Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April 20, 2014

Bagi Saya, Mama Saya Paling Baik Dalam Dunia Ni.

Balik dari taman, saya layan doremon dengan anak.

Lama sungguh tak tengok Doraemon.



Search youtube "doraemon malay".  Tajuk video paling atas - Bertukar Mama.








Teringat nostalgia zaman kanak-kanak 20 tahun yang lepas.  Kami layan episod ni sampai habis.

Dulu-dulu tengok doraemon sekadar tengok jer.  Langsung tidak fikir apa pun.  Rupanya bila dan tua, banyak pengajaran yang diterapkan dalam kartun jepun popular ni.

Kesimpulan dari cerita doraemon yang kami tengok, 

Apa yang kita miliki sering dilihat pada kekurangan.  Hak milik orang lain selalu dipandang "terbaik".  
Selalu terfikir begini waktu sekolah.

"Kan best, kalau bapak aku kaya macam bapak dia...."

Ringkasnya - cerita doraemon kat atas tu memberi pengajaran kalau ibu kita ditukarkan.

Akhir cerita tersebut, semua kanak-kanak mungkin akan menyebut "Bagi saya, mama saya paling terbaik dalam dunia ni"... walaupun suka marah-marah dan membebel...

Ia kisah pengajaran yang sangat berkesan dalam menerapkan…

Kata Kata Hikmah Tun Dr Mahadhir Mohamad

Sebelum korang pejamkan malam ni, 

Saya nak kongsikan petikan Kata-kata dari bekas Perdana Menteri Malaysia - Tun Dr. Mahathir Mohamad.  Ia mungkin boleh dijadikan pedoman untuk hari-hari mendatang.

Uniknya Insan.
Manusia memang tercipta dengan pelbagai jenis.  Ia warna warni dunia alam.

Bukan sekadar Bangsa Melayu sahaja, bangsa lain pun begitu juga.

Tapi kenapa difikirkan orang lain?
Bila nak mula berniaga, macam-macam muncul dalam fikiran.  Namun, sejarah yang lepas boleh dijadian peluang untuk berjaya pada masa akan datang.

Jika difikirkan orang sampai bila-bila pun kita susah nak maju kehadapan. Macam kisah seorang ayah yang berjalan bersama anak nya dan seekor keldai.  Dalam perjalanan pelbagai tohmahan dan kritikan kepada mereka.  


Korang ingat lagi cerita tu? Nak cerita details - tak ingt sangat keseluruhannya.  

Cuma banyak pengjaran boleh diceduk darinya.

Perasaan sendiri mungkin rasa bahagia bila dapat mengikut apaa yang orang lain kata. Tetapi percayalah ianya sementara - tidak k…

Makna Surah Al-Fatihah - Mudah Hafal

Salam Jumaat semua.



Semoga hari indah ini - anda semua sentiasa tenang dan bahagia jiwa.



Setiap Hari 5 waktu sehari semalam kita mengulangi surah Al-Fatihah.  Ia antara surah paling penting dalam kehidupan seharian.

Al-Fatihah juga merupakan doa yang diulang-ulang.

Saya jumpa satu graphic menarik dari facebook - mungkin memudahkan kita hafal makna surah Al-Fatihah.
Semoga ianya bermanfaat.





Share dengan rakan anda, semoga lebih ramai mendapat manfat darinya.

Saya tak kenal siapa yang buat - tetapi saya doakan semoga beliau sentiasa didalam rahmat Allah kerana grafik yang beliau buat membantu ramai umat islam.  Semoga insan yang share juga diredhai Allah. In Shaa Allah...





Kata Kata Hikmah Irfan Khairi - Peluang Perniagaan Risiko Rendah

Ya.
Jom tengok kata-kata hikmah Irfan Khairi dibawah.  Sangat memotivasikan.

Tetapi sebelum itu, saya ingin kongsikan satu peluang cara buat duit mudah dan risiko rendahSesiapa sahaja boleh mencuba.


Abah pesan dulu,

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.


Kalau ada RM1.00 - anda disimpan setiap hari ia akan jadi RM365.00 setahun.

Jika ada RM1000 ditangan pun, jika langsung tiada simpanan ia akan habis tak sampai sehari.


Terkini edyclick menjemput sesiapa ingin buat duit dengan mereka.  Nilai bayaran sangat rendah tetapi sangat praktikal dan senang buat.

Bagaimana caranya?

Konsepnya, mudah.  Edyclick sediakan bahan-bahan promosi.  Anda buat hebahan samaada melalui facebook, twitter, instagram dll media sosial yang seangkatan dengannya.  Setiap klik - mereka bayar RM0.03.  Jika berlaku pembelian, anda akan dapat komisyen 10% hasil jualan pula.  Kebanyakan produknya adalah produk fizikal.




Alhamdulillah, terima kasih - kerana setiap klik anda, automatik saya akan dibayar RM0.03.  Jika 10 orang yang …

BID ASUS MEMOPAD SMART 10 Dengan Harga Mula RM1.00

Rakan niaga saya buat hal lagi - Encik Azhar.

Hurm.... 
Kali ni dia jualan ASUS MEMO PAD SMART 10 melalui BIDAAN di official page nya  SERTC MOBILE SHOP

..pergh..mmg terbaik...

Kepada yang berminat, Apa lagi..bid jer ler... lambart melepas.


1. Like page SERTC MOBILE SHOP...

2. Buat bidaan di page tersebut...



Ada dua bidaan sedang berjalan sekarang ni di page tersebut.  Saya sekadar tukang buat hebahan ajer...




Apa tunggu lagi.




BIDA DAN MENANG..untung rugi beliau tak kira... yang penting pelanggan HAPPY.  Dah banyak bidaan yang beliau dah buat.  Yang baru lepas, harga smartphone pemenang dapat separuh dari harga pasaran.



JOM BID @ SERTC MOBILE SHOP
BID START FROM RM 1.00




ITEM : ASUS MEMOPAD SMART 10

* Item adalah set display. Barang BARU. BUKAN SET SECOND




BAS

Review Terbaik Lenovo Yoga Tablet 8 B6000

Review terbaik Lenovo Yoga 8 B6000.



Saya gunakan tablet ini untuk tugas-tugas harian.  Memilikinya hampir 3 bulan boleh dikatakan sangat puas hati.



Ia tablet yang sangat berbaloi jika dibandingkan dengan harganya. RM9++.00




Satu perkara terbaik yang boleh dipuji tablet ini adalah bateri yang 6000mAh yang membolehkan ia bertahan 5hari tanpa data plan.
Kualiti Sound - betul-betul puas hati dengan dua unit speaker yang mempunyai fungsi DOLBY.
Saya pengguna tegar internet, untuk kemaskini blog.  Sentiasa on broadband maxis. Ia mampu bertahan selama tiga hari.

Sangat puas hati - terutama semasa travel. Tak perlu bawa power bank.


Spesifikasi lain boleh layan video youtube dibawah.




Boleh dapatkan Lenovo Yoga dengan harga murah di page LENOVO MURAH atau Lihat diskaun menarik di Lazada.



Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya storage Lenovo saya rendah?

Bang, smartphone Lenovo saya dah warning storage/memori is Low. Apa perlu saya buat? Susah la macam ni.

Ada customer datang inform saya storage/memory smartphone mereka semakin rendah. (Bahasa lain memori dah nak penuh) so, akan sentiasa ada amaran di notification.

Apa nak buat?

Ada yang kata reset atau format je balik.  Bila kembali kepada asal - boleh guna smartphone seperti sedia kala.


Ada jugak yang suruh uninstall manually satu persatu application yang jarang digunakan.


Nanti smartphone anda akan kembali normal.




Apa-apa cadangan bagi saya tidak salah - kerana masing-masing punya pandangan.


Saya ada cara mungkin berguna bagi anda.  Maklumat ini berdasarkan tips dari laman support Lenovo sendiri.



Sila ikut tips di bawah untuk mengoptimumkan penggunaan penyimpanan peranti anda: 
(* Peringatan:. Back up your data before you remove any contents from your device
- Setiap smartphone Lenovo rasanya ada fungsi backup yang kita boleh ambil semula dari SD Card ) 




====================================…

Kata Kata Hikmah Dugaan

Dugaan...

Oh...

Dugaan... Dugaan...


Kita sedar dugaan dalam keadaan sakit, sedih.

Kita lupa dugaan bila gembira dan senang.


Ia sebahagian dari kehidupan.  Menjadi pelengkap dalam sebuah perjalanan menuju alam balik sana. Pengantaranya adalah kematian.  

Ada yang berkata, kematian sebagai permulaan kehidupan sebenar. Selama ini kita mati atau tidur di alam mimpi.  Bila mati baru sedar sendiri.

Ada juga sebut, mati untuk merehatkan kita dari segala dugaan di dunia. Alam fana.  Alam yang penuh kelalaian.

Indahya jika dapat hayati sungguh-sungguh lirik nasyid Kehidupan nyanyian kumpulan The Zikr.


Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam
Datangnya siang
Oleh itu waktu senang
Jangan lupa daratan
**
Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepasdarigenggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan 
Apa gunanya sesalan hanya menekan jiwa
Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan 
Ingatlah biasany…

Kata Kata Hikmah Happy | Sebelum Kau Tidur

Ya.


Saya pilih GEMBIRA.

"Happy"

Menjalani kehidupan penuh dengan cabaran kadang sangat meletihkan.  Jasad dan badan bergantung harap pada otak dan fikiran sangat berpegang kepada hati.

Walau lelah.

Otak sampaikan pesanan supaya jasad saya pilih gembira.

Gembira dengan cabaran dan dugaan ini.

Gembira dengan cubaan ini buatkan jasad semakin kuat menempuhi segala mendatang.

Gembira positifkan semua negatif lain dalam kawalan.  Luar kawalan diri tidak langsung boleh mempengaruhi diri yang dalam ini.

Saya pilih menulis begini - saat sebelum merehatkan jasad.  Penat dibuli dalaman diri.  Saya mohon ribuan maaf kepada diri dan saya memaafkan diri ini.

Juga maaf semua wajah yang lain, yang hadir dalam sejarah hari ini.


Lagu nyanyian MOCCA diabwah saya tujukan khas buat diri ini dan semua yang belum lagi tidur.



Ini liriknya:

Ayuh kita nyanyi bersama.

Sebelum Kau Tidur - Mocca
Pejamkan matamu
Berbaring yg tenang
Sunggingkan senyuman
Sebelum kau tidur

Ucapkan salammu
Pada bulan dan bintang
Mereka yg set…

Kata Kata Hikmah Kita Milik Tuhan

Benar.

Kita Milik Tuhan




Dan ... akan kembali kepada-Nya. Dalam tiap perkara, sebaiknya kita sedar,



"Kita milik Tuhan."
Termasuk seperti harta, anak-anak, ibu bapa, isteri / suami. Atau, andai kita rasa kita memiliki, kita akan berat untuk memulangkan semula kepada Allah.



Contoh, kita peroleh keuntungan RM1,000.


Oleh sebab kita rasa RM1,000 itu milik kita, kita rasa berat untuk agih-agihkan. Apabila Allah minta secara paksa, seperti kereta rosak, kita rasa begitu teruji. Sedangkan sebaiknya kita sedar RM1,000 bukan milik kita.


Kita hanya berperanan sebagai pengagih rezeki-Nya. Pernah baca pepatah ini?
"Tiap rezeki kita ada orang lain."
Ia bermaksud,
"Tiap rezeki kita bukan milik kita 100%."
Justeru, penting untuk sedar bahawa,
"Kita dan apa-apa sahaja yang ada pada kita, adalah milik Tuhan."
Dan apabila Allah mahukan ia kembali, pulangkan pada-Nya.



------------ Apakah Solusinya?------------
Syukur.


Syukur, akan membebaskan kita daripada penyesalan dan pengharap…