Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November 4, 2012

Terjemahan Bacaan Dalam Solat

Salam, kepada pengguna android yang beragama Islam saya mencadangkan satu aplikasi android berguna.

Terjemahan bacaan dalam solat.

Seorang guru pernah berpesan, salah satu kaedah untuk mendapat khusyu' dalam solat adalah dengan mengetahui makna setiap bacaan kita.

Mungkin aplikasi ini boleh membantu anda.  Semoga ianya bermanfaat.

Cuba lihat aplikasi ini di https://play.google.com/store/apps/details?id=com.apps4islam.solatdanterjemahannya

Kad Diskaun SISWA 1Malaysia Untuk Pelajar UiTM Cawangan Kelantan

Assalakualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,

Semalam saya terima email dari seorang sahabat yang bertugas di Bahagian Kewangan (Bendahari) berkenaan KAD DISKAUN SISWA 1 MALAYSIA.

Ia ditujukan untuk semua pelajar UiTM Cawangan Kelantan yang layak untuk mendapatkan kad tersebut. 

Email tersebut meminta pelajar faham bahawa UiTM Cawangan Kelantan telah menetapkan tarikh bagi mengedarkan kad diskaun.

Arahan ini merangkumi semua pelajar UiTM melainkan pelajar-pelajar yang telah atau akan berpindah ke kampus lain.  Selain dari kategori tersebut anda adalah tidak dibenarkan mengambil kad tersebut di Kaunter Kewangan.

Pelajar-pelajar boleh merujuk terus ke Bahagian Kewangan jika ada sebarang pertanyaan. 

Sila maklumkan kepada pelajar-pelajar lain juga.

Hubungi 09-9762000 Sambung Bahagian Kewangan - En. SaiffulNazri Nazir

EMAIL Beliau adalah seperti berikut:

salam,

Tuan mohon maklumkan kepada pelajar di faceebok, kaunter kad hanya dibuka pada tarikh yg telah dimaklumkan sebelum ini, terdapat percanggah…

Wordless Wednesday

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera


Cakap:  Setiap hari rabu ramai blogger akan memaparkan entry  tanpa bicara.  Hanya gambar yang menerangkan segala.

Nokia Lumia 800 Original FULL SET | Untuk DILELONG | STARM RM1.00 | DUE DATE 8HB (ESOK) Jam 11.50p.m.

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera
Rakan Strategik blogger SERTC ENTERPRISE mengumumkan smartphone untuk diLelong lagi.  Kali ini beliau mempertaruhkan produk dari Nokia iaitu Nokia Lumia 800 Original Full Set.

Baca: Mudahnya Menjemput Rezeki


Beberapa siri bid telah berjalan dengan lancar.
Ia terbuka kepada sesiapa saja ahli group FACEBOOK SERT ENTERPRISE untuk bid.  Sesiapa yang bertuah bid harga tertinggi pada tempoh yang telah ditetapkan.

Syarat-syarat untuk bid adalah seperti berikut:
BID HP START FROM RM 1

Item : Nokia Lumia 800 Original FULL SET

Condition : Second phone dengan jaminan dan juga FULL SET termasuk kotak.9/10, hp dalam keadaan yang amat baik. Jaminan tiada masalah.
Spec : 16 gb internal, Micro Sim, Window Phone OS, camera 8mp, Black color.
Waranty : Dalam 5 bulan dari nokia


Start Price : RM 1.00
Bid Increment : RM5.00 keatas
Bid Start Date & Time : 6/11/2012 , 2.10 am
Bid Close Date & Time : 8/11/2012 , 23.50 p.m

Penghantaran : Self Collect or Pos Laju 
(…

16th International Conference for University Administrators

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,Selepas hadir ke program Malam Simfoni Kasih hari Sabtu lepas (rujuk entry lalu) saya terpaksa bermalam di Shah Alam sementara meneruskan siri travel kali ini.Ia satu permulaan siri perjalanan yang panjang untuk di tempuhi bagi bulan November selepas selesai proses pengurusan peperiksaan.Hari Isnin pagi bersama lagi Dua (2) rakan sekerja bertolak dari Shah Alam ke Bandar Melaka.  Semua pentadbir Universiti akan berkampung selama 3 hari di Hatten Hotel, Bandar Hilir Bandar Melaka bagi menjayakan program Konferensi Antarabangsa Pentadbir Universiti kali ke-16. Ia adalah acara rasmi UiTM dua tahun sekaliA
Tema Konferensi kali ini adalah "Strategizing University Governance In Championing The Higher Education Agenda.". Jadual program untuk kali ini sangat padat dengan perkongsian ilmu oleh beberapa orang Tokoh yang telah berjaya dalam pengurusan. Semoga ia menjadi medan perkongsian Ilmu yang hebat.





Komen Pembeli Buku "Mudahnya Menjemput Rezeki"?

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera
Beberapa hari lepas saya berkongsi dengan seorang sahabat blogger sebuah buku yang menjadi bualan ramai sekarang "Mudahnya Menjemput Rezek".  
Tiada niat lain, sekadar berkongsi ilmu yang bermanfaat.  Apa pandangan beliau saya tak ambil peduli kerana manusia dicipta mempunyai kepelbagaian kefahaman dan penerimaan.
Beliau adalah seorang usahawan online yang telah berjaya.  Beliau menjalankan perniagaan gadget hanya melalui facebook. Selepas sehari membaca beliau ada memberi komen di status facebook beliau. 
Lihat apa kata beliau?
Maklumat lanjut berkenaan buku ini sila rujuk laman rasmi di sini.

Baca juga entry berikut yang berkaitan:

1.  Jangan Beli Buku Mudahnya Menjemput Rezeki Sebelum Baca Isi Kandungannya

2.  Petikan Dari Buku Mudahnya Menjemput Rezeki



Puji Cara Piya (Mohd Badri Mohd Radzi) Jawab Kontroversi

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,
Beberapa hari lepas saya berkunjung ke Restoran Ajihs Nasi Lemak 80sen di Jalan Guchil Bayam.
Rujuk entry Menjamu Selera di Ajihs Nasi Lemak 80sen | Piya.
Dalam tempoh tersebut juga kontroversi Piya selaku Captain Pasukan Bola Sepak Kelantan (Teh Red Warrior-TRW) akan berpindah ke Selangor hangat di bincangkan di surat khabar dan media sosial, termasuk blogger-blogger yang membuat beberapa andaian.
Dalam fikiran saya, apakah nasib Restoran Ajihs Nasi Lemak 80sen?  Adakah masih terus beroperasi?
Mungkin takut kontroversi tersebut melarat dan berpanjangan, Piya memberi jawapan sendiri dalam facebook beliau hasil dari perkongsian seorang sahabat FB.
Tengok Print Screen dibawah.
"Salam belako... wak gapo male2 nie...?? terima kasih kepado semuo peminat ambo di gua musang semale sbb layanan istimewa saen2.kenangan semale xakan ambo lupokan.semale ado wartawan tnyo btul ko ambo nak gi selangor..ambo doh jawab (baco sinar harian hari ni nk tahu jawpanya) a…