Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 2, 2014

Februari - Alhamdulillah Target 9 Komisyen Kerja Sambilan di Rumah Tercapai

Dah pukul 1pagi.


Niat nak tido awal tertangguh.  Kena spend masa sikit lagi untuk siapkan entry yang telah dijanjikan.  


Demi pembaca yang sangat dihargai.

Hurm...

Korang semua lah...



Kalau korang perasan, dalam entry dulu saya ada cakap nak update komisyen kerja sambilan dirumah setiap bulan.  Kalau dah janji, abah cakap mesti tepati. Nanti jadi manusia "munafik".





Bermodalkan dua entry viral pasal kerja sambilan dirumah ini dan ini Alhamdulillah - target untuk dapatkan 8 komisyen tercapai.  Malah dah terlebih pulak satu.  Syukur... rezeki.  Mesti korang tertanya-tanya dalam kotak fikiran "Sebab apa 8 jer?" Tak reti nak jawab, Korang Kena tanya brader Titan.  Dia memang pakar dalam jobdirumah.  Dah berapa ribu disebat pun tak tau la...
Bulan Februari - saya agak sibuk dengan urusan kerja hakiki dan tumpuan dialihkan kepada kerja-kerja offline.  Traveling. Meeting. Family. dan Balik Kampung.


Jika dibandingkan komisyen bulan lepas, graf memang menurun.  Beza 1 komisyen jer..…

Kenapa Perlu Diasingkan Halal dan Haram?

Cover Terbaru Buku Mengenal Diri dan Wali Allah

Yup.


Bulan lepas saya ke Kota Bharu.

Kedai Buku Jaafar Rawas.


Niat nak borong buku lama.  Ada cerita sikit review pasal buku ni dalam entry lepas.   Nak borong banyak sikit, saja nak bantu sesiapa yang mencari buku Mengenal Diri dan Wali Allah.


Sebab susah nak dapat dalam pasaran luar dari Negeri Kelantan.


Bawah ni cover lama.




Cari punya cari tak jumpa.


Habis penjuru kedai digeledah.  Langsung tak perasan kelibat buku ni.  Terpaksa mintak khidmad pelayan kedai.


Rupanya, ia dah berubanya wajah.

Buku Mengenal Diri dan Wali Allah dah dicetak baru oleh Syarikat Pustaka Aman Press (PAP).


Dan ia adalah cetakan yang ke 30.


Banyak sungguh permintaan buku ni.


Penulisnya masih bernafas dan boleh berjumpa dengan beliau disalah sebuah Masjid di Kawasan Kota Bharu.  Saya sendiri masih belum berjumpa.  


Beberapa sahabat - rakan kerja satu organisasi telah berpeluang berhadapan dengan Ustaz Mustapha sendiri dan berbicara tentang buku ni.


Saya masih menerima tempahan kepada sesiapa yang ingin mendapatkan buku ini.…