Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November 25, 2012

Malaysia vs Indonesia AFF Suzuki Cup 2012 | Koleksi Poster

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera
Malaysia vs Indonesia AFF Suzuki Cup 2012
Perlawanan yang paling hangat rasanya kerana ramai blogger yang membuat liputan. 
Selepas kemenangan HARIMAU MALAYA menentang LAOS pasti semangat penyokong telah kembali.  Walau apa pun analisa yang telah dibuat terhadap pasukan HARIMAU MALAYA dalam sebuah perlawanan pasti ada yang menang dan kalah.
Perlawanan malam ini masing-masing mempunyai agenda tersendiri.
MALAYSIA - mempertahankan kemenangan dulu seterusnya menjadi juara.
INDONESIA - menebus kekalahan di tempat sendiri. Adakah sejarah mungkin berulang? Baca data dan fakta Indonesia vs Malaysia di laman Indonesi di sini.

Semoga perlawanan malam ini berlangsung dengan penuh semangat kesukanan yang tinggi dan tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.
Yang pastinya setiap perlawanan ada Kalah dan Menang.  Ia sebagai ujian bench-marking sejauhmana tahap kemampuan kita dan usaha yang telah dilakukan.
Sebagai penyokong kita harus menyalurkan aura posi…

3 Blog Pilihan Terbaik

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,
3 Blog Pilihan Terbaik
Setelah sekian lama menulis blog, saya berkenalan dengan seorang sahabat blogger yang betul-betul memberi inspirasi dalam penulisan blog.  
Saya pernah menulis entry khas seawal perkenalan dengan beliau. Klik sini.
Walaupun kami tinggal berhampiran, namun masih belum ada kesempatan untuk bertemu.  Jika diizinkanNya saya ingin mencari ruang minum kopi bersama kongsi tips menulis blog. 
Kenapa best sangat dengan blogger ini?  Sedangkan banyak lagi blog-blog lain yang lebih ternama.  
1. Kaedah penulisan beliau menarik dan mudah faham.  Mungkin sesuai dengan jiwa ini.  Tambah-tambah bila baca artikel tentang pengalaman beliau pergi ke Masjid Putih Brunei di Danau Tok Uban, TumpatKelantan.  
2. Blog yang ringkas dan kemas tetapi padat isi kandungan entry yang berguna.  "Content is The King" ia adalah kata-kata blogger terkenal.  Saya lihat, beliau sangat teliti dalam penulisan blog. Setiap entry ada jalan cerita dan a…

Kata-Kata Hikmah Malam Jumaat (Penawar)

Quran with Chinese translation recorded in both Arabic and Chinese scripts. (Photo credit: Wikipedia) Quran, Mus'haf_Al_Tajweed. (Photo credit: Wikipedia) Dari written in Persian script (Photo credit: Wikipedia)






Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera


Dari awal menulis blog di saljuhumairah saya mengumpul banyak kata-kata hikmah untuk dikongsikan bersama rakan blogger.
Saya berharap semoga perkongsian kata-kata hikmah ini dapat memberi manfaat kepada diri saya sendiri dan pembaca blog ini.
Senarai Himpunan Koleksi 346 Kata Kata Hikmah | Pelbagai boleh menjadi kata-kata yang boleh meningkatkan motivasi diri dalam meneruskan kelangsungan perjalanan hidup.  
Entry yang menghimpunkan 346 kata-kata hikmah boleh rujuk di sini.
Malam jumaat yang syahdu ini saya ingin berkongsi kata-kata hikmah dari Surah Al-Isra', ayat 82.
"Dan Kami turunkan dari al-Quran itu sesuatu yang menjadi penawar (penyembuh) dari rahmat bagi orang-orang yang beriman dan al-Quran itu tidaklah menambah kepada or…

Wordless Wednesday (Rumah Azan)

3 Tips Mudah Cemerlang di Universiti

The Universiti Teknologi MARA (UiTM) logo (Photo credit: Wikipedia)Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, hari ini saya bertemu pelajar baru untuk kali ke-2.  
Malam tadi dah berjumpa bagi sesi perjumpaan bersama Pegawai Pembangunan Pelajar (PPP).
Mereka semua mendaftar diri di UiTM Cawangan Kelantan hari Sabtu lepas 24hb Dis. So, hari ini adalah hari ke-5 mereka disini.
Semangat menuntut ilmu jelas terpancar diwajah masing-masing.  Pasti ramai yang masih keliru dan terpinga-pinga membezakan suasana di sekolah dan universiti.
Saya sering ingatkan pelajar-pelajar baru betapa perjalanan menuntu ilmu di Universiti sangat mencabar dengan pelbagai halangan dan rintangan seperti sebuah perjalanan.  
"Anda telah memulakan perjalanan, maka tamatkan dengan cemerlang" It's tomorrow (Photo credit: apissepet)

Saya bersama rakan sejawat En. Imran Mohamed menyampaikan taklimat dan panduan tentang akademik. 


Taklimat dimulakan dengan penerangan ringkas pengurusan akademik U…

Bumi Allah Luas

"Floating" mosque of Kuala Terengganu. (Photo credit: Wikipedia)English: Cristal Mosque in Kuala Terengganu (Photo credit: Wikipedia)
English: Cristal Mosque in Kuala Terengganu (Photo credit: Wikipedia)





Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah, kami sekeluarga beruntung hari ini.  Kami dikunjungi bapa saudara dari sebelah Abah yang juga seorang guru agama dari Utara bersama keluarganya.  Saya memanggilnya pakcik.

Dua hari lepas Pakcik telah bermalam di rumah kami sebelum bergerak ke Kuala Terengganu dan bermalam di sana.  Mereka sedang bercuti ke Pantai Timur.

Malam ini mereka sekali lagi berkunjung ke sini sebelum bergerak semula ke Utara bagai melepaskan lelah dan penat.   Kami hanya sempat menjamu mereka sekeluarga dengan hidangan yang dibeli di Pasar MalamMachang.

Selesai makan, pakcik banyak bercerita pengalaman mereka sepanjang bercuti di sana termasuk melawat Masjid Kristal dan menziarahi Makam Tok Pulau Manis . Beliau juga menceritakan perjal…

Malaysia vs singapore 0-3

Assalamualaikum w.b.t.Saya sempat menyaksikan separuh masa kedua perlawanan piala suzuki 2012 antara Malaysia dan Singapore.Singapore adalah musuh tradisi Malaysia sepanjang zaman.  Pelbagai andaian dibuat sebelum perlawanan.  Ada yang menjangkakan Malaysia menang 3-2. Ada juga yang meramal Malaysia akab seri 0-0.Saya tiba di restoran Ala-Thai bandar Machang setelah Malaysia ditinggalkan 2-0.Beberapa minit perlawanan berlangsung, saya berfikir...Adakah ianya eksperimen atau ia kekuatan sebenar Malaysia?Team yang bermain untuk Singapore malam ini hampir sama dengan barisan utama tahun 2010.Keputusan akhir Malaysia tewas 0-3.Malaysia perlu mengkaji kelemahan dan membuat tindakan segera. Semoga Malaysia berjaya mengembalikan rentak dulu. Dalam sebuah perlawanan, menang adalah matlamat, namun proses menuju kemenangan dan kekalahan adalah hasilnya.Harimau, bangkitlah...