Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 28, 2013

Lagu Raya Terbaik | Pulanglah - Aishah

Sebelum ini saya telah kongsikan lagu raya nombor satu yang sentiasa mekar sepanjang zaman. Selain lagu tersebut, lagu raya sedih Pulanglah nyanyian Aishah juga berjaya membuatkan jiwa ini tak keruan.  Terutama bagi saya yang dah lama merantau jauh dari keluarga dan kampung halaman.




Mengamati bait-bait lirik lagu Pulanglah ini walaupun seperti kisah pasangan kekasih yang tidak pulang, namun boleh juga dikaitkan dengan kasih ibu kepada anak yang tidak pulang ke kampung halaman. 

Terutama bahagian penghujung lirik:

"Pulanglah kepangkuan ku oh sayang
Ku menunggumu di hari raya"
Muziknya yang mendayu-dayu seolah menggores hati ini.

Sejujurnya, saya pernah menangis sendirian dengar lagu ini semasa memandu balik kampung pada malam raya.  Masa itu, terbayang wajah ibu dan ayah yang sedang menunggu di rumah.  Tak tahu apa yang sedang mereka buat.  Kebiasaanya, malam raya bersama-sama mereka membuat persiapa terakhir raya dan bertakbir di surau berhampiran.
Aduh!... tak sabar-sabar rasany…

Lagu Raya Menyentuh Kalbu #1 Dendang Perantau P.Ramlee

Antara lagu raya yang menyentuh kalbu ini dan mengimbau nostalgia silam adalah Dendang Perantau Nyanyian Allahyarham Tan Seri P. Ramlee.


Saya rasa bukan saya seorang, malah ramai lagi yang tersentuh bila mendengar lagu ini.  Ia sentiasa segar walaupun telah lama.  Orang cakap tak lapuk dek panas, tak lekang di hujan.
Mungkin irama dan lagunya ada roh yang tersendiri.





Lirik Lagu Dendang Perantau (P.Ramlee) :
Di hari raya
Terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bondaku Di tepian mandi
Danauku hijau yang damai selalu
Nun di sanalah tempatku bertemu
Aku dan dia

Chorus
Apakan daya
Masa tak akan kembali
Hancur musnahlah semuanya Impian yang murni
Tinggal menjadi kenang-kenanganku
Hanya rangkaian kata dengan lagu
Dendang perantau

Ulang Chorus Impian yang murni
Tinggal menjadi kenang-kenanganku
Hanya rangkaian kata dengan lagu
Dendang perantau


p/s: Tiba-tiba jiwa ini menangis mengenangkan kampung halaman dan nostalgia raya.