Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 13, 2013

Tahniah Dah Jadi Bapa | Ahmad Tarmizi

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera


Alhamudulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T. semalam saya mendapat khabar gembira dari seorang rakan sekerja, Ahmad Tarmizi.

Tahniah... Tahniah... Tahniah...

Isteri beliau baru melahirkan cahaya mata pertama pada jam 1.56 petang (18 Januari 2013).  


Bayi perempuan.  

Semoga menjadi Bapa Mithali dan mendapat anak yang solehah. amin...




DOA KEPADA IBUBAPA YANG BARU DAPAT ANAK

جَعَلَ اللهُ مُبَارَكًا عَلَيْكَ وَ عَلَى أُمَّةِ مُحَمَّدٍ  “Semoga Allah menjadikannya anak yang diberkati  atasmu dan atas Ummat Muhammad صلى الله عليه وسلم

‎3 Doa untuk anak supaya menjadi soleh dan solehah

اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ

1. Maksudnya: Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).



اَللَّهُمَّ أَلْهِمْهُ التَّأْوِيْلَ وَعَلِّمْهُ الْحِكْمَةَ
2. Maksudnya: Ya Allah, ilhamkannya Takwil (tafsir al-Quran) dan ajarkannya hikmah (ilmu yang tepat).



اَللَّهُمَّ بَارِكْ فِيْهِ وَانْشُرْ مِنْهُ.
3. …

Kemunculan Johan Melengkapi Jozan Maharaja Lawak Mega Minggu 10

Astro Logo (Photo credit: Wikipedia) Image via CrunchBase

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera
Saya tidak mengikuti sangat rancangan mingguan Maharaja Lawak Mega.
Pertama, kerana saya tidak melanggan Astro dirumah.
Kedua, mungkin kurang minat kot.
Namun, saya tetap menonton di Youtube sekiranya ada yang tolong upload.

Sepanjang program ini berminggu-minggu, saya terhibur dengan aksi Zizan solo yang menggayakan Ustaz Azhar Idrus pada minggu ke 8.
Hanya kumpulan Jozan yang betul-betul menarik perhatian saya.
Malam ini saya difahamkan program ini adalah minggu terakhir - Final.


Selepas pulang dari majlis Maulud Nabi di Masjid Bukit Abal, saya berehat sambil melayari internet. Tak sangka cepat sungguh zaman sekarang.  Itulah bagusnya blog, berita terkini semuanya cepat.
Dah ada hamba Allah yang tolong uploadkan video Jozan untuk Maharaja Lawak Mega Final. (Minggu ke 10).
Rajin betul hamba Allah ni.
Kali ini Zizan tidak keseorang kerana dikhabarkan Johan dah boleh turut serta.
Zizan kembali den…

Video Listen Listen Listen Parodi dah Mengatasi Video Sebenar

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera
Listen... Listen... Listen... Listen... Listen...
Asyik perkataan ini jer yang keluar di Media-media sosial sejak dua menjak ni.
Menyemakkan pun ada jugak....
Tak ada perkataan lain kot nak taip di facebook...?
Rupanya saya yang ketinggalan keretapi.


Video Listen...listen... listen yang di upload ke Youtube  telah menjadi bualan hangat di internet.  
Sehingga menimbulkan kontroversi kerana orang ramai mula memberi pendapat dan pandangan masing-masing.  Tambah-tambah bila ia membabitkan isu politik dalam video tersebut.
Ia adalah Forum Mahasiswa "Seiringkah Mahasiswa dan Politi" yang telah diadakan di UUM sebulan yang lepas.
Rujuk video asal disini.

Ada yang menyokong ada yang membangkang. 
Bagi saya, 


Kita perlu melihat kepada nilai dan muhasabah diri masing-masing.  Ia seperti melihat cermin.  Kerana setiap perkara yang terjadi dan berlaku disekeliling kita mempunyai hikmah yang perlu difikirkan bersama.
Cuba jangan beremosi dan lebih profesio…

Bersyukur Saat Diuji

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana diri ini masih berpeluang menghidup udara sehingga jasad ini masih lagi boleh bernyawa.
Siapalah jasad tanpa nyawa.
Anda pernah baca buku Bersyukur Saat Diuji?
Ia adalah karya terbaru dari Prof. Haji Muhd Kamil Ibrahim. (Saya pernah review tentangnya secara ringkas dulu di sini)
Hidup = Ujian

Setiap antara kita pasti diuji dalam kehidupan ini.  Bagi saya erti kehidupan itu sendiri adalah ujian sehinggalah saat kematian menjelma.
Seorang ustaz yang belajar berpesan, "tidur itu adalah mati kecil sebelum datang sebenar-benarnya mati, dan mati pula adalah kiamat kecil sebelum datang sebenar-benarnya kiamat."
Oleh itu, bangun sahaja dari tidur ujian sedia menanti.
Bezanya ujian tersebut datang dalam pelbagai bentuk sama ada ujian kesenangan atau kesusahan.
Yang pasti, setiap detik itu ujian.  Adat Ujian adalah penilaian sama ada kita lulus atau gagal.


Ujian Diri
Sebagai manusia yang bukan luar …