Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 17, 2013

Isteri Bebas, Suami Dayus?

Sebenarnya saya terbaca satu perbincangan berguna dalam forum Halaqah.net di sini



Seorang ahli forum telah kongsikan satu artikel yang membuatkan saya gerun. Gerun dengan keadaan semasa dimana tuntutan akhirat tidak seiring dengan keperluan dunia sekarang.
Isteri Bebas, Suami Dayus 
Artikel tersebut yang bertajuk (Isteri Bebas, Suami Dayus) membincangkan persoalan-persoalan yang timbul jika isteri bekerja. 

Pasti ada yang berfikir, seseorang isteri tidak boleh bekerja lah.

Tidak.
Bekerja adalah tidak salah. Tetapi sejauhmana sang suami boleh mendidik dan memastikan si isteri menjaga diri sebaik sahaja melangkah keluar dari rumah.  Anak? Jangan ditanya...

Jika dibiarkan Isteri menjaga diri bukankah bermakna sang suami membiarkan Isteri terlalu bebas?  Diamanakah peranan suami?

Akhirnya, suami yang bertanggungjawab akan dipersalahkan.  Maka, jadilah dia Dayus.

~~~~
Rupanya tanggung jawab seorang bapa, ketua keluarga bukanya indah dan berbunga-bunga seperti dalam novel pembangunan …

Siapa Lelaki Dayus Menurut Islam ?

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera


Ustaz Zaharuddin dalam artikel beliau Siapa Lelaki Dayus Menurut Islam ? membincangkan secara mendalam berkenaan Lelaki Dayus yang semakin ramai di sekelilingnya.
Saya rasa tanggungjawab untuk menyebarkan juga artikel ini supaya lebih ramai lelaki yang kembali.  
Ustaz membenarkan artikel ini untuk disebar-sebarkan supaya manfaatnya untuk semua.






Jika sebelum ini saya menulis dua artikel berkenaan aurat dan wanita
Saya juga telah mendedahkan satu email yang mengandungi artikel berkenaan bahaya nafsu lelaki dan sebagai pengetahuan am buat para wanita. 
Walaubagaimanapun, tidak memadai info-info tersebut tanpa menyentuh satu lagi bab yang amat berkaitan dengannya.
Bab berkenaan suami dan tanggungjawab mereka terhadap isteri mereka dan anak-anak perempuan mereka. 
Sebenarnya, bab ini agak panjang kerana terlalu banyak tanggung jawab suami dan ayah terhadap ahli keluarganya. Cuma bagi memudahkan kefahaman, tulisan ringkas ini akan fokus kepada sat…

Jangan Beli E-Book 9 Formula Pantas Seru Rezeki

Saya tidak pasti sama ada anda pernah dengar atau tidak ebook yang bertajuk 9 Formula Pantas Seru Rezeki.
Walau apa pun...
Saya nasihatkan anda jangan beli ebook 9 Formula Pantas Seru Rezeki.
Ya... Jangan beli sebelum baca artikel dibawah.  
Ambil masa 2minit 1/2 untuk mengambil ilmu dalam artikel dibawah.  Kemudian, anda fikirkan sendiri.
*Perhatian: Artikel ini ditulis oleh penulis jemputan iaitu Cikpuan Insyirah Azhar. Beliau adalah penulis ebook motivasi ketuhanan best-seller. Dalam artikel ini, beliau mempersembahkan diari motivasi menjadi seorang penulis ebook.
Kisah Si Penakut Terbitkan Ebook
Alhamdulillah, ebook ini telah dilancarkan pada 10 Disember 2012. Ia adalah karya berani yang saya berjaya terbitkan. Ebook ini juga adalah hasil penangan Coaching Penulisan Ebook yang Tuan Aqif anjurkan.
Dahulu, saya adalah seorang yang penakut terbitkan ebook. Saya pernah buat ebook, tetapi ketika itu jahil ilmu penulisan ebook. Oleh sebab itu, saya telah ditembak dengan kata-kata negatif …

Lega Asteroid Besar Kian Menjauhi Bumi - Ahli Astronomi Russia

Setiap yang berlaku di sekeliling kita pastinya ada hikmah. Tuhan bekalkan kita akal untuk kita fikirkan bersama tentang rahsia alam.
Baru-baru ini heboh tentang berita tahi bintang yang jatuh ke bumi Russia mencederakan orang ramai.
Terbayang bagaimana jika ia jatuh di kawasan kita?
~~~
Terkini astroid besar yang dikhabarkan menuju ke bumi difahamkan telah mula bergerak menjauhi.  Adakah ini tanda - tanda bumi menuju ke penghujungnya? 
Adakah kiamat dah semakin hampir?
Hurm..... Masih adakah lagi masa untuk memikirkan hiburan hati?
Banjir Besar sudah...
Ribut taufan sudah....
Gempar bumi sudah....
Gunung berapi sudah...
Dan banyak lagi peringatan yang diturunkan untuk manusia berfikir... 
Semuanya simbolik kepada buku karya Faisal Tehrani - "Bila Tuhan Berbicara"
Teringat bait-bait lirik lagu kata kata hikmah daripada salah satu karya Opick.

"tak cukupkah semua
apa yg terjadi
membuka sang mata, membuka sang hati
dan liatlah smua
apa yg terjadi
semua tutup mata
semua tutup hati
ber…

Mampukah Suami Bertahan Tanpa Isteri?

Ada's sixth recursive (Photo credit: quinnums)Semalam, mata ini sukar sungguh untuk lelap.  Nak kata penyakit tak tahulah.  Tetapi ia terjadi baru malam semalam.

Mungkin hari ini cuti kot.


Buka TVTak ada rancangan yang bagus.  Jam dah menunjukkan 2.30pagi.
Masa ni barulah teringat nak langgan si kapitalis Astro.
Nak tak nak, layan saja lah TV3.
Ada isu menarik dibincangan dalam rancangan WHI - Wanita Hari Ini. (Siaran ulangan pagi tadi). Tajuk yang mereka bincangkan adalah tentang kekeluargaan - "Berapa lamakah Suami Mampu Bertahan Tanpa Isteri?" Ada 2 orang pengacara wanita bersama 3 orang jemputan.  Iaitu Datuk Jalaluddin Hassan dan Isteri serta seorang Ustaz.  Dah tak ingat nama dia.
Beberapa soalan ditanya kepada Datuk dan Isterinya.
Beberapa jawapan dan pandangan yang menarik perhatian:
"Saya tidak sanggup, saya tidak boleh"
"Selama 35 tahun dia (isteri) dah meresap dalam diri saya sendiri"
- Datuk Jalalluddin Hassan sememangnya seorang yang romantik.  B…

Pakej Pelamin 2013 MURAH Untuk Perkahwinan Anda | Pakar Deco Roslan Nordin

"Fizah! Hang... kawin ngan aku..."
kepak..kepak..kepak.. 
kepong.. kepong.. kepong..
(bunyi kompang dipalu menggunakan mulut pengantin)
"Hang pulak jadi orang gaji masak untuk kami..." Roslan mengarahkan wan selepas proses persandingan.
Wan berlari-lari mengambil kelengkapan memasak.  Api dinyalakan membakar sampah sarap berhampiran untuk memasak air konon-kononnya.
"Woi! hangpa bakaq apa belakang ni!" tiba-tiba pak Rani hanya berkain pelikat, bapa kepada wan muncul setelah terhidu bau busuk asap kebakaran.
Habis semua lari berselerak.  Tak sempat nak masak. Selipar pun tertingal.
haha..ha...
Ingat tak lagi nostalgia tu?
Zaman kanak-kanak dulu syok bermain kahwin-kahwin belakang rumah.  Siap dengan pondok yang berbumbungkan daun pisang, dengan main masak-masak dalam tempurung kelapa dan .
Dah nampak sikit-sikit bakat dalam diri.
Sekarang...
Bila dah besar, jadi event manager pulak.  Tak pernah nak berubah sahabat sorang ni.  Dalam banyak-banyak rakan persekolahan, h…