



Jom terjah.






Dalam blog beliau, anda boleh download Ebook terbaru Percuma, 20 Tip Kurus Ramadhan Oleh Kevin Zahri.


Dan banyak lagi ebook lain yang juga PERCUMA.  Kalau nak yang lebih advanced kena bayar la....


Asyik nak Free jer... Ahaks...



Sangat penting kita belajar tentang diet yang betul.  Bagi mengelakkan ga…

Nota #1 Pengurusan Kualiti dalam Pendidikan SGDU6093

"Jadilah seorang yang mencipta suasana dan, bukan membenarkan suasana mencipta kita. Jadilah orang yang banyak memberi perhatian dan, bukan menjadi orang yang banyak mencari perhatian" - Kata kata hikmah Prof Dr Muhaya


Kepimpinan dalam pengurusan kualiti pendidikan.

Pendahuluan



Sekolah akan menjadi orgaanisasi pembelajaran atau organisasi pintar yang berupaya berubah melalui proses kemajuan yang berterusan. Untuk mencapai matlamat ini pemimpin sesebuah sekolah mestilah memiliki gaya kepimpinan dalam persekitaran kualiti.


Wawasan

Kepimpinan berwawasan hendaklah membantangkan harapan sekolah kepada seluruh warga sekolah dan komuniti. Wawasan menyatakan dan menjelaskan nilai-nilai sekolah, lalu menjadi-kan nilai-nilai itu nyata dan boleh dicapai. 


Wawasan perlu disebut dan dinyatakan supaya memberi erti kepada semua yang terlibat di sekolah. Supaya tahu sebab-sebab, bagaimana, arah, sasaran dan sebagainya.Kefahaman tentang wawasan menentukan kejayaan atau kegagalan. Keputusan berhu…

Kisah Motivasi Untuk Pelajar PhD dari Dr Othman Talib. Kenapa Resah dan Gelisahdr

"Banyak orang tidak berjaya dalam kerjaya mereka kerana mereka bekerja tanpa tujuan. Niatlah bekerja kerana Allah. Jom audit" - Kata kata hikmah Prof Dr Muhaya



Dah jadi kemestian semenjak bergelar pelajar.  Setiap hari aku pasti menjengah status dari Dr. popular ni. - Dr. Othman Talib.


Sentiasa ternanti-nanti status beliau yang penuh motivasi dan berinspirasi. Dengan ayat selamba dan bersahaja beliau membantu dengan kesantunan.



Bermula dengan perkenalan dari blog Dr. OTSPSS.


Dialah sumber inspirasi ku untuk meneruskan pengajian.




Semoga Dr terus berkarya membantu orang-orang yang memerlukan seperti aku ini.




Kisah yang beliau paparkan kali ini memang terbaik.  Best.  Penuh dengan jiwa dan roh.  Sebab tu sengaja nak kongsikan disini.  Takut hilang status Dr. jenuh nak cari balik di faceook.



So, letak disini tak hilang kot.  Boleh baca setiap hari.



Selamat membaca.  Bacalah dengan penuh penghayatan dari jiwa yang dalam.


Kenapa resah dan gelisah ? Apakah yang anda cari sebagai PG?
Apabila …

Juadah Berbuka Puasa Resepi Sihat dan Sedap Ayam Panggang Greek dari Rancangan Prof Dr Muhaya Dot Com

Tak sia-sia baca facebook hari ni.

Siapa kata facebook merugikan?  

Pisau pun kalau salah guna pun sia-sia.  Boleh membunuh orang.


Terbaca tatus FB Prof Dr Muhaya terus tukar channel TV Al-Hijrah.


Rancangan baru, Prof Dr Muhaya Dot Com.


Alamak! dah terlewat 12 minit.  Maknanya terlepas slot pertama.  Ia tentang solat Tarawikh.

Melalui rancangan ini, banyak rahsia Prof Dr Muhaya dibongkarkan untuksihat dan cergas.

Kerana fizikal sihat depengaruhi oleh rohani yang sihat.
Saya salah seorang peminat beliau dari kelompok ribuan yang lain.  Lepak di rumah diberi peluang untuk menonton rancangan terbaru ini.
Dah lama tengok promosi di facebook.

Tadi saya hanya sempat salin resepi sahaja untuk dikongsikan disini khusus bagi yang tak berkesempatan menonton.

Slot Makanan Sihat dan Sedap.


Dalam slot ini, Prof kongsikan resepi mudah, ringkas, sedap dan semestinya sihat bersama seorang jemputan khas.


Prof menekankan menu yang mempunyai tinggi nutrisi dan rendah kalori.  Contoh makan yang tinggi nutrisi adalah …

Aku Menangis Setiap Kali Awal Puasa dan Melihat TV

TV...
Semalam, study lewat malam... badan penat langsung tak ingat.  Tak perasan ada pengumuman Hari Mula Puasa Tahun 2015 malam ni.

Tiba-tiba hati jadi sayu...


Sebak dijiwa...


Mata ini rasa ingin mengalirkan air bila mengenangkan zaman kanak-kanak.  Nostalgia lama kembali terimbau.  



Aku terbang melayang kembali ke zaman dulu.  18 Tahun lepas.  

Saat aku masih bersekolah rendah.


Setiap kali Ramadhan semakin hampir....

Lepas solat maghrib berjamaah abah pasti mengarahkan kami adik beradik tunggu dihadapan TV beramai-ramai.  Volume TV di tingkatkan.  TV buruk kami paling jelas hanya channel TV1, itu pun setelah Arial dipusing-pusingkan galah luar rumah.  Sebagai anak kedua Aku lah yang menjadi tukang pusing, kerana sering tidak puas hati dengan kualiti skrin.

Dah menunjukkan sifat cerewet ketika itu.

TV2 dan TV3 hanya sekadar boleh lihat.  Itu pun setelah dipusingkan semula galah yang menyokong arial.  Maksudnya, nak tukar channel lain terpaksa keluar dan pusing.  Kalau ada filem Kung Fu y…