Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 5, 2014

Komen Bajet 2015 Blogger Denaihati dan Cendol Banting. Apa kes?

Assalamualaikum w.b.t.

Rata-rata rakyat Malaysia yang berteknologi tidak ketinggalan mengikuti perbentangan Bajet 2015 yang disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia hari ini.

Dalam media-media sosial, sana sini riuh diperdebatkan.  Group whatsapp asyik penuh dengan notification yang panas. Tak sempat nak banyak komen-komen dari rakan-rakan - semuanya pasal bajet 2015.

Ada yang suka ada yang duka.  Negatif dan positif sukar untuk dipisahkan. Ia warna warni kehidupan dalam alam yang fana.



Jika ada yang ketinggalan dan ingin melihat apa yang menarik sahaja boleh rujuk entri terbaru blogger Denaihati: Bajet 2015 Antara Yang Menarik.

Disana, banyak komen-komen menarik pasar bajet yang dibentangkan ni.  Ada yang dah macam Menteri Kewangan pun ada.

Beliau ada senaraikan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dalam entri panas tersebut.
Yang paling saya suka adalah kenyataan ini:
@bernamadotcom: #Bajet2015: Kerajaan akan bina Lebuh Raya Pantai Barat dari Taiping ke Banting (276km) bernilai RM…

Tugasan Kursus Falsafah Pendidikan | Bandingkan Kesan Pendidikan Kepada Pembangunan Insan dan Negara Antara Era Sebelum Merdeka dengan Era Selepas Merdeka

Saya mohon ribuan kemaaf kepada pengunjung blog saljuhumairah.  Kerana sejak dua menjak ini, saya jarang sangat dan boleh dikatakan langsung tidak menyentuh blog ini.

Tiada kelibat saya disini sebab masa saya lebih memberi fokus kepada pengajian yang baru bermula semester pertama.

Dalam minda - hanya memikirkan bagaimana untuk siapkan tugasan dari pensyarah.

Mungkin perkongsian saya di blog saljuhumairah dalam tempoh 2 tahun lebih kepada bidang pengajian saya. InsyaAllah.

Dengan harapan minat menulis blog tidak ditinggalkan dan pada masa yang sama pengajian saya juga tidak terganggu.

Saya tidak boleh berceloteh panjang kerana ada tuggasan yang lebih penting perlu disiapkan dalam minggu ini.  Dua tugasan - Kumpulan dan Individu.  InsyaAllah, akan dibentangkan dan dihantar softcopy serta hardcopy pada 18.10.2014.

*Doakan saya dipermudahkan segalanya. InsyaAllah.

_____________________

Dibawah saya ingin kongsikan contoh tugasan yang telah disiapkan oleh pelajar yang saya dapati dari laman Prezi.