Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 8, 2015

6 Perkara Yang Diimpikan Sebelum Nak Mati

Mati.

Mati sebelum Mati.

Perpindahan roh dari alam zahir kepada alam barzakh.

Cara saya paling mudah untuk mengalirkan air mata adalah dengan bertafakur dengan bersungguh-sungguh mengenangkan Mati.


Ya...

Ingat dengan bersungguh-sungguh saat ajal menjelma.


Saat malaikat maut datang menjemput pulang.

Tarikh kematian adalah rahsia. Esok lusa atau entah bula kita berpeluang untuk Mati. Ia stesen terakhir yang pasti dan matlamat utama bagi sebuah kehidupan. 


Persoalannya, cukup bersediakah kita? Berapa banyak bekalan amalan yang kita nak bawak?

Ustaz Don ada senaraikan 6 kaedah nak dapat pahala setelah Mati. So, duit banyak-banyak tidak boleh dibawa ke dalam kubur.




*Buat dengan ikhlas. 
Soalan untuk difikirkan Bagaimana kaedah atau cara untuk ikhlas?  
Rujuk lah guru-guru Murshid yang boleh memberi cara.  Pesanan ini adalah untuk diri sendiri dan sesiapa sahaja yang rasa ianya bermanfaat. InsayAllah. alhamdulillah. 

Segalanya serah kepada yang Maha Kuasa. Dia pemilik ikhlas.

Mata Hati vs Mata Jasmani

Dalam vs Luar.

Ya...


Batin vs Zahir.

Rohani vs Jasmani.






Intrinsic (Internal) VS Extrinsic (Enternal) <<<--- dari sudut motivasi.  (Kenapa motivasi? - sebab motivasi adalah faktor menggerakkan sesuatu perlakuan atau perbuatan)


Saya bersetuju dengan pendapat - menyatakan motivasi dalaman (Internal/psycology) lebih utama dalam menjalankan sesuatu perbuatan. Faktor (External/Sociology) menyumbang beberapa % sahaja dan ianya tidak kekal.

Kenapa?


Saya merujuk kepada ayat "Setiap amalan bermula dengan niat". Ia petikan dari hadis:


Daripada ‘Umar al-Khattab ( r.a ), Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
“ Sesungguhnya segala amalan-amalan itu bermula dari niat dan sesungguhnya bagi setiap seorang itu ( ia akan memperolehi berdasarkan ) untuk apa diniatkannya. Maka barangsiapa ( niat ) hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu adalah untuk Allah dan Rasul-Nya dan barangsiapa yang hijrahnya untuk maksud dunia, maka ia maksudnya itu akan terpenuhi atau kerana seo…

Kata Kata Hikmah Prof. Muhaya sumber inspirasi buat kerja sambilan di rumah

"Kurangkan berfikir apa yang orang kata. Banyakkan berfikir apa yang Allah mahu daripada kita."


Saya suka kata-kata diatas.

Kata-kata hikmah Prof. Muhaya sebenarnya penuh dengan inspirasi mendidik roh. Roh dalam konteks lain adalah jiwa atau rohani.  Iaitu diri batin yang berselindung disebalik diri yang zahir.

Prof. Muhaya banyak mengajar secara tidak langsung erti kehidupan yang indah melalui kuliah Reset minda bertajuk "Sains Kehidupan".  Dalam sesi Reset minda tersebut beliau menceritakan tentang hakikat sebenar diri kita.  Diri kita yang sebenar diri adalah roh.  Dalam istilah sains ia dinamakan minda separa sedar.

Diri kita terdiri daripada dua iaitu zahir dan batin. Atau rohani dan jasmani.  Rohani lah yang sebenar-benarnya.  Kerana Allah melihat rohani.  Jasad atau jasmani yang untuk tontonan makhluk sahaja.

Fokus rohani, jasmani akan terjaga.

Kalau fokus jasmani sahaja, tidak akan kemana.

Contohnya.... 

Kita makan nasi adalah untuk diri yang zahir.  Makanan rohani…