Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 10, 2013

Kata Kata Motivasi Saat Resah dan Gelisah

"Bersyukur Pada-Mu Ya Allah.." (Opick feat. Amanda) (Photo credit: Akinini.com)
Hidup ini adalah ujian.
Setiap hari bangun sahaja dari tidur sehingga melelap mata adalah ujian bagi kita. Itulah yang saya faham selepas membaca buku Bersyukur Saat Diuji.

Kadangkala ada ujian berat yang betul-betul membuatkan diri ini letih dan penat.  Namun, hakikatnya semua itu datang dari Allah.
Kalau boleh, kita nak hidup senang bahagia tanpa masalah.  Tapi, kena cipta dunia kita sendirilah.

Sememangnya hati kita memang dicipta untuk kembali kembali Allah. Percaya atau tidak jiwa akan lapang bila pulang kepada Nya.
Bagi mengharungi cabaran dan ujian, kita memerlukan motivasi untuk terus kuat.Motivasi tahap tertinggi sebagai muslim hanyalah Allah. Tiada yang lain selain Dia.

Cuma kaedah sahaja yang berbeza-berbeza.
Setiap kali jiwa saya resah dan gelisah saya suka mendengar lagu-lagu karya Opick. Penyanyi spiritual dari seberang, Indonesia.
Aunur Rofiq Lil Firdaus (aka. Opick) (Photo credit: Ikhlasul…

HTC Memang Telefon Pintar Terbaik Sepanjang Zaman

HTC TOUCH HD
Saya kenal produk HTC bermula dengan HTC TOUCH HD yang menggunakan aplikasi Window Mobile.  Sekarang telah hampir 4 tahun saya menggunakannya, dan ia masih berfungsi dengan baik.

Namun, menggunakan OS Window Mobile agak mengecewakan jika dibandingkan OS Android atau iOS (Apple). Slow.

HTC DESIRE S
Dua tahun lepas saya menambah koleksi HTC dengan HTC DESIRE S.  Bolehlah nak dibanggakan berbanding rakan-rakan yang majoritinya menggunakan siri Samsung Galaxy S.  

Langsung tak ada masalah sistem tersekat seperti yang berlaku kepada telefon pintar terkenal yang lain.

HTC ONE X
Tak sampai 8 bulan ia berjasa, saya betul-betul terpengaruh dengan iklan keluaran terbaru HTC waktu tersebut iaitu HTC One X.  Kebetulan, ada hamba Allah yang ingin menjual produk tersebut dengan harga yang sangat berpatutan jika dibandingkan dengan harga unit baru.  

Alhamdulillah, sekali lagi ia tidak mengecewakan.  HTC One X boleh dipuji dari segi Kamera yang berkualiti.

HTC BUTTERFLY
Terkini HTC melancarkan …

Blogger Jejai Telah Kembali Untuk Selamanya

English: Sura Al-Fātiha from a Qur'an manuscript by Hattat Aziz Efendi. Deutsch: Die Fatiha aus einer Koranhandschrift von Hattat Aziz Efendi. (Photo credit: Wikipedia)Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera 
Saya telah mengikuti perjalanan penderitaan seorang blogger - Jejai yang menderita mengidap penyakit Kanser.
Ramai sahabat-sahabat blogger yang berkongsikan kisah beliau.
Baru tadi mendapat khabar sedih dari Denaihati melalui wall facebook Denaihatinetwork beliau bahawa - Saudara Jejai telah pergi tidak kembali.
Kemudian saya baru terbaca posting terkini Tuan Denaihati di sini.
Sama-sama kita semua bacakan surah Al Fatihah untuk arwah.

p/s: Kematian mengingatkan saya tentang diri sendiri.  Ia adalah saat yang pasti bagi kita semua.
Semoga roh Allahyarham Blogger Jejai ditempatkan di tempat yang mulia.
Baca Juga dibawah :  
9 Formula Pantas Seru Rezeki

Semak Keptusan Permohonan BR1M 2.0 2013

Baru saja post entry pasal syarat-syarat permohonan BR1M 2.0 2013.  Rupanya hari ini adalah tarikh Semakan Keputusan Permohonan BR1M 2.0 2013.
Lambat betul bertindak. 
Tak layak nak mohon.  So, tak ambil kisah sangat.
Bagaimana nak semak Keputusan Permohonan BR1M 2.0 2013?
Terdapat tiga (3) kaedah semakan Keputusan Permohonan BR1M 2.0 2013 boleh dibuat iaitu:
1. Secara Pos. -
Setiap permohonan yang berjaya akan menerima surat pemakluman secara berperingkat.
2. Melalui Talian Hotline. -
Mulai 11 Febuari 2013 (Hari entry ini ditulis) pemohon boleh menghubungi Hotline 1-800-222-5000 atau 1-300-88-3010.  Waktu operasi 9.00 pagi sehingga 5.00 petang hari bekerja.
3. Majlis Pembayaran Baucer. -
Akan diadakan satu majlis penyerahan kepada semua yang berjaya.  Majlis ini mungkin disampaikan secara rasmi.

Di khabarkan juga penyerahan Baucer ini adalah secara berperingkat.  Jangan kecewa jika tak dapat, mungkin belum sampai masa nama anda.

P/s: Bantuan BR1M ini tak akan menyebabkan anda kaya, tetapi ba…

Dah Mohon Bantuan Rakyat 1 Malaysia BR1M 2.0 ?

Anda dah buat permohonan BR1M 2.0?

Di khabarkan permohonan BR1M 2.0 telah mencapai 2.3 juta. 54 Peratus permohonan dibuat secara manual dan yang lain semuanya secara online.

Cepat! 


Sementara tarikh tutup permohonan diumumkan lagi.

Permohonan BR1M 2.0 kali ini boleh dibuat secara online dan manual.
Kepada yang belum memohon, boleh segera muat turun segera borang BR1M 2.0 di sini.  Boleh juga ambil borang di kaunter berikut:



Atau daftar terus secara online di sini. Lagi mudah dan cepat.

Sebelum itu, baca dulu syarat-syarat dibawah.  Saya tidak layak. "Dah tau tak layak jangan cakap banyak".

Berlaku jujurlah dengan Allah.
Syarat-Syarat Permohonan BR1M (Klik gambar dibawah untuk lebih jelas)ISI RUMAH YANG LAYAK (RM500)(i)   Warganegara Malaysia;
(ii)  Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah        
       pendapatan kasar bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah/

       > Berkahwin
       > Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan y…