Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November 17, 2013

Sampling Beesama Dr. Siti Rohaida Mohamed Zainal dari USM, Pulau Pinang

Penderitaan masih diteruskan.
Sabar dan solat.
Ia pesan dari blogger dakwah terkenal Prof. MKI.

Hari ke lima peserta Kursus QA di EDC - UUM disajikan dengan ilmu sampling.  Kami belajar secara terperinci bagaimana melakukan sampling terhadap population yang hendak dikaji. Ia adalah penerangan mendalam yang membawa kearah pencerahan maksud bagaimana menjalankan penyelidikan yang lebih realistik mengikut tahap kemampuan.

Bukan sekadar kajian Pak Pandir yang hanya angan-angan.  Bila hendak dilaksanakan, banyak kebuntuan.

Dr. Siti Rohaida seorang yang ceria, santai dan slumber.  Memudahkan ilmu diserap terus tanpa ada rasa sedikit pun gap antara kami dan beliau.  Seperti seorang kakak dan adik yang ingin belajar.  Berasal dari daerah yang sama tempat kelahiran saya - Kamunting, Daerah Krian. 




Beliau banyak berkongsikan tips dan petua menyiapkan kajian dalam tempoh.  Ia supaya kami tidak terkandas dengan halangan-halangan dan dugaan yang mendatang.  Pengalaman sebagai pemeriksa penyelidikan bany…

Pandai Cari Masalah Siapa Suruh? Ingat Bijak Sangat?

Kenapa?Bagaimana?Apakah?Siapa?Punca?Masalahnya?Aturannya tidak menentu, yang mana awal dan akhirnya.Sendiri cari masalah tidak tentu pasal.  Sorang-sorang cari jawapan. Bagaimana nak jawab terpulang. Hingga akhirnya jawab kritikan dari semua orang.

"Apa yang awak buat ni?""Tak fikir ia sia-sia?""Jangan membazir masa, banyak kepentingan dan keperluan lain yang patut difikirkan."  Sedikit masa lagi, ion-ion dalam otak merembeskan enzim-enzim yang berselirat. Menjadi merapu dan tepu.  Fikirkan masalah yang sengaja dicari, jawab sorang-sorang.Jangan sampai kesihatan terganggu.
Jangan sampai sekeliling terseksa dengan bebanan.
Jangan sampai langar hukum yang tersusun.
Jangan sampai mati walaupun masih bergetar.Tetapkan dalam hati.  Semata-mata kerana Nya. Semata-mata kerana Nya. Semata-mata kerana Nya.Noktah.
Jom pi solat jumaat.  Ada jalannya disana.

Mata dan Hati Menangis Menonton Video Ahmad Ammar bin Ahmad Azam

Ya.

Saya menangis.  Ini pengakuan jujur.  


Perasaan yang tidak boleh disembunyikan lagi.

Betul-betul menyentuh perasaan.  Lalu lubuk hati yang dalam berdoa supaya saya juga ingin dimatikan dalam keadaan beriman.

Namun, Otak pula terfikir bagaimanakah kesudahan, bagaimanakah keadaan diri bila sampai ke penghujung.  Masih kabur. Langsung tiada sumbangan, ditambah dengan kelalaian jasad dan hati.  


Dia memberi masa, ruang dan peluang.

Menyelusuri kisah Ahmad Ammar buat jiwa menjadi sebab, sayu dan syahdu.  Tanpa sedar air mata turut mengalir, menitis basah dipipi.  Ia bukan sesuatu yang dibuat-buat atau dirancang.  Coretan disini sekadar berkongsi perasaan dan emosi.



Persoalan muncul, kenapa tidak mengenali beliau sewaktu masih bernyawa?  MasyaAllah, Dia Maha Berkuasa keatas hamba-hambaNya.

Cuma doa untuk arwah yang mampu dititipkan.

Cerita Ahmad Ammar bin Amad Azam dah tersebar secara meluas melalui youtube.  Kepada yang masih belum faham. Boleh baca cerita beliau di disini:

Perbualan Terakhir A…

Dalam Kenangan Faizal Ismail (FBI) Panggilan Hangit Untuk Anak

Hohoho


Ayah prank anak sendiri.


Memang lawak habis.


Hari ke empat menjadi peserta Kursus QA di EDC- UUM, semangat kembali memuncak.  Apa faktor? kurang pasti.


Yang pastinya, malam tadi tiada kelas boleh layan youtube.  Sebagai penghibur.  Balik kepada cerita asal.  Semua orang dah tahu kan? Faizal Ismail atau FBI dah pencen dari menjadi penyampai radio di HOT fm.  

Rujuk sini untuk Kisah hari terakhir FBI di HOT FM.

Youtube dibawah ni ceritakan bagaimana Farah Fauzana menelefon Isteri FBI dan kenakan anaknya yang tidak hadir ke sekolah kerana terjatuh basikal.

Kemudian, beliau menyerahkan perbualan kepada pengetua iaitu ayahnya sendiri.  Mati-mati anak FBI mohon maaf kepada pengetua kerana terjatuh basikal.

Seterusnya… korang layan sendiri.


Ketawa sorang-sorang.






FBI dalam kenangan, memang terbaik lah….

Perkongsian Hebat dari Dr. Roselan Baki, UPM

Malam yang Indah walau tiada cahaya bintang dan bulan dilangit.

Kerana tiada kelas untuk dihadiri.  Dapat pengecualian dari guru hari ini. Mata pun belum mengantuk lagi.

Hari ke-4 di EDC - UUM.

Mata terpaku, tidak bergerak memandang ke hadapan sepanjang hari.  Sedikit pun rasa mengantuk terasa dalam dewan kelas.

Ia kesan ceramah dari Dr. Roselan Baki Pensyarah Kanan UPM.  Seorang yang sangat menepati masa. Katanya, jam 8.30pagi hari ini hanya sekali dan tidak akan berulang lagi.  Kata-katanya tegas, tetapi menghiburkan, penuh inspirasi dan motivasi dengan cerita-cerita pengalaman beliau.

Beliau tidak berdiri setempat.  Bergerak kesana-sini, dengan telatah yang pelbai seperti menonton Maharaja Lawak Mega.  Kadang melompat, ada juga membuat memek muka.  Namun, tetap selamba dan sempoi.  Beliau memang istimewa dan gifted menjadi seorang pendidik.

Sungguh menarik dan menghiburkan.

Berpengalaman dari seorang cikgu sehingga menjawat jawatan pensyarah kanan sekarang.  Dr. Sangat mengutamakan Barakah…

Panduan Menulis Literature Review (LR) Dr. Siti Zubaidah Othman - COB UUM

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera 

Literature Review sangat meletihkan jiwa.

Hari ketiga disini telah menurunkan sedikit semangat berbanding mula-mula sampai.  Nak pergi ke kelas pun rasa berat jer.  Mungkin berjauhan dengan keluarga dan kurang daya tahan badan atau alahan dengan aircond.

Apa-apa pun, Blog tetap kena update setiap pagi. 


Semalam, kami bersama Dr. Siti Zubaidah Othman - Pensyarah dari School Of Business Management UUM, Sintok Kedah untuk menuntut ilmu Literature Review.

Beliau memberi ceramah dengan penuh semangat dan bertenaga.  Straight forward dan berterus terang.  Sedikit menyelit pengamalan beliau menyiapkan tesis.  Bagaimana motivasi beliau turun dan naik kembali sehingga berjaya tamat.








Satu sahaja petua yang beliau beri adalah syukur untuk berjaya.  Sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki.  Syukur dengan penuh perasaan dan bersungguh-sungguh terdap semua pemberian yang Maha Kuasa.  Peluang penajaan ini hanya datang sekali sahaja.  Ia kelihatan mudah bila m…

Belajar Menulis dengan Blog

 "Luasnya ilmu Allah meliputi seluruh alam semesta, diajarkan kepada manusia dengan pelbagai cara." (Ilmu Kehidupan, Ringkas Tapi Signifikan - Prof. Muhd Kamil Ibrahim)



Ya!

Kita belajar dengan pelbagai cara samaada sedar atau tidak sedar.

Buku yang dibaca akan mempengaruhi gaya pemikiran kita.  Bukan sekadar penulisan, malah gaya percakapan juga akan terikut-ikut bahan bacaan yang masuk ke minda.  Saya tulis mengikut apa yang saya baca.  Kadang kala berbunga seperti kaya sastera, ada serius dan ada juga merapu bila tiada idea.

Masa terluang, saya suka baca semula entry-entry lepas dalam blog.

Sangat Kelakar. Macam orang  tak siuman.  Ketawa sorang-sorang.  

"Blog aku ke?"
"Betul ke aku yang tulis?"

Sukar untuk percaya yang semua itu saya yang tulis.  Hati kecil sering berkata untuk hapuskan sahaja (delete) entry-entry lama yang tidak berkaitan dan memalukan itu. Namun, ada bisikan lain "biarlah ia menjadi kenangan dan pengalaman".

Hakikatnya, saya belajar…

Tips dan Petua Belajar Master (Sarjana)

Selamat pagi dari EDC - UUM, Sintok Kedah.  



Hari ketiga disini.


Alhamdulillah.


Dengan Izin Allah SWT.


Selesai sesi Forum, slot malam tadi oleh 2 orang panel yang telah berjaya menyempurnakan pengajian peringkat PhD dan Master (Sarjana) mengikut masa yang telah ditetapkan.


Tahniah.


Saya puji pihak penganjur Kursus QA kali ini, kerana menyajikan sesi semalam dalam bentuk Forum Perkongsian Ilmu sebagai altenatif mengelakkan kebosanan peserta dengan konsep kelas pengajaran dan pembelajaran biasa.





Ahli panel terdiri dari seorang wakil akdemik - pensyarah Dr. Salmi, dan seorang panel lagi wakil dari pentadbiran - Penolong Pendaftar dari USM, Puan Siti Fatimah Banu.



Dr. Salmi - melanjutkan pelajaran beliau di peringkat Sarjana Muda dan Sarjana (Master) ketika masih bujang di U.K. sebaik sahaja tamat SPM.  Kemudian, menyambug semula pengajian ke peringkat PhD semasa melahirkan anak yang baru berusia 6 bulan di UUM.  


Cabaran paling besar adalah terpaksa menjadi ibu berdikari semasa berhadapan dengan…

Cerita Prof. Dr. Khulida Kirana Yahya dari COB UUM

Done!


Baru habis kelas pertama Kursus Q.A. di EDC-UUM untuk hari ini.  Ada lagi 15 hari lagi akan ditempuhi.


Pemandangan sekeliling hijau dengan pohon kelapa sawit.  Suasananya nyaman disini sangat





Sepanjang hari ini kami bersama penceramah pertama dari Center Of Business - COB UUM iaitu Prof. Dr. Khulida Kirana Yahya.  Seorang yang sangat ceria dan menepati waktu.


Beliau memberi pencerahan tentang:

Pengenalan Penyelidikan & Permasalahan KajianPersoalan Kajian & Sumbangan Penyelidikan
Pencapaian Akademik Prof menimbulkan rasa hormat kepada beliau:

Ph.D. Strathclyde Graduate Business School (SGBS), University of Strathclyde, Glasgow., Human Resource Management, 1998M.P.A. University of Pittsburgh, Pennsylvania, USA, Public Management Policy, 1998B.Sc. Syracuse University, New York, USA, Personnel and Industrial Relations, 1986



Penyelidikan (Re + Search)

Dari pagi sehingga ke petang kami bersama Prof. Dr. Khulida mengulangkaji subjek penyelidikan (Research). Kali terakhir sa…

Apa Yang Menarik di EDC - UUM, Sintok Kedah?

Semalam adalah hari pertama di EDC-UUM, Sintok Kedah.  Saya bersama lebih 200 peserta Kursus QA akan berkampung di sini selama 17 hari sebagai persediaan melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana.



Pendaftaran bermula jam 3.00 petang lagi, walaubagaimanapun program sebenar adalah pada sebelah malam.  Iaitu sesi ta'aruf atau perkenalan.



Urusetia  memberi taklimat ringkas tentang kursus dan Apa yang perlu dibuat sepanjang proses pengajian.  Apa yang menariknya, urusetia memaklumkan bahawa semua peserta perlu berhati-hati dan meningkatkan amalan kerohanian semasa di sini.  Kerana sering berlaku gangguan mistik dalam progam-program yang telah dijalankan di EDC-UUM.

Kemudian, sesi perkenalan dan lantikan penghulu serta jawatan-jawatan penting lain.

Kami diminta, memperkenalkan diri masing-masing sebelum sesi ta'aruf tamat pada jam 10.30malam.

Menariknya EDC-UUM.




Bilik tidur yang sama taraf dengan hotel 3 bintang walaupun ia lebih kepada pusat konvensyen.  Ada Astro, Peti Sejuk dan kemud…