Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 12, 2014

Kata Kata Hikmah Maksud Jutawan Sebenar

#Siri Kata kata Hikmah Sistem Menjemput Rezeki. Ya.

Dah lebih 30 tahun berlalu.  Saya telah salah dalam menafsirkan makna Jutawan sebenar.

Alhamdulillah, dengan ilmuNya juga saya betul-betul merasa dan faham apa itu jutawan.  Yang sebenar-benar jutawan itu tiada pada diri kita.

Cuba lihat golongan-golongan yang di panggil jutawan.  Label jutawan itu adakah terletak kepada mereka yang kaya raya itu atau pada mata kepada kita?

Siapakah sebenarnya yang mengangkat mereka menjadi jutawan pada pandangan kita?
Jutawan?

Bukankah yang sebenar-benar jutawan itu adalah pemilik jutawan-jutawan itu?  Saya salah selama ini.  Apa yang dilihat hanya bayang-bayang atau wajah Allah yang terzahir pada mereka-mereka yang "kita" kata jutawan.

Yang menyebabkan kita kata jutawan juga adalah datangnya dari Allah juga.  Tiada yang lain melainkan Dia yang satu juga.  Mungkin Sistem Menjemput Rezeki boleh memberi sedikit panduan kepada anda bagi memahami dengan lebih faham sefaham-fahamnya.  

InsyaAllah.  I…

Kata Kata Hikmah Ubah Niat Untuk Kaya dan Berjaya

#Siri Kata kata Hikmah Sistem Menjemput Rezeki.  

Dengan adanya sebuah sistem, proses untuk menjemput rezeki menjadi lebih mudah.  InsyaAllah dengan izinNya.

Antara langkah memulakan revolusi (perubahan) kekayaan adalah ubah niat lama daripada,

"Bekerja / berniaga kerana kita perlukan wang"
Kepada niat baru...
"Bekerja / berniaga untuk membina paip wang."
Sistem Menjemput Rezeki telah banyak mengubah makna kehidupan khususnya pandangan terhadap rezeki ramai manusia.  

Sebagai contoh bagi diri saya sendiri setelah mengubah persepsi terhadap Kerja Sambilan Dirumah alhamdulillah, tanpa disangka ia memberi sumbangan kepada pendapatan sampingan yang berganda-ganda.  Ia kurniaan dari Allah bermula dengan niat lagi.  InsyaAllah.

Jom ramai-ramai kita ubah dan perbaharui niat, bukan sekadar untuk rezeki semata-mata, tetapi lebih dari itu lagi.  Terutama mendekatkan diri kepada Allah swt.


Seminar Buat Blog Percuma

Pergh....

Baca tajuk gempak habis; "Seminar Buat Blog Percuma"

Tak terkira berapa kali gerak hati datang untuk buat kelas untuk pelajari ilmu buat blog.  


Bukanlah sampai tahap seminar, cukup sekadar kelas....

Tapi teringin nak buat yang percuma ajer....

Tak ramai pun tak pa....

Ilmu blog ni saya kumpul lebih 7 tahun.  Dah rasa penuh dalam kepala...



Rasa macam nak turunkan kepada sapa-sapa yang berminat... persoalan? ada yang nak belajar ker?

~ Tidur dulu, semoga bermimpi yang indah-indah....