Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 13, 2014

Wajib Tonton Iklan Raya TM 2014 ADIK | Kosong Kosong

Ya,


Korang dah layan Iklan Raya Petronas 2014?






Kalau Petronas mengimbau nostalgia silam, Iklan raya TM pulak mengisahkan gelagat ADIK.


Sangat lucu dan comel.



Mungkin tema yang cuba dibawa oleh TM adalah kemafaan.  Ringkas jer.


"Kosong-kosong."
Kalau korang perasan, TM buat iklan mesti ada kesinambungan dari iklan dulu-dulu.



Pelakon pun sama. Respectnya iklan-iklan darinTM lebih kepada nasihat dan teguran dalam kegembiraan.



Kalau dulu famly yang sama jugak kena control makan, bila hari raya jangan makan berlebihan.  Nanti obes.



Tahun ni, tema bermaaf-maafan.



Tapi,




Agak kurang mood raya.  


Bagi yang ada anak sebaya dengan ADIK dalam iklan tersebut mungkin sedikit tercuit dengan gelagatnya.



Jom layan....




Iklan Raya Aidilfitri TM 2014: ADIK




Iklan Raya dari Petronas 2014 : Ke Pangkuan Bonda | Wajib Tonton

Petronas.


Antara syarikat terkenal yang ditunggu-tunggu setiap tahun.

Bila nak raya diorang mesti buat iklan raya gempak habis.  Petronas berjaya menaikkan mood nak raya rakyat Malaysia.  Walaupun simple jer video diorang, tetapi mempunyai message jelas dan mudah faham.

Tahun 2014 dah keluar video klip mereka.  Kali ini tema gembira.  Nostalgia kanak-kanak.






Bagi saya, ia agak kurang menarik berbanding yang lepas-lepas, tetapi menyentuh perasaan nak balik kampung.  Tak sabar-sabar rasa nak balik kampung ni lepas tengok.  


Nak jumpa mak....


Kualiti kamera dan video sangat tinggi.

Jom layan Iklan Raya Happy dari Petronas 2014






Semoga raya kita semua sentiasa didalam redha Allah s.w.t.

Video dari Tapak Pesawat MH17 Terhempas

Video dari tapak pesawat MH17 terhempas.



Saya kongsikan video yang dipaparkan di facebook Oh! Media.  Masih belum pasti.  Menunggu pengesahan betul ke video ni?

Harap-harap ada yang boleh mengesahkan.

Kalau tak boleh tengok video dibawah sila klik link sini: video MH17 terempas.






Post by Oh! Media.

p/s: Takziah buat semua.

Sedih 16 Gambar Pesawat MAS MH17 Ditembak di Ukraine | Boleh Percaya ke?

Malam tadi,

Lepak dengan rakan-rakan pejabat sambil makan kerang rebus.  Terkejut baca sms dan whatsapp. "Nahas pesawat MAS MH17 ditembak di Ukraine"

Betul ke?

Pesawat MAS MH17 ditembak di Ukraine

Macam tak percaya.  

Dah la kes MH370 belum lagi selesai....  Sekarang ni takut nak percaya info dari internet.  Nak sebarkan lagi lah takut.


Setelah mendapat maklumat dari info yang sah baru yakin.  Kemudian, sinar harian, astro awani, untusan dan beberapa media rasmi Malaysia update maklumat.  Teknologi media sosial ni memang cepat.


Antar blogger paling awal yang saya terima update adalah dari DENAIHATI.  Saya dah subscribe beliau melalui email.  




Apa-apa pun saya menunggu kenyataan dari Perdana Menteri bagi mengesahkan berita sedih ini.


Kemudian, terjumpa satu blog lagi yang memaparkan 16 keping gambar berkaitan nahas tersebut dari blog RATAN KEKUNCI



Boleh percaya ke gambar-gambar ni?  


Ada sapa-sapa boleh sahkan?










Projek Menarik Mesti Buat Malam Jumaat

Yup,



Raya dah nak dekat.  


Kejap jer masa berlalu pergi.  Saya tersedar bila imam baca doa qunut semasa berjamaah terawikh dimasjid.



Hurmm....


Pasti ramai yang kelam kabut nak raya.  Walaupun terganggu dengan isu Kiki & Steering Lock beliau...

Ada jugak yang tak tentu arah.... macam-macam gelagat bila tiba penghujung ramadhan...




Saya releks jer....


Malas nak fikir sangat.... sebab semua persediaan dah prepare awal-awal lagi.  Beli barang sikit-sikit.... Memang dah plan dengan isteri tak mahu bersesak-sesak kalut dengan traffik jam bagai.


Tambah-tambah 10 hari terakhir ramadhan ustaz pesan supaya fokus.


Fokus dengan hakikat kehadiran ramadhan.


Malam ni paling TERBAIK, malam jumaat.





Tambah-tambah baru dapat whatsapp dari abang sulong tadi.  Dia pesan macam ni:


Assalamualaikum.
Malam ini (pagi esok) dari pukul 2.30am, adalah kombinasi 3 waktu terbaik.
Malam RAMADHANMalam JUMAAT1/3 MALAM AKHIR  InsyaAllah DOA dimakbulkan dan diberkati Allah.
* Sila sedekah YASIN / AL-FATIHAH pada ahli keluarga anda …