Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September 15, 2013

Ramai yang Sedekah Tetapi Masih Tiada Balasan?

Mengapa Sedekah Tetapi Masih Tiada Balasan?

Harapan saya semoga perkongsian malam penghulu segala hari ini memberi seribu makna kepada pembaca.  Mungkin ramai yang dah tahu, tetapi penjelasan dengan cara mudah ini dapat mencerahkan hati untuk lebih bersyukur sentiasa.


Adakalanya, Allah memberikan balasan-Nya dalam masa yang agak lambat. Adapun Allah boleh memberikan balasan dengan kadar yang cepat.




ISA - Ikut Suka Allah nak beri bila.
Kata guru saya,
"Apabila tiba masanya, semua akan datang sendiri."

“Berhati-hati itu daripada Allah Taala dan tergesa-gesa itu daripada syaitan.” (Hadis Riwayat Tirmizi daripada Sahl bin Sa’ad as-Sa’di)

Oleh sebab itu, apabila bersedekah, adalah lebih baik bersedekah kerana Allah. Yakin 100% Allah balas.



Tentang Yakin ...

Adakalanya sukar untuk merasa yakin kerana adanya 'barrier' dengan Allah. Antaranya sebab dosa.

“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

Allah 100% saturated positive.




Bagaimana Bukan Aliran Prinsip Akaun Memohon Program Perakaunan UiTM?

"Perakaunan hanya untuk orang akaun"
Adakah anda setuju dengan penyataan diatas?

Semasa di sekolah, apa yang saya faham, pelajar aliran prinsip akaun akan terus ke program perakaunan di Universiti.  Begitu juga aliran sains mahupun perdagangan.

Oleh itu, kami diagihkan mengikut kelas aliran yang berbeza selepas PMR.



Tetapi, itu situasi 10 tahun lepas.  Sekarang pelajar mempunyai hak memilih apakah aliran atau subjek yang diingini selagi ia ditawarkan di sekolah tersebut.

Balik kepada persoalan pokok, bagaimana pelajar bukan aliran Prinsip Akaun semasa SPM ingin memohon Program Perakauan di UiTM (AC110)?

Jom kita lihat syarat-syarat yang melayakkan permohonan.

Syarat AM Universiti (Sama bagi setiap Universiti)
Seperti biasa, setiap calon harus melepasi syarat am universiti bagi melayakkan permohonan.  - Mesti lulus SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu.

(Wajib melepasi syarat AM - sebelum melihat syarat seterus…