Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September 1, 2013

Soalan Malam Jumaat | Betulkah Setiap Rumah Orang Islam Ada Jin?

Malam tadi ada jemputan dari seorang sahabat ke Majlis Tahlil arwah datuk beliau yang meninggal baru-baru ini.
Alhamdulillah...


Aktiviti kemasyarakatan begini dapat mengeratkan silaturrahim.

Selesai jamuan, saya sempat berborak dengan sepupu sahabat yang bekerja sebagai pekerja am KTM - Keretapi Tanah Melayu.

Pelbagai kisah beliau ceritakan dari pakej-pakej tiket keretapi hinggalah pengalaman beliau berhadapan dengan perkara ganjil sepanjang berkhidmat hampir 10 tahun.  Termasuk juga bab sejarah KTM, stesen dan trowong-trowong landasan keretapi.  (Saya memang peminat sejarah)


Memang seronok dengar ceritanya, gerun pun ada jugak.  Tambah-tambah beliau menceritakan kisah-kisah mistik disetiap stesen keretapi yang pernah beliau bertugas.  Ada juga cerita kemalangan atas landasan keretapi yang terpaksa beliau uruskan.



Saya pernah travel menggunakan keretapi dari Gua Musang ke Tanah Merah beberapa kali suatu masa dulu.  Semasa tinggal berjauhan dengan isteri.


Sedikit sebanyak saya dapat menjiwai…

Link Download KL Gangster 2 Full Movie DVD 2013

Buat pertama kali dalam sejarah perfileman Malaysia, team cetak rompak lebih pantas dari pawagam.  Dengar berita filem KL Gangster 2 boleh di muat turun sebelum tayangan di pawagam memang tidak percaya.


Asalnya ingatkan hanya strategi promosi penerbit.  Rupanya ia memang benar-benar berlaku.





Saya dapat merasai kekecewaan yang dialami oleh Syamsul Yusof kerana kos penerbitan filem ini sangat ini iaitu mencecah 4.5 juta.



Kenapa ia boleh berlaku?


Mungkin ini berlaku disebabkan hasil kejayaan filem pertamanya KL Gengster 1 dulu menyebabkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab ingin mengaut keuntungan berganda.


Tidak dinafikan juga, pihak yang terlibat dalam penyebaran filem ini secara online adalah orang dalaman produksi sendiri.  Yelah, macam mana dapatkan softcopy, jika bukan orang yang rapat dengan penerbitan filem ini.


Ada juga pihak yang menyatakan ia adalah perasaan hasat dengki individu yang ingin sabotaj kejayaan filem ini.


Tak tahu lah apa nak cakap.  Cuma perasaan simpati dan kesian s…

Adakah RON92 akan diperkenalkan semula?

Melihat komen isu kenaikan harga minyak Petrol RON95 sebanyak RM0.20, bekemungkinan Petrol RON92 akan digunakan semula.  


Jika diikutkan sejarah, petrol jenis ini telah ditarik dari pasaran pada 1 September 2009.







Bagi saya, ia sangat penting untuk dikaji semula kerana penggunaan Petrol RON95 adalah menyeluruh dan boleh dikatakan majoriti rakyat Malaysia.  

Kesan daripada kenaikan harga tersebut, harga barang keperluan yang lain juga akan turut serta.  



Mungkin nanti, untuk minum secawan teh tarik di kedai mana kita akan berkira-kira dan terpaksa memesan air kosong.  Itu belum dilihat harga barangan yang lain terutama banyak melibatkan transportation. 



Boleh ke RON92 digunakan semula?
Bagaimana dengan tahap kualiti?


Sebagai pengguna biasa yang langsung tiada pengetahuan teknikal berkenaan minyak saya berpendapat dalam keadaan terdesak rakyat tidak melihat kepada kualiti minyak tetapi kembali kepada asas bagaimana menggerakkan kenderaan dari satu tempat ke tempat yang lain dengan penggunaan ko…

Benarkah Kekerasan Boleh Menjadi Asbab Penghijrahan?

Kekerasan Asbab Penghijrahan
Rezeki sangat luas pengertianya.  Ia bukan sekadar duit atau makanan.  Saya telah menjelaskannya dalam atikel lepas Menyingkap Tirai Rezeki.  Malah ada lagi beberapa artikel yang sangat berkait dengan rezeki.  


Bagi meperjelaskan lagi tentang erti rezeki sebenar sila baca beberapa artikel yang telah saya terbitkan:

Jangan Beli Buku Mudahnya Menjemput RezekiE-Book 9 Formula Menjemput RezekiSetiap Rezeki Kita Ada Rezeki Orang LainKetutamaan Mengerjakan Solat Sunat Dhuha
Artikel kali ini juga dikongsikan bagi memberi kefahaman lagi tentang rezeki.  Semoga semua mendapat pencerahan setelah membaca artikel ini.


Adakalanya 'Kekerasan' Menjadi Asbab (Sebab) Penghijrahan ...

Bila bertanya Soal ikhlas?

Harga Minyak Naik? Cerita Lucah Lawak Lebih Mendapat Tempat

Harga Minyak Ron95 naik RM0.20?

Ramai yang bising sana-sini harga minyak naik secara tiba-tiba.  Dalam group whatsApp jangan tanyalah.  Meriah macam pesta.



Ada yang menyumpah seranah, caci mencaci dan sebagainya.
Ada juga yang menyokong "bersyukurlah minyak sekadar naik RM0.20sen jer... bukannya RM1.00 ke, RM2.00 ke, RM100.00 ke...."


Ramai yang beratur panjang malam ini di stesen minyak sebelum jam 12.00malam sebagai persediaan esok hari.


Saya?


Saya mengambil keputusan diamkan diri di rumah dan menonton drama rakyat yang bertajuk "harga minyak RON95 naik, jom pegi stesen minyak" - news-feed Facebook .






Malah ada yang troll isu kenaikan harga minyak dengan pebagai image lucu.  Menarik juga cerita drama malam ni.



Sebagai rakyat, apa yang kita hadapi sekarang hakikatnya minyak petrol RON95 dah naik.  Ia telah diputuskan.  Yang utama, adalah persediaan kewangan keluarga bagi menghadapi kenaikan barang-barang lain juga.


Saya mencadangkan:


Kurangkan kos-kos yang menyebabkan pembazi…

Keutamaan Mengerjakan Solat Dhuha

Keutamaan Mengerjakan Solat Dhuha



Keutamaan Mengerjakan Solat Dhuha …  Ia adalah antara amalan berbentuk sedekah.


Bagi setiap anggota sendi serta ruas-ruas tulang perlu mengeluarkan sedekah bagi menunjukkan ketaatan kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Justeru itu solat Dhuha adalah amalan yang dapat menunaikan tanggung jawab tersebut. Daripada Abu Dzarr radhiallahu’ anh, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda:

Maksudnya:

Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari.
Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah.


Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. (Hadith Riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720)

Allah Memberi …