Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November 9, 2014

Kata Kata Hikmah Prof. Muhaya Jangan Suka Dipuji

"Latih diri kita aga jangan suka dipuji"



Ia nampak mudah bukan?

Tetapi bukan senang untuk membebaskan diri daripada suka dipuji.  Kerana kita sering terpedaya dengan sifat suka dipuji.



Contohnya apabila melakukan sesuatu pasti ada makhluk atau seseorang untuk kita tunjukkan.  Seperti menyayangi isteri, kita membeli sesuatu barang kerana mahu isteri kita suka dan puji barang yang ingin kita berikan.



Apabila sampai dirumah, berlaku sebaliknya bilamana isteri tidak menghargainya.  Kita berasa kecewa.  Kecewa itu lah hasil daripada pengharapan dan sikap suka dipuji.



Kemudian berlakunya perasaan salah faham antara satu sama lain.



Jika kita melakukan semata-mata kerana Allah, tidak muncul perasaan salah faham kerana kita redha dengan Allah tanpa mengharapkan pujian daripada makhluk.


* Pesanan ini untuk diri saya sendiri.  Semoga kita semua berada didalam rahmatNya. InsyaAllah...

5 Kaedah Mudah dan Cepat Untuk Kuruskan Perut Lelaki Yang Buncit

1:34pagi.  14 November 2014.


Pagi jumaat yang Indah. Alhamdulillah.

Otak bertanya "Kenapa mata ini masih terbuka luas?"

Mungkin rasa tak puas hati.  Ada post entry yang masih terbuku tak publish lagi.


So...........
Hari ini saya nak share something yang lain dari biasa buat.  

Sebelum ini tak pernah buat lagi kerja-kerja macam ni.  Kali ni jer kot?

Ia pasal kurus.  Ya, nak cerita pasal kuruskan perut lelaki yang buncit.  Sebabnya ramai dikalangan lelaki yang buncit lepas kawin. 

Termasuk admin sendiri. Hehehehe......

Buat mereka di luar sana yang ingin menguruskan berat badan secara semulajadi tanpa pengambilan produk-produk pelangsingan tetapi tidak tahu bagaimana caranya.

Mungkin cara ini berkesan.  Ia kaedah yang biasa yang ramai tak mampu nak buat.  Saya pernah baca di group Diet Atkins dan beberapa bahan bacaan lain.

Apa yang dapat disimpulkan ada 5 cara utama.

PERTAMA - Minum air putih secukupnya.  Ada orang cakap 8 gelas sehari/24 jam.  Tapi saya lebih suka dengan cadangan Diet At…

3 Teknik Jemput Rezeki Halal dengan Berkesan

"Mendapatkan rezeki yang halal menjadi tanggungjawab kita sebagai umat islam.  Namun, kita seringkali letih dan penat dalam mencari rezeki.  Mungkin kita belum faham erti sebenar rezeki, sebab itu masih mencari.  Alangkah mudahnya kalau kita dapat menjemput rezeki.  Ya. Rezeki yang halal"
re


Saya rasa semangat bila bercerita pasal rezeki.


Semuanya gara-gara membaca buku Mudahnya Menjemputr Rezeki (MMR).



Antara kandungan buku Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR) yang saya baca adalah, tentang penulisan impian. Dan benar, 101 impian itu ajaib apabila kita mula menulisnya.



Tulisan = doa.



Saya melihat cover buku itu. Semut yang mengelilingi gula. Apabila kita letakkan gula pada sesuatu tempat, pasti dengan izin Allah, semut datang daripada arah yang tidak disangka-sangka.



Letak sahaja apa yang semut suka seperti gula, pasti ia akan datang daripada arah yang tidak disangka-sangka.



"Menjemput semut lebih mudah berbanding mencari semut."


Sama seperti rezeki. Apabila kita mengakses pin…

Senarai Harga Terkini November 2014 Smartphone Acer

Buat individu yang "GILA" gadget, saya nak kongsikan senarai harga smartphone Acer.  Harga yang dipaparkan ini adalah berdasarkan kemaskini November 2014.

Jenama Acer berasal dari Taiwan. 

Ia adalah jenama yang mengeluarkan komputer riba dan desktop.  Mereka popular dengan tawaran harga yang murah.

Siapa yang tak kenal? 


Terutama generasi masa kini pasti ramai memiliki komputer riba jenama ini.

Kalau harga komputer Acer ditawarkan dengan harga yang berpatutan, smartphone mereka juga boleh dikatakan harga mampu milik.  Walaupun tidak mampu menandingi harga smartphone Lenovo yang lebih murah.

Acer menawarkan 5 model yang mempunyai pelbagai variasi harga dan "performance".

1 - Acer Liquid E2 
(HARGA TERKINI NOVEMBER 2014 : RM699)
(HARGA BIASA : RM749)


Spesifikasi:
1. Android 4.2 (Jelly Bean) 2. Dual SIM / Mini SIM 3. Quad Core 1.2GHz 4. Saiz - 131x68x9.9mm Berat - 140g 5. Skrin - IPS LCD 6. Saiz Skrin - 4.5" 7. Internal Memory - 4GB ROM, 1GB RAM 8. Ada slot microSD - Sehingga 32GB …

Cara Mengurus Wang Ciri-Ciri Orang Kaya

MengurusWang Ciri-ciri Orang Kaya



Perkongsian seorang sahabat:
Dulu, saya tidak amalkan simpan 10%. Apabila saya kenal guru bisnes saya, beliau saran > sokong dengan fakta kenapa, baru saya terketuk untuk buat.
Mengapa penting tahu ilmu urus wang?




Anak A: Diberi RM5, beliau tahu untuk simpan dan belanja.
Anak B: Diberi RM5, boros. Beli benda yang tidak penting.

Antara 2 anak di atas, yang mana kita akan berani dan percaya untuk beri semua harta kita? Saya pasti, kita akan memilih anak A.
Begitu juga dengan Allah. Andai Allah beri RM5, kita tidak tahu nak uruskan walau kecil, apetah lagi andai Allah beri RM5K - RM500, 000.

Oleh sebab itu, orang kaya pentingkan ilmu pengurusan kewangan. Dengan itu ... mereka akan mendapat kepercayaan Allah untuk uruskan wang. Maka, Allah beri mereka wang yang banyak = jadi kaya kerana Allah percaya mereka mampu uruskannya.
Bagaimana nak mulakan ilmu kewangan?
Fasa pertama, tiap pendapatan simpan 10%. Elakkan gunakannya walauapapun yang berlaku. Gunakan ia deng…

Bagaimana Hati Berperanan Menjemput Rezeki

Saya pernah terbaca tebaca tentang bagaimana menjemput rezeki dengan kuasa dalaman iaitu dengan menggunakan hati.


Bukannya dengan akal.


Tetapi hati...


Kenapa hati?  Jom baca apakah peranan hati sebenarnya.


Peranan hati

Ada antara kita pasti pernah berperang dunia dalaman.  Saya yakin setiap kita pasti melalui pengalaman seperti ini.

Contoh,
Ketika membaca status-status Facebook, ada nada jahat yang mempengaruh. Agar kita mengungkapkan perkataan-perkataan negatif tentang status itu.

Di sudut yang lain, ada suara kecil yang berkata,

"Diam. Tak baik cakap macam itu."

Andai lihat pada drama, sering dikatakan,
Malaikat (berpakaian putih) vs Syaitan (berpakaian merah) ...

Hakikatnya syaitan hanya pembantu kejahatan. Oleh sebab itu, di kala Ramadhan, masih ada dosa yang kita terbuat walau syaitan sudah diikat.
"Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging apabila ia baik, nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan apabila ia jahat, nescaya jahatlah seluruh anggota tubu…

Masalah Anak Tiga Tahun Tak Boleh Bercakap, Apa Perasaan Ibu dan Bapa?

Awal berkahwin memang seronok.

Tambah-tambah bagi yang baru berkenalan.  Masa tu lah nak mulakan percintaan. Bulan madu sana sini.....

"Extra gumbira" lagi bila dapat tahu isteri mengandung....
. . . . Pejam
. . . Celik.... . . . Pejam.......... . . . Celik...............

Cukup 9 bulan. Lahirlah anak.  Bertambah-tambah lah seronok....

Orang cakap kahwin seronok....dapat anak berkali-kali ganda seronok... Ia rasa yang tidak dapat diucapkan.... "Tiada kata atau suara yang boleh digambarkan..."


Anak membesar dengan penuh kasih sayang.... semua nak pasti dapat... al-maklumlah anak pertama kan..................



Tapi!

Tiba-tiba perasaan seronok berubah.... perkembangan anak dilihat tidak seperti anak-anak yang sebaya dengannya.... lebih-lebih lagi bila pulang kekampung, berkumpul dengan sepupu umur sama... perlakuan berbeza...

Paling ketara - sepupu yang lain dah mula pandai bercakap... anak sendiri masih diam membisu....

Hati mula gelisah....

Masalah anak tidak boleh bercakap sangat merunsingkan …

8 Fakta Tentang Huawei Ascend Y550

Yeah.


Malam ni tiba-tiba rasa nak kongsi cerita pasal gadget.  Lama sungguh tak buat kerja-kerja cerita gadget nih...

Brand Huawei tak perlu diperkenalkan lagi dah...

Kalau korang perasan kebanyakan modem-modem banyak tertera jenama ni....

Walaupun ia tidak se popular Apple, Sony, Samsung dan Nokia - tahap kualiti produk mampu untuk bersaing dengan jenama-jenama besar lain...

Malah, berdasarkan pengalaman sendiri guna - ada produknya melebihi yang dijangkakan berbanding jenama S******G yang bini pakai.

Korang faham kan....


Balik kepada fokus asal.

Cerita pasal smartphone 

Ada LAPAN fakta tentang model terbaru dari Huawei - Ascend Y550:



SATU ia menggunakan Android 4.4.2 (KitKat).
DUA ia dikuasakan oleh prosesor Quad Core dengan kelajuan 1.2GHz
TIGA ia menggukan Chipset Qulacomm Snapdragon 410
EMPAT ia mempunyai memori dalaman 4GB dan RAM berkapasiti 1GB. 
LIMA ia mempunyai paparan skrin berukuran 4.5 inci
ENAM resolusinya 854x480 pixels. Agak boleh tahan la....
TUJUH ia mempunyai kamera utama dengang …