Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 29, 2013

Ucapan Selamat Tahun Baru 2014 Oleh Perdana Menteri

Korang dapat?

Semalam ada email dikirim oleh Perdana Menteri Malayasia.  

Mungkin rindu kot? Nak tanya khabar dan ucap selamat tahun baru 2014.  Baik la Perdana Menteri kita, boleh send email kepada rakyat yang kerdil ini.


Thanks.


Tapi, kenapa dalam email yang dihantar tu tahun 2013?  Tajuk dah ok Di Ambang 2014, tapi penghujung email "Selamat Tahun Baru 2013?"









Jom, baca Ucapan Selamat Tahun baru 2014 dari Bapak Perdana Menteri Malaysia.


Hishamudin Mohamad Twontawi yang dikasihi,


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia!


Negara yang terus cekal menghadapi cabaran adalah negara yang ditakdirkan untuk mengecap kecemerlangan.

Hakikat ini menjadi lebih bermakna apabila tahun baru bakal tiba sekali lagi. Semangat kecekalan inilah yang akan menemani kita, dan memperkasakan kita dalam mengharungi masa hadapan. 


Dalam lembaran sejarah, kemenangan sentiasa berpihak kepada negara yang tabah, terus bersatu dan bersama-sama berusaha untuk menghadapi cabaran yang menguji mereka.


Benar, ketika Tahun Baru…

Akhir Zaman | Satu Kebangkitan | Tuhan Tak akan Tinggalkan Kamu

Selamat tahun baru semua.

Tahun 2014.

Korang pergi ke contdown tahun baru semalam?  Apa korang dapat ye? Best ke tunggu jam 12 malam?  Mungkin boleh share sikit pengalaman atau perasaan.


Saja nak tahu.  Mungkin ada ilmu yang diri ini tak tahu.


Saya jahil bab-bab sambutan tahun baru. Dulu-dulu selalu kena sebat kalau tidur lewat. Pukul 10.00 malam dah masuk kelambu. Kalau tak masuk tidur? faham-faham sendiri lah...


Ini entry pertama untuk tahun 2014.  In Shaa Allah, dengan rahmat dan izinNya saya ingin terus menerus tulis disini.

Jom, cipta kelainan sikit tahun ni.  Ada program menarik untuk disertai.

"Akhir Zaman Satu Kebangkitan - Tuhan Tak akan Tinggalkan Kamu."

Program ini akan diadakan pada 12 Januari 2014 (Ahad) yang bertempat di Dewan Kristal Telekom Malaysia Convention Centre.


Ia bermula pada 8.30 pagi dan berakhir pada jam 10.00 pagi.

Bayaran komitmen dikenakan sebayak RM100 atau dengan bayaran 3 Dirham lebih menjimatkan dimana bersamaan RM75.00.


Boleh mendaftarkan diri di sini…

Projek Buat Duit Dengan Blog | Kerja Sambilan 2015

Sedar tak sedar, hari ni dah penghujung tahun 2013.

6 tahun saya menulis di sini.  

Hurm....

Alhmadulillah, syukur.  Terima kasih Allah, banyak ilmu yang saya belajar. Semakin lama semakin banyak yang tidak tahu rupanya.

Terutama latihan menulis dan mengarang.  Baca tulisan saya disini 6 tahun dulu memang hampeh.  Pecah usus perut menahan ketawa.  Kemudian, pengaruh sastera ala-ala novel islamik, beralih ke tulisan serius yang menakutkan pembaca.

Dah macam rojak.  Macam-macam ada.... Jadi caca marba...



Bagi saya, ia "Learning Process..." 

Ada yang terus berjaya, ada juga yang mula dengan meniarap seperti saya... Ada yang singkat dan ada yang panjang jalannya... Ia rezeki.

Namun, menulis blog itu sendiri adalah kepuasan. Ia kepuasan yang tidak dapat diceritakan.

Selain kepuasan, tujuan utama memiliki blog juga adalah untuk menambah pendapatan sampingan - pendapatan pasif.  Beberapa projek buat duit saya sepanjang tahun 2013 berjaya dan banyak juga yang belum mendatangkan hasil.

Majorit…

Kata Kata Hikmah | Ilahi Kau Yang Ku Tuju

Sejak dua menjak ni jiwa terasa nak dengar IKIM sokmo.

Apa korang sebut setiap hari?

Jom audit.

Prof. Muhaya selalu pesan dalam slot beliau di IKIM kita perlu sentiasa sebut:



"Ilahi kau yang ku tuju, 
Redha Mu yg ku cari, 
Kurniakan padaku mencintai Mu dan mengenal diriMu."




Hisham Mohamad
010-5385826

Tune Talk  - Perniagaan satu dalam dua ratus.

MiFi Broadband Maxis Tahan Sehingga 10 Jam

Saya adalah pengguna Maxis Home Wireless hampir 2 tahun.


Kelebihannya dari segi kelajuan dan kuota 20G sehari selalu membatalkan niat untuk terminate. Jadinya sehingga sekarang saya masih setia.  Walaupun ramai yang kata maxis sangat mahal.


Masalahnya adalah masa travel terpaksa mencari sumber elektrik untuk plug-in broadband yang berkelajuan tinggi. Dah la besar nak usung sana-sini.  Terpaksa saya menggunakan phone yang mempunyai Dua sim kad.  Dengan phone tersebutlah saya jadikan access point untuk surf internet guna macbook.


Kesannya, batery phone pulak cepat habis.


Masalah...
Masalah...
Maaalah...


Tak sangka, Maxis seperti memahami jiwa ini.  Mereka baru keluarkan satu device/peranti yang boleh dijadikan wifi bergerak. Device ini dinamakan mifi.  Katanya ia mempunyai kapasiti bateri 3000 mAh.  Iaitu bolwh bertahan selama 10 jam penggunaan.  


Harga pun boleh tahan, kalau baru register lagi murah dan berbaloi.  Jom pakat-pakat daftar Home Wireless Maxis.   Dengar, celcom dah keluarkan benda…