Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 14, 2013

Juadah Berbuka Puasa Malas untuk Pemaisuri : Puding Segera

Hari minggu adalah masa berkualiti bersama keluarga.  Dengan bahasa lain bermalas-malasan keluar dari rumah.  Tambah-tambah selepas pulang dari solat Jumaat petang tadi.

Sambil cuba menjadi bapa contoh, saya melihat aktiviti isteri menyiapkan juadah berbuka puasa.  

Hari minggu Pemaisuri akan mencuba pelbagi resepi untuk menigkatkan ilmu memasak bagi mempersembahkan makanan yang sedap-sedap kepada Sang Raja.  
Raja pula asyik dengan iPad - menelaah blog.  Membiarkan puteri kesorangan menonton TV. Hahaha... Nak jadi bapa contoh lah sangat kan.
Kesian pulak bini penat memasak.

Nak keluar ke Bazar Ramadhan - Sangat Malas dengan situasi.  Parking.  Sesak. Tertipu Dengan pandangan nafsu mata.  Pembaziran.
Beberapa senarai alasan buat nafsu malas.  Tapi, hati ini tetap kesian dengan sang Pemaisuri.

Puding. 
Cuaca panas, memang mengiurkan bila menatap indah puding yang lembut lagi gebu.  (Nafsu makan memberontak dikala petang menjelma). 

Selamat masa memborong barangan dapur sebelum Ramadhan sempat r…

Dunia Husna

Hari tidak bekerja saya boleh menghabiskan masa bersama Husna seharian. Biasanya kami keluar jalan-jalan "Window Shoping".  Semenjak tinggal di rumah sewa, saya lebih banyak menghabiskan masa terluang di rumah.  
Supaya Husna lebih menyayangi rumah dari Shoping complex. 

Di rumah, Ada dua kesukaan Husna iaitu rumah yang berbentuk khemah. Semua mainan, dia masukkan dalam rumah kecil tersebut.  Kadang-kala dia tertidur dalam rumah fantasi nya kerana kepenatan bermain.
Kesukaan kedua adalah Upin dan Ipin. Selain rancangan kartun tersebut langsung dia tak berpaling ke T.V.
Selepas asar, Husna akan mengambil helmet dan pakaikan di kepala saya. Sebagai tanda dia bosan bermain dan ingin keluar bersiar-siar.  Alhamdulillah, saya gembira bersama Husna jika tidak bekerja. 
Malangnya, hari bekerja saya tidak menentu.

Menu Juadah Bersahur Mudah dan Ringkas tapi Berkhasiat

Amalan sunat paling mudah bulan Ramadhan tapi paling berat adalah sahur.  Bayangkan, kita makan dapat pahala.  


Maha Suci Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Makan pun dapat pahala.


Namun, untuk makan pada jam 5.00pagi bukannya perkara mudah. Berapa ramai yang mampu melakukannya?  Walaupun segelas air kosong dan sebutir tamar.
Ia cerita sebenar diri sendiri yang pemalas.

Semenjak berkeluarga, amalan berahur alhamdulillah dipermudahkan Allah s.w.t.  Isteri pasti kejutkan saya walaupun kadangkala beliau tidak bersahur.

Saya nak kongsikan menu mudah dan ringkas tapi berkhasiat untuk bekalan tenaga berpuasa.  Menu bersahur ini hanya dengan menggunakan Microwave.  Tak perlu panas minyak, basuh kuali dll. Hanya memerlukan 7 minit untuk siap dimakan.

Menu ni sangat sesuai untuk bujangan terutama yang berjauhan dengan isteri.  Ye lah, biasanya ada orang rumah siapkan sahur. 

Telur hancur dengan roti

Bahan-bahan:
Roti Gardenia atau jenama lain yang halal.  Dua biji telur dan sedikit garam + …

Menjadi Bapa Contoh

Saya rasa macam baru habis SPM semalam.
Rupanya-rupanya minggu lepas dah genap 2 tahun saya bergelar bapa.  MasyaAllah, dah jadi Bapa dah.  Bapa kepada seorang puteri Husna Umaira.  In Shaa Allah... adiknya menyusul hujung tahun ini.

Tak sedar masa yang berlaku begitu cepat meninggalkan kita.  


Betullah kata pepatah Arab: 

"Masa itu ibarat pedang.  Jika kita tidak memotongnya, dia akan memotong kita."


Sehingga hari ini, saya menggaku tak boleh menjadi bapa yang terbaik.  Apa lagi nak dipanggil suami mithali.
Namun, saya akan terus-terusan berdoa yang terbaik untuk keluarga.  Dan saya berharap Isteri tak pernah berhenti berdoa untuk saya menjadi Suami dan Bapa memimpin beliau dan anak. 
Menonton video seorang bapa dibawah sungguh memberi kesan terhadap jiwa bapa ini.  Sedikit sebanyak membuatkan saya terjaga dari lamunan mimpi.






Dalam banyak-banyak video motivasi yang saya tonton hari ini, video ini berjaya mengubah dan menyuntik semangat ingin menjadi bapa yang terbaik. 

Bayangkan, d…

Review Kitab Teknik SEO Merah Jambu (ktsmj) Affiliate dengan Blog

"Jangan Putus Asa dan Buat Kerja Anda" 
Kata-kata ini adalah penutup bagi Kitab Tak Terkalah Teknik SEO Merah Jambu.  Ia umpama kata-kata motivasi yang menusuk dalam ke Jantung untuk terus berusaha untuk menghasilkan jualan demi jualan setiap bulan.


Alhamdulillah, saya bersyukur kerana menjadi yang terawal memiliki Kitab Teknik SEO Merah Jambu.  Urusan download ebook ini sangat mudah kerana beliau menggunakan khidmat Jomniaga yang sememangnya cepat dan tangkas.
Tak sampai 30 minit, terus masuk email. Tahniah Jomniaga.

Saya baca habis Kitab Encik Titan atau nama sebenar beliau Ahamadfaizal.
Keseluruhannya memang terbaik.  Mudah. Ringkas. Padat & Praktikal.
Setakat ini pelbagai ebook yang saya telah download, kitab inilah yang mengajar satu persatu teknik buat untuk jana pendapatan.  Fokusnya hanya pemasaran affiliate.


Sebelum ini dah buat affiliate.  Tapi teknik tak kena.
Alhamdulillah, lepas baca cara Encik Titan memasarkan produk-produk affiliate yang menjana ribuan ringgit bar…