Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 21, 2013

SERTC Enterprise Kedai Gadget Pilihan Machang

SERTC ENTERPRISE - syarikat persendirian yang menjual pelbagai aksesori handset.  Ingat lagi? Saya pernah perkenalkan syarikat handphone ini dulu.
Ownernya adalah rakan strategik blogger saljuhumairah.  Dulunya, beliau hanya berniaga online di facebook group.  Setelah berjaya mengumpul modal yang boleh dikatakan lumayan bagi ushawan online, kini SERTC ENTERPRISE meningkatkan taraf ke next level.
Beliau telah menyewa satu lot kedai untuk beroperasi secara fizikal.  Kedai aksesori SERTC beroperasi secara rasmi 1 Julai 2013 di Machang.  Dah hampir sebulan.

Lokasi kedai ini berhadapan Pejabat Tanah Machang dan bersebelahan Kedai Red Warrior Jalan Machang - Pasir Puteh.

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh SERT ENTERPRISE adalah :

1. Jualan handphone baru dan lama
2. Baik pulih handphone
3. Jualan aksesori handphone, memori kad, speaker, screen protector, dan pelbagai aksesori lain.
4. Sewa P. A. System dan walkie talkie
5. Pendaftaran Ejen baru jual prepaid "Top Up"
6.  Pendaftaran Postpaid,…

Pengalaman Service Produa Myvi di Jertih

Sedar tak sedar minggu depan dah nak balik Kampung.  Bila di perantauan saat paling indah adalah persiapan pulang beraya.  Walaupun dah banyak kali balik kampung, perasaan pulang beraya sangat berbeza.Ia terasa sungguh istimewa.  Anugerah perasaan yang dikurniakan Allah s.w.t. bagi perantau yang berjauhan dari keluarga tercinta.
Lebih 5 tahun saya merantau di bumi Kelantan, Dan setiap tahun, perasaan ini muncul bila pertengahan ramadhan.  Ia seolah-olah pelengkap mood untuk menyambut raya.Persiapan paling utama adalah memastikan kenderaan dalam kenderaan paling optimum.  Dalam musim-musim perayaan begini pelbagi perkara boleh berlaku dalak kesibukan jalan raya. 

Keselamatan keluarga sangat penting.  Keselesaan juga.  Biarlah habiskan sedikit modal. Mungkin rezeki yang sedikit itu adalah milik orang lain.Pusat service Produa Jertih, Terengganu dah macam bengkel panel wajib bagi menyelenggara Myvi.  Saya dah biasa dengan mereka.
Pusat service disini sangat mesra pelanggan dan sistematik. …

RM30 Juta untuk Bonus Raya Sebulan Gaji

Semalam Perdana Menteri Mengumumkan bonus RM500 untuk kakitangan awam.  Alhamdulillah, rezeki untuk sambutan raya.
Nampak macam rezeki kita, tapi belum pasti lagi.  Mungkin untuk disedekahkan kepada anak-anak saudara.  Mak dan ayah tak boleh dilupakan.
Kakitangan awam di Selangor sedikit beruntung, Jom baca kenyataan Menteri Besar Selangor di Malaysiakini semalam.
"Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk pemberian bonus kepada 21,776 kakitangan tetap, kontrak dan sambilan yang akan diberikan selewat-lewatnya pada hujung bulan ini," katanya.
Abdul Khalid berkata, sekiranya kerajaan pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada kakitangan awam, maka kerajaan Selangor akan menambah lagi setengah bulan gaji kepada kakitangan awam di negeri ini.

"Saya berharap bonus ini dapat meringankan tanggungan warga kerja kerajaan negeri bagi menghadapi persiapan Hari Raya.

"Kita berharap kakitangan awam berbelanja dengan berhemah dan memperunt…

Iklan Raya Samsung 2013 - Menyentuh Jiwa

Iklan Raya Samsung 2013 - Menyentuh Jiwa
Nampaknya, Iklan Raya tahun ini dimulakan oleh Samsung.  Walaupun, Sambutan Hari Raya Aidifitri masih lagi jauh, Samsung cuba menaikkan mood persiapan raya lebih awal bagi bersaing dengan syarikat-syarikat lain.
Filem pendek - lebih memberi kesan dalam menyentuh emosi penonton.  Terutama elemen sedih dan menyayat hati dalam meraikan hari-hari gembira - hari raya.  Mengingatkan kita kepada orang lain yang menyambut hari gembira dalam kesedihan.
Ingat tak lagi iklan tahun lepas tajaan BERNAS - kisah 2 orang kanak-kanak bisu dan pekak dari rumah anak yatim dan ingin pulang beraya ke kampung.  Walaupun lakonan mereka sedikit kaku, message yang ingin disampaikan  Betul-betul membuatkan hati sanubari ini menangis.


Jujurnya, iklan tersebut menyebabkan air mata jantan ini mengalir laju dikala waktu sahur sendirian.


Iklan Raya Samsung 2013 - untuk tahun ini masih belum mencapai tahap iklan Bernas tahun lepas, namun masih boleh dipuji kreativiti dan tema…