Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 27, 2013

Perjalanan Ke Kota Kinabalu Sabah #Airasia

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera
Sambungan dari entry: Mencebuk Ilmu ke Kota Kinabalu Sabah.
~.~.~.~.~.~.


Kali ini Syarikat Penerbangan Tambang Murah AIRASIA menepati janji manisnya, jam 9.00a.m. semua penumpang telah berada dalam pesawat walaupun masa berlepas sepatutnya jam 9.25a.m. 

Saya mendapat kerusi betul-betul di tepi tingkap pesawat AIRBUS A320 − 200. Kenangan kali pertama ke Sabah 5 tahun dulu kembali menerjah.  Sama juga, saya ditempatkan di tepi tingkap.  Bezanya waktu itu, saya menaiki pesawat MAS dan itulah kali pertama menaiki kapal terbang sepanjang hidup.

Sekarang? Dah tak ingat untuk kali ke berapa dah… Flag of Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. It has an image of Mount Kinabalu on it. (Photo credit: Wikipedia)Hari ini Ahad, sedikit keunikan ditonjolkan oleh AIRASIA untuk tahun 2013. Semua kakitangan mereka hanya mengenakan baju kemeja korporat merah dan seluar jeans biru sahaja.  Kelihatan santai dan lebih mesra.  Tidak seperti biasa skirt pendek yang agak forma…