Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 17, 2013

Lepasan SPM dan STPM Perlu Ke Karnival Pengajian Tinggi Negara dan Selangkah ke UiTM 2013

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera 
Selepas saya melancarkan entry Nasihat Ikhlas Buat Calon SPM 2012 semalam bertalu-talu soalan bertanyakan dengan lebih lanjut tentang Strategi Pemilihan Program ke Universiti.
Begitu juga tentang entry berkaitan Coretan Keputusan STPM 2012, 10 Kesalahan Pelajar.  Ramai yang ingin mengetahui dari manakah sumber maklumat yang tepat untuk dirujuk.
Kadang-kala maklumat yang ada dari jiran tetangga dan cikgu-cikgu mungkin tidak dikemaskini.
Karnival Pengajian Tinggi Negara 2013 - Jom Masuk U
Kerajaan ada menganjurkan Karnival setiap tahun yang mengumpulkan wakil-wakil dari setiap Universiti seluruh Negara dibawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Karnival tersebut bertujuan memberi pendedahan dan mempromosikan produk-produk akademik universiti masing-masing kepada masyarakat.
Pelajar lepasan SPM mahupun STPM boleh bertanyakan sebarang soalan berkaitan program yang diminati sepanjagn program ini berlangsung.
Ia dinamakan "Karnival Pengajia…

Nasihat Ikhlas Buat Calon SPM 2012!

Assalamualaikum w.b.t. Dan Salam Sejahtera,
Melihat keputusan STPM 2012 yang memberansangkan semalam pasti ramai yang berteka-teki bagaimana pula Keputusan SPM 2012?
Wish Me Luck For The SPM 2012 ! (Photo credit: zwaj)
Jika STPM 2012 menggunakan perkataan memberansangkan, apakah pula ayat yang sesuai untuk SPM 2012?
Adakah ia meningkat?
DSC_2678a (Photo credit: aneps omar™)
Kebiasaannya, berdasarkan yang lepas-lepas jarang sangat keputusan menurun secara keseluruhan.  Kalau ada pun diperingkat sekolah atau daerah.
Pengumuman keputusan akan dibuat esok - 21/3/203 (khamis) di sekolah masing-masing.
Bagi yang malas atau malu-malu jumpa kawan boleh buat semakan terus melalui SMS yang akan bermula pada jam 10.00 pagi.
Cara Semak Keputusan SPM 2012Taip SPM <jarak> No KP <jarak> AngkaGiliran hantar ke 15888

Sumber: Keputusan SPM 2012 Keluar 21 Mac 2013.
Selepas dapat keputusan jangan lupa isi borang UPU Online.  
Jika anda keliru untuk membuat pilihan program pengajian, anda boleh teliti ar…

Coretan Keputusan Peperiksaan STPM 2012, 10 Kesalahan Pelajar

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera 

Alhamdulillah, hari ini keputusan Peperiksaan STPM 2012 telah diumumkan. Tahniah diucapkan.  Namun, ada menangis kegembiraan dan ada juga mengalirkan air mata kesedihan kerana tidak berjaya.
Berjaya atau tidak, ia adalah penuaian hasil yang telah diusahakan sebelum ini. 


Khabarnya dari petikan dari mStar Online: STPM 2012 Lebih Ramai Pelajar Dapat Keputusan Cemerlang.
SELAYANG: Lebih ramai pelajar mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 4.0 dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun lepas berbanding tahun 2011. Seramai 442 calon atau 0.86 peratus mendapat CGPA 4.0 berbanding 300 calon atau 0.59 peratus pada tahun sebelumnya. Bilangan pelajar cemerlang, pelajar yang mendapat 5A juga meningkat dari enam kepada 18 pelajar. STPM 2012 adalah yang terakhir yang akan diadakan di bawah format lama apabila tiga tahun lalu Kementerian Pelajaran memutuskan merombak format peperiksaan yang lama kepada format semester. Pengerus…

Bagaimana Menukar Pengalaman Menjadi ebook?

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera 
Masa Rehat adalah ruang untuk menghilangkan tekanan kerja.  

Tiadalah yang dapat mengurangkan stress melainkan blogging sahaja sebelum masuknya waktu zohor.

~~~~~~

Alhamdulillah, pagi ini sebelum memulakan tugas seperti biasa saya semak email jika ada perkara segera untuk diselesaikan.
Tertarik dengan email dari penulis Best Seller terkenal - Zamri Mohamad.  Email yang bertajuk [KURSUS] Tulis & Terbit Ebook Cara Mudah. (Saya memang melanggan email dari beliau).

Baris pertama email saudara Zamri terus membuatkan menghabiskan isi kandungan nya.  

"Mahukah saudara tukarkan pengalaman dan kemahiran saudara menjadi ebook dibaca ramai?"

Kebiasaannya email-email langganan beliau saya sekadar delete kerana memikirkan tiada masa untuk menghadiri seminar atau apa-apa kursus.

Tukar pengalaman > Jadi Ebook.  Banyak pengalaman yang saya ingin ceritakan.

Tambah-tambah cerita bagaimana saya menulis blog selepas lebih 5 tahun.  Perasaan ingin menukar…