Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September 8, 2013

Jadikan Kisah "Lihat anak maut depan mata" Sebagai Pengajaran

Sayu hati ini bila membaca kisah "Lihat anak maut depan mata" di sinar harian online.  Ia berita yang sukar untuk digambarkan perasaan.  Apa lagi ibu-bapanya mangsa.


Teringat anak sendiri yang masih kecil dirumah.

Anak hadir bersama dengan kegembiraan.  Sukar untuk dibayangkan pasangan yang belum dikurniakan anak.  Bagaimana mereka mencipta rumah tangga bahagia?

"Anak bukanlah hak milik kekal kita.  Mereka adalah amanah yang dikurniakan kepada kita bersama-sama rezeki yang kita menumpang pada mereka.  Mereka juga ujian bagi kita semua."
Itulah kefahaman saya yang pernah saya dengar dari kuliah seorang ustaz.

PARIT BUNTAR - “Ayah, adik dekat belakang mati kena langgar!” Hanya itu mampu diungkapkan kakak kanak-kanak berusia dua tahun yang maut dirempuh kereta bapanya di kediaman mereka di Taman Kerian di sini, semalam.
Lebih memilukan, kejadian tragis itu berlaku di hadapan mata bapa kanak-kanak malang itu.



Apa yang telah berlaku dalam berita diatas perlu dijadikan pe…

18 Koleksi Kata-Kata Puisi Sufi Popular Jalaluddin Rumi

Saya bukan orang sastera.  Semasa tingkatan Empat - saya disekolahkan dalam aliran sains tulin.  Walaupun mendapat keputusan A dalam subjek sains semsa PMR kemudian dipaksa belajar dalam kelas Sains tulin - saya tidak pernah meminati sains.

Ia bukan jiwa saya.

Ia sekadar keperluan menjawab soalan peperiksaan. 

Apa yang saya cari? 

Puisi-puisi dan novel yang bisa membangkin jiwa ini.  

Dalam kesibukan Fizik, Kimia, Matematik Tambahan dan Biologi saya pasti mencari ruang untuk menelaah seni dan sastera.  Saya suka melukis, membaca novel dan puisi-puisi indah.


Malah, dengan menyelusuri bait-baik kata-kata hikmah yang terindah akan muncul motivasi diri tersendiri yang bisa membuatkan langkah ini terus maju.

Ia seolah-olah menjalar masuk kesetiap sudut aliran darah dan menyegarkan tubuh badan yang lesu ini setiap kali membaca bait-bait puisi indah.  Saya bisa menghabiskan sebuah novel tanpa tidur sehingga kepagi hari.  Itu lah diri saya sendiri.  Saya tak boleh menipu dengan menelaah teks sains…

Kenapa Mesti Tonton Video UAI Menangis Teresak-esak?

Blogger juga tidak bisa lari dari tekanan.Bila berhadapan stress.  Mudah marah.  Cepat Melenting.  Menjadi seorang yang sangat merbahaya kepada orang sekeliling.

Terutama bila mental block - tiada idea nak publish post entry. Tak sempat nak balas komen rakan-rakan blogger. Server down. Kena serang dengan hackers.... Dan lain-lain lagi...

Namun, blog bukanlah segalanya dalam kehidupan seorang blogger.   Tinggalkan sebentar.  Ada masa kita bebaskan diri seketika.
Salah satu kaedah mudah bagi saya.  Ketawa.
Ya... ketawa.
Cari sesuatu yang boleh buat saya ketawa.


On Laptop. Masuk google. Taip >> Video Lawak. Dalam youtube banyak video yang boleh membuatkan saya ketawa dan buang stress jauh-jauh.

Tapi,  semalam terjumpa video UAI - Ustaz Azhar Idrus menangis teresak-esak.   Perasaan saya tak keruan, samaada stress atau gembira.

Kesudahannya, saya ketawa sampai stress...

Memang tak tentu arah.  Jarang sangat tengok video UAI menangis.  Kebiasaannya, setiap kuliah UAI di youtube pasti ketawa tak sud…

Pelakon Terkenal Maimon Mutalib Meninggal Dunia

Petang tadi baca berita kematianpelakon terkenal Maimon Mutalib ini masih tidak percaya.  Ye lah, beliau masih aktif berlakon drama terutama di TV3.

Memandangkan sedang berada diluar kawasan, saya layari Astro Awani sebaik sahaja tiba dirumah.

Tak sangka, berita tadi betul-betul.  Menurut berita kematian arwah Maimon Mutalib di Astro Awani, arwah mengidap penyakit kanser payu dara tahap ke empat pada tahun 2012.

Jenazah arwah Maimon Mutalib akan dikebumikan pada malam ini di kampung halamannya Tangkak, Johor.

Sama-sama kita hadiahkan surah Al-Fatihan kepada arwah dan semoga roh arwah ditempatkan di kalangan hambaNya yang soleh.


Setiap kita pasti akan kembali kepada yang asal.



Pakej Pelamin Angan Ku Cantik dan Murah 2013

Saya mempunyai seorang sahabat Roslan Nordin yang sangat kreatif dalam hiasan pelamin.  


Saya pernah ceritakan dulu (Pakej Pelamin 2013 MURAH Untuk Perkahwinan Anda | Pakar Deco Roslan Nordin)sejarah bagaimana beliau bermula dalam industri Event & Wedding Planner.


Roslan Nordin - adalah sahabat sekolah rendah hingga menengah saya.  Kebanyakan sahabat kami semuanya telah berhijrah keluar melainkan beliau yang masih kekal menjaga kampung halaman.


Alhamdulillah, 


Sememangnya takdir rezeki beliau di kampung melimpah-ruah tanpa perlu berhijrah.


Beliau mempunyai pengalaman hampir 10 tahun sebagai Graphic Artist di Bukit Merah Laketown Resort. Jika anda pernah ke Bukit Merah Laketown Resort - semua hiasan yang mencantikkan resort tersebut adalah hasil tangan kreatif beliau.


Roslan Nordin bergerak dibawah syarikat SRS Wedding / Event Planner & Decorbersama 2 orang lagi sahabat Salleh dan Saffuan yang membentuk nama syarimat mereka.  SRS - S: Salleh, R: Roslan dan S: Saffuan.



S.R.S WEDDING /…