Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November 3, 2013

8 Pemain Kelantan - "Selamat Tinggal TRW"- Hadapi Perubahan dan Teruskan Hidup

"Selamat Tinggal TRW" - Tajuk Utama Sinar Hari Edisi Kelantan, Jumaat 8 November 2013.

Alhamdulillah,


Dengan rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t. saya dapat menunaikan solat Jumaat di Masjid Besar Bandar Machang.

Tajuk khutbah hari ini membicarakan Sambutan Kelahiran Sultan Kelantan - Sultan Muhammad IV.  Setelah solat, Masjid mengadakan solat sunat hajat, baccan yasin dan tahlil.


Dalam perjalanan ke rumah, sempat singgah di gerai Nasi Kukus Machang.  Sementara menunggu pesanan siap, saya menatap Harian Metro Edisi kelantan Jumaat 8 November 2013.


Saya tertarik dengan tajuk utama muka hadapan "Selamat Tinggal TRW".  Semua teka-teki terjawab hari ini dan pastinya ia menjadi bualan hangat kedai kopi. 

8 pemain TRW sah meninggalkan pasukan Kelantan untuk beraksi musim hadapan.  Ini bermakna TRW akan berwajah baru dan corak permainan juga berubah kerana Jurulatih mereka Bojan Hodak awal-awal lagi mengumumkan penghijrahan.


Sangat bertepatan dengan Sambutan 1 Muharam M…

Wordless Wedneday

Hadapi Perubahan dan Teruskan Hidup

Saya membaca cerita tentang tikus yang mencari dan mengumpul keju dalam buku Who Moved My Cheese.  Ia kisah motivasi yang menguatkan jiwa dalam mencari kebahagian dalam kehidupan.
Ia soal cari dan terusan mencari kemudian kumpul.
Itu yang saya faham dan hadam.  Ia seolah-seolah tiada kesudahan yang pasti.
Mungkin ideanya cari kumpul dan akhirnya mati.

Kemudian, saya terjumpa buku baru yang juga menceritakan pasal tikus dan keju. Dengan tema motivasi inspirasi yang sama, terapi idea yang berbeza.
Buku ini bertajuk "I Moved Your Cheese".  Karya penulis bestseller, Deepak Malhotra - Profesor Harvard Business School.
Baru muka surat ke -16. Idea yang sangat menarik walaupun belum sampai suku kandungan.
In Shaa Allah, saya akan review secara keseluruhan selepas tamat nanti.

Final Piala Malaysia 2013: "Kemenangan Pahang Adalah Hukuman Kepada TRW"

Pada 3/11/2013 ramai penyokong TRW yang kecewa selepas keputusan penuh Piala Malaysia 2013 diumumkan. 

Saya menonton bersama keluarga di Jitra, Kedah.  Kami menonton dengan penuh debaran.  Sambil menghirup kopi panas.

Pahang menang dengan jaringan 1-0 menjayakan misi 21. Tahun 1992 adalah kali terakhir kelibat mereka dipentas Final Piala Malaysia.

Perlawanan semalam semakin menarik setelah hujan berhenti dan Pahang kelihatan lebih bersemangat dan rajin untuk menjaringkan gol berbanding Kelantan. 

Ia pertembungan adik beradik (Pantai Timur) yang menang dan kalah tidak terlalu ketara. - This Is Pantai Timur.
"Over confident" - itu yang jelas melihat permainan Kelantan.  

Bagi saya, TRW betul-betul bermain dalam 10 minit terakhir.  Setelah Fakri dimasukkan dan Piya dikeluarkan.

Ia permainan TRW  yang pelik dari kebiasaan. 

Sejujurnya - Kemenangan Pahang adalah hukuman kepada Kelantan.  

Walaubagaimana pun, hakikatnya misi Kelantan adalah untuk mempertahankan, manakala Pahang memang ber…