Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 28, 2012

Di Tembak Sang Sniper's Penunggu 'Bus Stop'

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera

Kebiasaan bila travel melalui jalan darat saya akan bergerak malam kerana keadaan jalan kurang sibuk dan cuaca tak panas.  Tak adalah mengantuk.  
Berbanding siang jika cuaca panas terik, mata cepat letih dan mengantuk.
Hari ini saya memandu siang bersama Honda City melalui Jalan Kuala Lipis menuju ke Raub tenang seperti biasa.  Dalam kelajuan 90 - 110 km/j memang sesuai dengan keadaan jalan.  Di hadapan, terdapat lagi 3 kenderaan yang bergerak dengan kelajuan yang hampir sama.
Keadaan cuaca tak panas, tidak pula hujan.  Sangat selesa memandu.


Kami konvoi dari Merapuh lagi bagi mengelakkan bosan.
Malang  tidak berbau tadi, tiba-tiba ada penunggu di "bus stop" tepi jalan lengkap dengan kamera dan peralatan menembak yang lain.
Semasa melewati 'bus stop', penunggu penunggu tersebut tersengeh ala-ala senyum kambing sambil melihat kearah papan tanda kawasan 70km/j. 
Saya membalas senyuman seikhlas yang boleh.  
Kemudian, mata terus tertum…

Menjamu Selera di Ajihs Nasi Lemak 80sen | Piya

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera
Masih ingat lagi perlawanan suku akhir Piala Malaysia Kelantan (The Red Warriors-TRW) menentang Selangor (The Red Giant-TRG)?  Keputusan akhir TRW berjaya menewaskan TRG.
Gol kemenangan TRW dijaringkan oleh Piya atau nama sebenar beliau Badri dengan sepakan percuma cantik yang terus menerjah ke gawang walaupun telah terkena tangan penjaga gol. 
Gol satu lagi dijaringkan oleh Muhamad Ghadar - Penyerang Import.

Boleh tengok video jaringan tersebut di sini.
Menariknya selepas Piya menjaringkan gol kemenangan tersebut, beliau berlari sambil membuka jersi dan tertera tulisan "Ajihs Nasi Lemak 80sen" di baju singlet putih.  
Ia menjadi tanda tanya?  Strategi promosi yang sangat bagus, dan tindakan berani captain TRW.
Pagi keesokan selepas perlawanan berlaku sedikit kontroversi yang menjadi bualan hangat di pejabat dan kedai-kedai kopi.  Pelbagai andaian dibuat sehingga ada yang mengatakan "Ajihs" adalah rakan kongsi perniagaan P…

Petikan Dari Buku Mudahnya Menjemput Rezeki

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah saya ditemukan dengan buku Mudahnya Menjemput Rezeki karangan saudara Fathuri Salehuddin.  Ia banyak memberi input dan ilmu yang selama ini saya keliru.  Ia adalah rezeki yang tidak disangka-sangka.

Saya suka memetik petikan dari buku ini dalam bahagian Pengenalan yang menyebabkan rasa hati ingin menghabiskan segera isi buku ini.  Baca muka surat ix.

"Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan sesiapa berawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya.  Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sesungguhnya, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu. (Ath-Thalaq 65:3). Semenjak itu, saya selalu memerhatikan setiap kejadian.  Diam-diam saya sering mengaitkan setiap kejadian itu dengan ayat di dalam surah di atas. Walaupun proses ini panjang saya menikmatinya.

Peristiwa demi peristiwa yang berlaku di dalam skrip hidup saya, dan hidup orang lain, kemudian dihubungkaitkan…

Malam Simfoni Kasih UiTM 2012

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera
Minggu ini saya dijemput ke Malam Simfoni Kasih UiTM 2012.  Program ini dianjurkan oleh Yayasan Budiman UiTM dengan kerjasama Pusat Perhubungan Alumni, Pejabat Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni.
Objektif utama program ini dianjurkan adalah untuk "berhibur sambil menderma".  
Ia diadakan pada 3 November 2012 (Sabtu) jam 8.00 Malam bertempat di Dewan Agung Tunaku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam. Kod pakaian baju batik. (Malas betul nak pakai baju batik... nanti membonjol pulak bahagian perut.)
Terdapat 5 aktiviti diadakan pada malam tersebut:
1.  Pelancaran Tabung Sumbangan Alumni.
2.  Pelancarang Sedekah Jariah (Wakaf) UiTM.
3.  Anugerah Tokoh Alumni 2011.
4.  Persembahan Orkestra UiTM.
5.  Persembahan Artis-artis Jemputan.UiTM sentiasa dihatiku.



Aturcara Malam Simfoni Kasih 2012 tersebut akan bermula dengan ketibaaan para tetamu, Dif-Dif Kehormat dan YAB Perdana Menteri Malaysia dan Isteri Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Naj…

Set Novel Siri Pahlawan Islam | Abdul Latip Talib

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam SejahteraSaya mempunyai set novel sejarah Islam Edisi Jimat Siri Pahlawan Islam terbitan  PTS.  Buku-buku ini adalah hasil karya penulis novel sejarah no. 1 Malaysia yang terkenal iaitu Abdul Latip Talib.

Semua buku ini saya nak jual dengan harga istimewa kepada pelanggan terawal.  Harga asal buku ini adalah antara RM14.00 hingga RM15.00.   Diskaun akan diberi beberapa peratus (%) untuk setiap buku jika pelanggan ingin membeli semua set tersebut.
Sipnopsis buku adalah seperti berikut:
1. MUHAMMAD AL-FATEH - Penakluk Konstantinopel. "Siapakah Muhammad al Fateh sehingga beliau dan tenteranya digelar sebagai 'sebaik-baik raja' dan 'sebaik-baik tentera'?  Muhammad al Fateh menaiki tahta ketika berumur 19 tahun.  Cendiakawan ulung pada zamannya ini fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew.  Beliau seorang yang bersifat tawaduk serta sangat cintakan ulamak da selalu berbincang dengan mereka te…

Jangan Beli Buku Mudahnya Menjemput Rezeki Sebelum Baca Isi Kandungannya

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera
Saya kurang pasti apa kata orang tentang buku Mudahnya Menjemput Rezeki karangan Fathuri Salehuddin.  Bagus atau tidak buku ini bergantung kepada penilaian individu masing-masing.
Saya memiliki buku ini sebulan yang lepas dari seorang bekas pelajar UiTM Cawangan Kelantan.  Beliau telah datang berjumpa dengan saya kerana ingin berkongsi sesuatu yang bermanfaat. 


Pada awalnya tahap keyakinan saya terhadap isi kandungan buku ini masih lagi rendah.  Namun, setelah menelaah isinya persepsi saya terhadap rezeki berubah.  Banyak perkara yang saya terlepas pandangdalam menjadi hamba Allah di muka bumi ini.

Alhamdulillah, ia sangat bermanfaat dalam bekerja mencari rezeki yang halal.  Kita semua yang hidup pasti menuju ke matlamat kematian. Tiada yang terkecuali.
Sebelum ini rasa susah, sukar dan perit mencari rezeki rupanya ada jalan yang mudah dengan cara menjemput sendiri rezeki.  Sebelum ini terasa mencari rezeki adalah segalanya dalam hidup sehingga lu…

Bagaimana Hilangkan Ulser Mulut

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera
Dua tiga hari ni asyik tersasul jer bercakap.  Nak makan pun tak lalu.
Saya tergolong dalam kalangan manusia yang mudah mendapat penyakit ulser mulut.  Kadang-kadang disebabkan tergigit lidah atau bibir terus ia muncul.  
Sesetengah orang panggil Ulser mulut ni pecah mulut, atau paling mudah yang biasa kedengaran, sakit mulut.
Mungkin turun temurun dari abah yang juga sering mendapat penyakit yang sama.  Pernah juga bertanya dengan doktor dan farmasi kenapa ia berlaku? Salah satu faktor adalah kurangnya Vitamin B12, hormon tidak stabil atau tekanan tahap melampau.
Sakil ulser mulut ni jangan tanya lah, nak makan, nak bercakap pun susah.  Mungkin disebabkan banyak mengumpat orang kot.???
Selain ubat dari farmasi atau klinik, pelbagai petua dan kaedah untuk menghilangkannya.  Antaranya adalah:
1. Kumur air garam.
2. Sapu mentega.
3. Sapu ubat gigi.
4. Sapu madu Asli.
5. Minum air banyak-banyak.
6. Minum air 100 Plus.
Itu sahaja yang saya tahu.  Sebenarnya …

Selamat Penganti Baru Juliana & Hakimy

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera

Semalam saya berkesempatan menghadiri satu Majlis Perkahwinan sahabat di Pantai Cahaya Bulan, Kelantan. Rujuk entry disini.


Selamat Pengantin Baru Juliana & Hakim, Semoga ikatan yang terjalin tersemat sampai ke sorga.
"Cepat-cepat dapat anak"
Menariknya majlis perkahwinan di Kelantan adalah kesederhanaan masyarakatnya.  Ia tidak seperti majlis-majlis yang diadakan di Negeri kelahiran saya.  Cukup sekadar majlis kesyukuran sebagai hebahan kepada masyarakat. 
Walaupun tidak di nafikan ada juga majlis walimatulurus besar-besaran namun sangat jarang dijumpai.  Selama bermastautin disini, saya banyak hadir majlis kesyukuran.
Kaedah layan diri memudahkan pengunjung dengan hanya menggunakan pinggan dan cawan pakai buang.  Juga memudahkan urusetia.  Tiada persandingan dipertontonkan kepada khalayak, hanya bergambar didalam bilik yang bukan semua pengunjung boleh melihat.
Tiada kugiran dan muzik-muzik yang melalaikan.  Ianya diatur sangat rin…

Esok Tarikh Akhir Permohonan Ke Ijazah UiTM

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera
Sebenarnya Iklan Permohonan Online Program Ijazah Sarjana Muda/Penerapan/Profesional/PLK/SS Sesi Akademik 2 2012/2013 dah lama keluar.
Esok adalah hari terakhir penghantar borang permohonan.  
Sekarang semua urusan mudah kerana permohonan hanya di atas talian (online), melalinkan proses pembelian no. slipdimana pemohon perlu pergi sendiri ke Bank Simpanan Nasional.
Perhatian untuk calon lepasan STPM, MATRIKULASI KPM, ASASI UiTM & ASASI UM, DIPLOMA, DIPLOMA TAHUN AKHIR UiTM dan Setaraf.  Peluang untuk anda memohon masih lagi terbuka sehingga esok 31 Oktober 2012.
Perkara utama yang perlu diambil perhatian sebelum memohon adalah hanya calon Bumiputera sahaja yang layak memohon ke UiTM.  Maklumat lain permohonan adalah seperti dalam gambar rajah berikut atau lawati laman ini:

Kadar bayaran bagi pembelian no. slip bank berbeza mengikut peringkat program permohonan.  Jumlahnya boleh rujuk jadual dibawah. 
PASTIKAN! anda menyatakan peringkat Program y…

Percuma!

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera
Barang percuma kadang-kala lebih bernilai dari barang mewah.  Kerana ia suatu nikmat yang kita tak perasan.  Ia juga dipanggil rezeki tak disangka.  Semuanya dari Allah s.w.t.
“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”

Namun, ramai yang tidak bijak menghargai setiap yang percuma.  
Tidak boleh disalahkan sesiapa kerana ianya memang sifat semulajadi kita.  Lihat diri kita sendiri.  Renung, selami dan kenali dalam-dalam siapa diri kita.
Saya sendiri cuba mempelajari siapa diri ini.  Tiba-tiba teringat lagu nyanyian Dato' Shake "Anugerah dari Kegagalan" "Aku pelajari
Mengenali diri
Dan siapa kita
Yang sebenarnya
Di bumi Tuhan&quo…