Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September 21, 2014

6 Perkara Penting Yang Perlu Di Niatkan Untuk Kaya dan Berjaya

Setiap amalan perlu dimulakan dengan niat.  


Apa sahaja.......
Yup, semuanya kena niat - baru dipanggil amalan.

Maka, untuk kaya dan berjaya pun jikalau nak jadikannya amalan - bermulalah dengan niat.  InsyaAllah - hanya kita yang rasa.

Perkara mula-mula yang harus diniatkan adalah redha.  Lafaz di mulut penipu memang kelihatan mudah.  Hakikatnya, bukan senang nak redha sebenarnya - realiti.  Namun, setiap perkara yang dijadikan pasti ada jalan dan kaedahnya.  Warisan orang - orang dulu banyak menceritakan kiasan bagaimana untuk redha ni.  

Dan kalau diceritakan sekarang pun anda semua mungkin dah tahu....

Bagi saya, redha adalah kunci kepada ikhlas.  Bila redha, muncul lah ikhlas...


Bagaimana nak redha?

Salah satu jalannya - carai dalam surah Al-Ikhlas.


Saya bukan guru.  Tidak layak untuk cerita - melainkan dengan izin dan gerak dair Nya.... So, pergi lah gali dan cari bagaimana cara-cara untuk redha.  Jangan sekadar dimulut yang menipu... semua orang boleh sebut perkataan "redha"..…

Nota #Perbandingan Kesan Pembangunan Modal Insan Sebelum Merdeka dan Selepas Merdeka

Perbandingan Kesan Pembangunan Modal Insan Sebelum Merdeka dan Selepas Merdeka.

Dibawah saya kongsikan slideshare semasa proses pencarian nota-nota penting.  Semoga Allah merahmati hambaNya yang membantu upload nota ini.




Ia dalam bentuk slide pembentangan.  Dibawah slide juga ada isi kandungan slide tersebut.






Bandingkan kesan pendidikan kepada pembangunan insan dan negara from Mohd Borhan Bin Jamaluddin

1.0 PENGENALAN


Memetik kata-kata Yusof Al Qaradhawi seorang sarjana dantokoh pemikir Islam yang tersohor dan disegani masa kini,beliau mengatakan “Apabila kita hendak melihat wajah negarapada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini,sekiranya golongan muda pada hari ini adalah dari kalanganyang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita akandatang adalah sebuah negara yang aman makmur tetapi jikakeadaan sebaliknya maka bersedialah untuk berhadapan dengankemungkinan buruk yang berlaku”. 

Oleh itu, untuk melihatmaju atau mundur sesebuah negara bergantung kepada genarasim…

Apa Maksud Kekayaan Harta?

Banyak mana harta yang diperlukan?
Berapa juta duit yang kena cari?
Berapa ekar tanah perlu dimiliki?
Berapa buah rumah harus dibina?
. . . . . .
Berapa banyak soalan lagi korang nak tanya?


Yup.

Cari ilmu. Nak cari kerja.  Kerja, nak cari kekayaan harta.  Persoalannya bagaimana nak ukur jumlah kekayaan harta?  Banyak mana?

Soalan-soalan ni selalu bermain diminda.  Sakit kepala.  Lagi fikir, lagi sakit.  Sampai sudah tak jumpa jawapannya.

Kesudahannya cari kekayaan harta yang tidak sudah-sudah.  Sampai bila nak habis kalau tiada kayu ukurnya.  Dengan alasan, menggunakan istilah mencari rezeki.

Adakah tujuan kita hidup hanya untuk mencari rezeki?

So, pelajarilah cara-cara menjemput rezeki... bukannya pergi mencari.  Kerana, selagi mencari tetap tak akan jumpa.  Kenalilah hakikat sebenar rezeki. Fahami - Jemput rezeki, inshaAllah kita terima rezeki. Yakin kepada yang satu.

"Kekayaan Harta adalah mempunyai wang melebihi keperluan."

Kata Kata Hikmah Serahkan Kepada Yang Pakar

Orang Yang Tenang adalah Orang Yang Bijak, Sihat dan Kaya-Raya

Prof. Muhaya berkata; "Orang yang tenang sentiasa menang".
Saya terdengar kata-kata beliau dalam salah satu slot di radio IKIM.  Setiap hari rabu jam 10.00 pagi.

Pening jugak memikirkan, apa maksud orang yang menang adalah orang yang tenang?  Mula-mula ingatkan dalam pelbagai situasi, syaitan selalu datang menghasut.  Contohnya, situasi MARAH. Kalau bertenang - kita tak jadi MARAH.  So, kita dah menang kan?
Rupanya ia memberi erti yang lebih mendalam.
Ia terlalu subjektif untuk dirungkaikan.  Tapi mungkin boleh sama-sama berfikir.

Jom....

Bagaimana nak sentiasa dalam keadaan tenang.

Prof. Muhaya senang jer suruh kita bertenang. Tapi, bagaimana?

Dalam pelbagai keadaan, kita dituntut sentiasa ingat kepada Tuhan. Setiap saat.  Sikit pun tak boleh lupa kepada Allah yang satu.

Ya.

Untuk menang, perlu tenang.  Jika nak tenang ingat kepada Allah.  Tiada yang lain selain Allah... Ingatlah kepada Dia.  Bukan dengan akal, bukan dengan minda.  Ingat dengan sebenar-benarnya ingat.
InsyaAllah... ki…

Sah Azmin Jadi MB Selangor Yang Baru

Nah.Tak habis-habis lagi cerita pergolakan rebutan jawatan Menteri Besar di Selangor.Rasa nak tukar cerita lain.Fanakan diri sebentar, pause sementara tukar channel yang lain.Tidur.
Berdengkur.
Hanyut dalam alunan mimpi ngeri.
Kembali.Celik mata, masih DVD yang serupa. Kena tukar player agaknya.Tak sengaja, baca berita harian tadi. Tajuk cerita berubah judul pula. Dalam whatsapp orang kata bini baru penasihat Pakatan yang diangkat oleh maharaja.Dia punya ceritera. Sapa nak peduli apa?Korang dah baca? Nilaikan sendiri yer....

Nah. Link dibawah....copy and paste...http://www.bharian.com.my/node/7303?m=1