Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April 27, 2014

Kata Kata Hikmah Jujur | Irfan Khairi

Jujur.

Paling sukar dalam hidup kita adalah untuk jujur pada diri sendiri.  Tanpa sedar kita sering menipu dan memungkiri janji kita sendiri.

Anda pasti perasan,

Kadang kala kita berniat sesuatu, bila tiba masanya kita menangguhkannya.

Kita ingin buat baik tetapi masih lagi tetap dengan perangai yang sama.

Kita bangun pagi dan ingin buat itu, dan buat ini tetapi bila ada perkara lain yang menarik perhatian kita tinggalkan atau tangguhkan.

Kita juga menipu diri sendiri dengan menjadi orang lain - hipokrit.


Astaghfirullah.

Mohon betulkan diri ini yang fakir lagi jahil.


Kata Kata Hikmah Dosa

Dosa.


Saya teringat kata-kata dari seorang Tok Guru pengajian saya.
Beliau membuat analogi mudah bagi menggambarkan dosa.

Katanya,

"Dosa Besar seperti najis yang melekat pada tubuh badan kita.  Bila buat dosa diri kita kotor dan perlu dibersihkan dengan pencuci taubat.  Dan Dosa kecil pula najis-najis kecil yang tidak kelihatan tetapi bila menjadi banyak ia tetap menjijikan.  Ia perlu dibersihkan setiap hari dengan pemberbaharui taubat"

Semoga ianya memberi manfaat dan panduan kepada kita bila nak buat dosa.


Pengalaman Buat Duit Dengan Agen Affiliate

Agen Affiliate menggunakan domian Agenaffiliate.com - merupakan antara program affilliate tempatan dan antarabangsa yang menawarkan peluang buat duit online paling effektif.

Ia sama seperti edyclick, jomniaga/ashadee atau klikjer.

Ketiga-tiga platform buat duit diatas semua saya pernah cuba termasuk agen affilate ni.  Dan telah terima komisyen hasil promosi dan strategi Merah Jambu.  


Bagi yang masih belum menjana sebarang sen dalam mempromosikan affiliate, saya sangat cadangkan panduan terbaik Kitab Teknik SEO Merah Jambu ni.

Antara semua platform yang saya daftar - Agen Affiliate paling saya berkenan dan puas hati.   Terbaik dengan produk laris mereka - jobdirumah.




Kenapa saya berkata begitu?

Bukan sebab komisyennya paling tinggi saya terima. Tetapi sistemnya.

Kepada pemain tegar agen affiliate, pasti perasan mereka telah menukar sistem dan paparan baru.  Lebih mudah dan sistematik untuk anda buat duit.

Mungkin anda akan berkata ada lagi program affiliate lebih baik dari ini.

Saya telah bers…

Doa Syukuri Nikmat

Syukur.

Ia kata kata hikmah yang mudah disebut, tetapi sangat berat untuk dilaksanakan.  


Kenapa?  Syukur bukan milik kita tetapi ia milik Allah.


Sama-sama kita berdoa supaya kita menjadi hamba yang Allah kurniakan rasa bersyukur kepada Nya.

"Tuhan Hadiahkanlah KasihMu Kepadaku
Tuhan Kurniakanlah Rinduku KepadaMu
Moga Kutahu
Syukurku Adalah MilikMu" - Raihan - Sesungguhnya


Saya teringat lirik lagu nasyid popular Raihan - Syukur.


"Ucaplah Alhamdulillah syukur kita kepada AllahUcaplah Alhamdulillah syukur kita kepada AllahShalawat ke atas nabi, Muhammad ya RasulallahShalawat ke atas nabi, ya RasulallahTanda syukur itulah taatSetiap tempat setiap waktuSyukur itu dapat dilihatPada sikap dan tingkah lakuMarilah bersama kita bersyukurKepada Allah kita bersyukurSyukur itu sifat muliaHindar dari tamak dan lobaRasa cukup apa yang adaHati tenang hidup sejahtera
Mari amalkan rasa bersyukur
Hidup bahagia, aman dan makmur
Syukur, syukur, syukur ya Allah
Syukur alhamdulillah
Syukur itu banyak cara…

Kata Kata Hikmah Ujian

Ujian.

Ia bergantung kepada sejauhmana ilmu.


Saya berfikir pada tahap ilmu saya yang jahil - setiap apa berlaku sekeliling adalah ujian yang pastinya hikmah disamping.  Semua perkara. Tidak kira sedih atau gembira. Susah atau senang.  Ia tetap ujian.

Ujian untuk melihat sejauhmana kita ingat Allah atau tidak. Saya sendiri sering lupa bila ujian gembira menjelma.

Untuk melihat hikmah, perlu dilihat pada mata hati yang dalam.  Orang biasa seperti saya langsung tidak melihat apa-apa melainkan sebab dan kesan.

Liaht kanak-kanak atau bayi yang baru lahir, ilmu mereka terhad.  Apa yang berlaku mereka melihat tiada apa-apa pun melainkan lapar, sakit dan mengantuk.  Itulah ujian bagi mereka.  Ia berhenti disitu sahaja.


Bahasa yang mereka gunakan - menangis, menagis dan terusan menangis.

Bila kita dewasa kita melihat ujian dari sudut yang beza. 


Semoga setiap ujian mendekatkan diri kita dengan Maha Pencipta Allah s.w.t.

Lagu Misteri Villa Nabila - Nota Band

Ingat lagi kes budak hilang di Villa Nabila?



Riuh rendah masyarakat kampung kata Villa tersebut berhantu dan penuh dengan misteri.  Segala pawang dikejutkan merenung nasib mangsa yang menghilang.

Tapi bila diketahui kisah sebenarnya - ramai yang kata tertipu. Hampa dan kecewa.

Terkini misteri roh Villa Nabila dibangkitkan kembali.  Sebuah band dari Johor telah mengabadikan cerita Villa Nabila tersebut dalam single terbaru mereka.

Layan jugak.  Macam lagu gothic, tapi tak lah gothic sangat.  Macam lagu rock dulu-dulu pun ada jugak...

Korang nilailah sendiri, tengok video youtube mereka dibawah...

Menurut sumber:
Single terbaru kumpulan Nota Band telah dihasilkan dan dilancarkan hari ini di SoundCloud.com. Single kedua ini dihasilkan kerana menerima sambutan dari single pertama Nota Band iaitu Hilang. Lagu Hilang telah mencapai prestasi yang cukup membanggakan kerana berjaya mendapat carta no1# di radio internet Malaysia. Band yang berasal dari Pasir Gudang, Johor ini yang dianggotai olehVocal…