Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November 10, 2013

Bagaimana Bisnes Online Cara Dropship?

Ok. 

Dropship berbeza dengan affiliate.

Namun, kedua-duanya adalah agen jualan yang kerjanya hanya promosi... promosi... promosi dan terus promosi. Kedua-duanya adalah sumber pendapatan online saya.  Ia kerja sambilan saya di rumah.
Kerja Sambilan DirumahSo, apa bezanya? 

Bagi saya:
Bisnes Dropship adalah jual produk fizikal, manakala bisnes Affiliate jual produk digital.  Secara ringkas, dropship merupakan jenis pengoperasian di mana anda sebagai agen dropship hanya mempromosikan produk dan proses penghantaran dilakukan terus daripada pengeluar produk. 

Maksudnya, semua urusan bisnes online akan dilakukan oleh syarikat.  
Apa kerja agen Dropship?  
Promosi. Promosi. Promosi.
Itu sahaja.  Kita promosi, ada orang nak beli, minta alamat dan bank-in duit kepada kita.  Kemudian, kita hantar maklumat dan bayar kepada syarikat dropship.  Mereka akan uruskan semuanya selepas itu.

Salah satu syarikat tempatan yang membatu agen dropship ini adalah Edymall.  Ia adalah platform yang terbaik dalam pengur…

Hari Terakhir Faizal Ismail (FBI) Bersama HOT fm

Ya.  


Seluruh Malaysia dah heboh.  


Penyampai Radio HOT fm Faizal Ismail (FBI) meletak jawatan serta-merta dengan notis 24 jam.  Ramai yang menganggap ia sebagai gimik HOT fm selepas beliau mengumumkan di twitter.





Namun,


Teman serasi beliau Farah Fauzana pun terkejut dengan pengumuman FBI.  Mana mungkin ia gimik radio? (HOT fm dah sememangnya terkenal dengan buat lawat terkejut).






Saya langsung tak ambil kisah tetang perkara ini. Ia tiada kaitan samaada gimik atau kisah sebenar.  Sebab jarang sangat dengar radio.  Terutama, di Kelantan sukar untuk dapat channel HOT fm.


Apa yang saya nak highlight tengah FBI dan kisah beliau letak jawatan:


Hormat keputusan FBI yang berhenti saat berada di kemuncak.Mempunyai keyakinan diri yang tinggi Bangga dengan beliau yang merupakan alumni UiTM Shah Alam.  (Sama lah kita)Bersih dari kontroversiSentiasa rendah diri semasa berkomunikasi dengan pemanggilKreatif dan spontan (ada saja idea nak kenakan orang lain)Profesional - Ciri-ciri graduan UiTM... dan banyak…

Kisah Tragis Sahabat Sejati - UPSR ku 17 Tahun Yang Lalu

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

Subhanallah, Alhamdulilla, Allhu Akbar.
Sahabat dan Kawan
Sahabat dan kawan membawa pengertiaan yang berbeza.  Saya bersahabat dan berkawan mengikut fasa kehidupan yang berbeza.  

Ia bermula dari kecil, tadika, sek. rendah, menengah, kerja, universiti dan kerjaya.  Ia juga termasuk jiran tetangga.  Semua ada yang kekal sehingga sekarang, dan ada yang sementara.  Mungkin dan pasti akan bertambah lagi menjadi sejarah menyelusuri kehidupan sehingga sampai saatnya mati datang menjemput.

Safa fikir semua yang datang dan dan pergi dalam kehidupan adalah yang telah tertulis dalam perancangan Allah s.w.t.  Banyak peristiwa yang melekat dalam minda separuh sedar ini untuk dikenangi.  

Ia pelbagai.  

Ada suka dan ada duka.

Namun, dalam kejahilan ilmu saya membezakan pengertiaan sahabat dan kawan.


Abah selalu berpesan, kawan hanya dij…

81 Skim Perkhidmatan Awam Yang Ditambahbaik dalam Budget 2014

Penjawat Awam dah baca ke Pekeliling ni?  

Saya cadangkan anda download dan fahami.  Pekeliling ini berkaitan penambahbaikan 81 Skim Perkhidmatan Awam yang diumum dalam budget 2014 pada 25 Oktober 2015.

1. http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2013/

Pekeliling ini juga sangat penting.  Ia tentang gaji  minimum - maksimum Gred 1 hingga Gred 54 dibawah sistem saraan Malaysia.
2. http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2013/pp362013.pdf

Dua pekeliling ini perlu difahami dengan betul.  Jika tidak, jangan buat spekulasi berbagai-bagai menyebabkan jiwa tak tenteram dan kutuk mengutuk akan berlaku.

Cara paling mudah, berserah kepada Maha Pencipta dan doakan petunjuk dan ilham yang terbaik disisi Dia.  Bukan yang terbaik disisi kita.  Kita adalah yang lemah dan tiada langsung daya dan upaya melainkan Dia yang segala-galanya.



Bernama juga ada melaporkan berita berkaitan hal ini.


Pelarasan gaji 2014 - Penjawat awam dapat dua kenaikan gajiLebih 600,000 penjawat awam yang terlibat dalam 81 skim perkhidmatan awam yang …

Ketagih Internet Penyakit Merbahaya

Alhamdulillah, selesai solat jumaat terus balik rumah.  Jumaat adalah hari minggu bagi kami yang tinggal di Kelantan.





Ia hari yang sangat lapang untuk merehatkan badan.  Penat travel Shah Alam - Machang semalam belum hilang lagi.


Penat.


Sangat penat jasad ini.


Hakikatnya saya melalui perjalanan yang sangat panjang.  Ia bermula dari Machang - Jitra - Gunung Semanggol - Machang - Shah Alam - Machang.  Perjalanan berturutan hari.  Tiada rehat, tidur pun cukup-cukup masa.


Namun, internet tetap tak boleh tinggal.  Seperti penyakit yang membuatkan masa rehat tetap meletihkan otak.


Memang penyakit.  Penyakit yang sukar diubati.  Dulu-dulu pensyarah ada pesan, jangan sampai menjadi penagih Internet.  Akibatnya, merana jiwa.


Benar.


Dalam tempoh travel tablet tak lekang dari tanggan, melainkan sedang memandu.  Sampai destinasi, pasang pula Macbook - maklumlah laptop yang tahan batery.  Nak tidur, masih lagi berinternet.


Kesannya, otak letih, badan penat, kerja tertangguh dan banyak lagi.  I…

Kejadian Tembakan di Bachok, Kelantan 14 November 2013

Malam tadi dalam perjalan pulang dari KL, rakan dapat berita berlaku kejadiantembak lagi.  Katanya kali ini berlaku di Bachok Kelantan.  Patutlah kami terpaksa menempuhi dua sekatan jalanraya dibuat PDRM.

Terfikir sejenak, sekarang diri ini berada di Amerika ke? Owh tidak, ia adalah Amerika 20 tahun lepas. Ini Malaysia sekarang yang telah berjaya mengikut jejak mereka.

Terasa gerun dihati.  Bagaimana tahap keselamatan kita?

Mati itu pasti, cuma asbab diantara kita semua berbeza mengikut cara yang telah ditetapkan.
~~~~

Tiba sahaja dirumah, terus On Macbook dan buat carian guna google untuk kepastian.  Terus  muncul laman blog HAMBALIABDULLAH di page pertama google search.  Rasanya ada maklumat direct yang disampaikan kepada admin.  Ia berita yang belum dikeluarkan oleh Metro Online lagi.

Tindakan yang cepat.

Bagi memudahkan kerja, saya copy & paste terus entry post beliau dibawah.  Sumber asal anda boleh rujuk di blog beliau: HAMBALIAABDULLAH.



LAGI KES TEMBAK DI BACHOK KELANTAN !!!





Mengiku…

Anekdot Madinah

Anekdot Madinah.Ia buku yang istimewa.  Sangat-sangat istimewa bagi saya.  Hati saya berkata begitu setelah menelaahnya sehingga habis.Buku ini dikarang oleh Prof. Muhd Kamil Ibrahim (MKI).  Penulis yang saya mula kenali melalui buku Bestseller Travelog Haji terbitan PTS Publication.Saya yakin, ramai yang mengenali beliau melalui blog RTS- Ringkas Tapi Signifikan.  Jika Buku Travelog Haji boleh membuatkan saya menangis, Anekdot Madinah lebih lagi sehingga sampai ke lubuk hati yang paling dalam.  Jiwa ini menangis semahu-mahunya.  Motivasi yang membangunkan jiwa untuk hidup beribadat semata-mata kerana Allah. Semata-mata kerana Allah. Semata kerana Allah. Ia menceritakan pengalaman beliau dan keluarga tinggal di Madinah - kota yang menjadi impian dalam doa Prof MKI selepas pulang menunaikan haji.Fasa kehidupan, cabaran, suka dan duka yang ditempuhi disusun dengan bahasa yang mudah faham  dan teratur.  Terasa seolah-olah diri kita berada di Kota Madinah juga.Gambaran suasana yang beliau…

Cerita Pengalaman Seorang Tukang Mandi Jenazah

Pengalaman Seorang Tukang Mandi Jenazah



Bacalah sehingga habis.


Kisah-kisah yang ingin saya paparkan di sini kalau ia boleh menyentuh perasaan dan ketidakselesaan muslimin-muslimat, saya mintak maaf banyak-banyak. Niat saya hanya nak berkongsi cerita dengan para muslimin-muslimat sekalian.

#1 MENINGGAL DUNIA KETIKA LEPAS SOLAT ASAR

Ustaz (di sini saya namakan Ustaz M) yang diamanahkan untuk mengendalikan kursus jenazah ini sudah berpengalaman hampir 10 tahun dalam mengendalikan urusan mandi jenazah di sekitar Lembah Kelang dan Malaysia. Beliau amat terkenal dikalangan jemaah masjid di sekitar lembah Kelang ini. 


Malah beliau juga selalu berulang-alik ke merata negeri seperti pantai timur semenanjung dan utara selatan untuk menguruskan mana-mana jenazah yang dibawa ke masjid yang memerlukan khidmat tangan beliau.


Saya nak mulakan kisah ini dengan kisah yang pertama.



Kisah ini berlaku pada seorang imam di selatan KL yang meninggal dunia ketika lepas solat Asar.
Imam tersebut meghembu…