Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 20, 2013

Bagaimana ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Jalan Pengkalan Chepa Kota Bharu?

LCCT-28Oct2010-01 (Photo credit: YCTAN.2020)Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah,
Syukur kehadrat AllahS.W.T.
Saya selamat sampai ke LCCT setelah 5 hari berkelana ke Negeri Di Bawah Bayu, Sabah.
Terpaksa melepak disini selama 5 jam lagi sebelum flight seterusnya ke Kota Bharu jam 9.00 malam.
Teringat filem karya Tom Hanks - The Terminal.
Iaitu kisah benar seorang pelancong yang terkandas di sebuah Lapangan terbang.  Dia tak boleh keluar dari Lapangan Terbang Tersebut atau terbang pulang ke Negara asal.  Ini semua kerana negara asalnya sedang berlaku rusuhan.
Selanjutnya carilah sendiri di Google.

Sebenarnya entry ini, saya nak kongsikan peta ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Jalan Pengkalan Chepa Kota Bharu bandar Machang.
Ada yang bertanya.  So, saya paparkan disini lebih mudah untuk simpanan.

English: Terminal of Kota Bharu AIport, Kelantan, MalaysiaCategory:Airports in Malaysia (Photo credit: Wikipedia)Rujuk peta dibawah:


View Larger Map

Mencebuk Ilmu Ke Kota Kinabalu Sabah

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,"Hidup untuk bekerja? Atau. Kerja untuk hidup?""Makan untuk kerja? Atau. Kerja untuk makan?"Erm... Persoalan ini bukan mudah untuk dijawab.  Ia saya biarkan berpusing-pusing mencari punca masing-masing yang tidak berkesudahan.Yang pasti, bekerja setiap hari tanpa henti adalah untuk menjemput rezeki. Rezeki bukan sekadar duit. Dengan bekerja, banyak rezeki-rezeki lain yang dikurniakan tanpa disedari seperti Isteri, anak, kenderaan, ketenangan dll.Cuma kita sering mengecilkan skop makna sebenar rezeki dalam bentuk wang sahaja.Semasa entry ini ditulis saya sedang berada di LCCT. Tempat pesawat-pesawat Airasia melepak melepaskan lelah sebelum bergerak ke destinasi masing-masing.Di LCCT sekadar persinggahan sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu, Sabah atas urusan rasmi. Lebih tiga jam terpaksa menunggu untuk penerbagan seterusnya.Sabah - Borneo.Saya pernah menjejak kaki disini 5 tahun lepas dan kali ini adalah yang ke …