Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 4, 2013

Korban Aidilfitri | Bilal Surau Meninggal Dalam Keadaan Sujud

Tak sangka, entri Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013 ramai juga yang view.  Tapi tak boleh lawan 10 Entri Popular Ustaz Denaihati.  Ribuan terima kasih kepada pengunjung blog saljuhumairah yang berhati mulia.

Saya doakan semoga kalian mendapat keberkatan penghujung bulan Ramadhan.


Kematian

Mati itu pasti, dan setiap antara kita pasti merasa.  Bila, cara dan bagaimana kematian kita hanya Tuhan sahaja yang tahu.  Namun, ustaz yang menceritakan tanda-tanda kematian sebagai peringatan kepada kita semua yang masih hidup ini.

Boleh ke kita mempercayai Tanda-tanda Kematian ini?  Tonton Video Ustaz Azhar Idrus dibawah ini sampai habis:







Dalam suasana gembira membuat persiapan hari raya, pasti ada yang berduka.  Tok selalu berpesan "Jangan dok gembira sangat raya-raya ni."




Takziah | Puan Salmah
Takziah untuk seorang kakitangan sepejabat saya Puan Salmah Dauh yang baru kehilangan ibunya yang tercinta.  Saya mendapat khabar sedih ini sebaik sahaja masuk pejabat pagi-pagi lagi.  Kami satu…

Cara Mudah Menganyam Ketupat dengan Aplikasi Android

Zaman sekarang serba canggih.  Terkejut juga bila jumpa satu aplikasi adroid di android market (google play).  
Aplikasi ini ringkas tetapi sangat berguna. Ia dibangunkan dari negara Seberang Indonesia.  Anda boleh search di google play dengan nama: Cara Membuat Ketupat Lebaran.
Apa yang anda dapat dari aplikasi ini:
1.  Cara membuat kulit ketupat langkah demi langkah.
2.  Resepi memasak ketupat.
3.  Tips agar ketupat kenyal dan tidak cepat basi.
4.  Resepi rendang ayam versi Indonesia.

Ingat lagi, saya belajar menganyam ketupat sejah darjah 3 lagi.  Saya berguru dengan Tok Su.  Sangatlah susah, namun dengan azam yang kuat saya berjaya juga menganyak dua jenis ketupat daun kelapa.  Ketupat Jantung dan ketupat satey.  Sehingga sekarang ia masih berguna.

Tanda-Tanda Awal Kematian | Tok Jariah Dalam Kenangan

Penghujung Ramadhan
Di Penghujung Ramadhan ini marilah kita menambah amalan-amalan sunat terutama di Malam Raya.  

Terasa sayang dan syahdu apabila mengenangkan Ramadhan akan meninggalkan kita.  Sebak di hati.


Bertemukah lagi kita dengan Ramadhan akan datang?

Apa-apa pun... saya doakan...

Semoga Madhrasah Ramdahan kali ini memberi seribu makna dan mengubah kita kepada diri yang lebih baik.


In Shaa Allah...

Esok, umat islam di Malaysia tanpa mengira bangsa akan menyambut 1 Syawal, iaitu hari kita kembali kepada fitrah (asal) setelah sebulan berpuasa (Merdeka).


Tok Jariah Dalam Kenangan

Menjelang raya ini, tiba-tiba teringatkan kepada arwah tok.  

Kata Abah, dulu-dulu Tok selalu berpesan, 

"Raya-raya ini jangan seronok/gembira sangat."  


Maksudnya bukan tidak boleh bergembira, tetapi Tok pesan jangan berlebih-lebihan.  Kerana, nanti kita lupa diri dan mudah syaitan akan menyerang.  

Tok seorang yang sangat berhati-hati.


Terbayang wajah Tok.

Tok yang selalu saya temankannya tidur.  Terkena…

Jawapan Kepada Persoalan "Boleh ke Bersahur Ketika Azan Subuh?"

Ramai diantara kita yang keliru waktu Imsak dan waktu bermulanya puasa. Pelbagai pandangan muncul jika kita bertanya kepada yang bukan ahli. 
Tambah-tambah ramai yang memberi jawapan ikut lojik akal, bukan dari hadis yang sahih.
Tengok video ni sampai habis.  Anda akan bertemu jawapannya. 










Bila dah tahu jawapan kena lah beramal.  Jangan buat-buat tak tahu pulak lepas ni.  
Pesannan ringkas ini dibawakan sempena penghujung Ramadhan.  Mungkin ramai yang tersalah ilmu sebelum ini.


p/s:  Jom bersama saya menjana pendapatan di Jomniaga.  Percuma, tiada bayaran dikenakan.  Cara untuk pemasaran akan diajar melalui video mudah.  Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada ramai pihak.


Video Ustaz Azhar Idrus tentang sahur ketika azan subuh:


http://youtu.be/Rp2v0OuR-Gs

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013

Penghujung Ramadhan
Sedar tak sedar tinggal lagi beberapa hari Ramadhan akan meninggalkan kita.   Di penghujung kerahmatan ini para abidin sibuk mengumpul bonus-bonus yang berbaki ditawarkan dalam Penghulu segala bulan.  Tambah-tambah kelebihan pada malam seribu bulan.
Lepas ini pasti akan terasa perubahan dan perbezaan bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan hijriah yang lain.  Terutamanya ketenangan suasananya yang tiada bandingan, dan sudah tentu perasaan itu sentiasa dirindui.

Persoalannya?

Adakah kita akan bertemu lagi pada Ramadhan akan datang?

Walaubagaimanapuan, harapan Ramadhan semoga semua amalan yang dilaksanakan sepanjang berada di dalam Madrasah Ramadhan diredhai Nya. 

Saya doakan semoga kita semua sentiasa mendapat Rahmat dari Allah.

Persiapan Raya Menyambut Syawal  Bila berakhirnya Ramadhan, bermakna kita akan kembali kepada fitrah.  Persiapan kita adakah untuk Hari Raya atau Fitrah 1 Syawal?

Ia menjadi persoalan dan akan terus disoalkan.

Hurmm...


Mood sambutan raya semakin teras…