Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 14, 2012

Mat Yo Menafikan Dirinya Rasuah!

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera
Saya sedang menonton perlawanan akhir Piala Malaysia di restoran depan UiTM.  Ramai peminat The Red Worrior berkumpul.  Yang berkeluarga pun turut serta. Ada sekumpulan anak muda sedang berborak.
Masing-masing punya cerita sambil menjadi pengulas sambilan Astro. Kedengaran salah seorang dari mereka menuduh Mat Yo rasuah selepas beberapa kali melepaskan beberapa peluang jaringan. Mungkin sekadar berborak. Tapi tidak kah ia tuduhan melulu? atau dinamakan fitnah?
~~~~
Seketika...tiba-tiba...
"Mat Yo!"
Orang yang sama menjerit nama orang yang difitnah selepas Mat Yo menjaringkan gol pertama untuk Kelantan.
Kelihatan kecil. Bahaya betul fitnah, boleh makan diri. Tak salahkan dia juga kan...?
Saya bukan peminat Mat Yo, juga bukan fanatik sangat The Red Worrior.  Sekadar menonton perlawan Akhir Piala Malaysia.
Menang dan kalah sudah pasti dalam sebuah pertandingan.  Keputusan akhir adalah matlamat, tetapi proses kearahnya adalah ujian.  Ia ada…

2 Peragut Mati Disembelih!

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera
2 peragut mati disembelih...

Pontian - 18/10/12, begitulah nasib malang kepada 2 peragut yang telah berjaya ditangkap oleh penduduk kampung kayu ara pasong, menurut saksi,hj manan jalil 48, salah seorang penduduk tempatan yang berang dengan kedua-dua peragut ini telah membawa keluar parang tajam yang berkilat lalu mahu menetak leher peragut itu...tapi sempat dihalang oleh jiran nya...namun ketika peragut itu ditangkap, pihak saksi mengatakan tidak ada apa2 barang yang berharga yang didapati pada peragut itu.
Salah seorang penduduk tempatan juga ketua kampung disitu pula yang berang pada peragut itu telah memerintah anak buahnya menyembelih kedua2 peragut ini,kaki2 peragut itu diikat...dengar takbir yang bergema...dia telah sembelih peragut tanpa rasa belas kasihan...darah menyembur keluar,orang tempatan tidak berani menghalang perbuat ketua kampung itu,kerana yang disembelih itu ialah  seeokor kambing dan sesekor lembu yang merag…

Samsung Galaxy Note 10.1 Yang Menawan Kalbu

SAMSUNG N8000 GALAXY NOTE 10.1Kenal ke laman web Sold.My? rasanya bagi yang gila barang-barang lelong pasti dah biasa bid di laman web ni selain di laman Lelong.my.
Agak menarik cara bid di Sold.my ni dimana kita perlu membeli token untuk melayakkan kita bid barang yang diingini.  
Ada produk terbaru sungguh mengiurkan.  Terutama manusia gila gadget seperti saya ni.  Samsung Galaxy Note. 10.1 yang baru.
Apa kelebihn produk terbaru dari Samsung ni? Jom tengok bawah atau layari sold.my
Baca juga artikel dulu,Tolong Jangan Beli Samsung Galaxy Note







Panduan Peperiksaan MUET

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Saya ingin berkongsi sesuatu yang berguna untu calon-calon peperiksaan MUET. 
Peperiksaan MUET ini adalah salah satu syarat terpenting bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah.  Walaupun keputusan STPM atau Diploma anda bangus tanpa MUET anda langsung tidak layak memohon ke peringkat seterusnya.

Walaupun ianya hanyalah syarat kemasukan, namun kewujudan peperiksaan MUET ini sangat penting kepada bakal pelajar Universiti.  Saya akui ianya amat membantu dalam meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris samada verbal atau kemahiran menulis.
Fakta:
Pada tahun 2009, seramai 164,446 calon telah menduduki peperiksaan MUET, tetapi malangnya, hanya 12% sahaja yang berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang (Band 6). Bakinya, memperolehi keputusan yang biasa-biasa sahaja dan kurang memuaskan.
Keputusan yang kurang memuaskan ini akan menyukarkan anda untuk memperolehi jurusan yang anda idamkan di Universiti. Keputusan untuk kenaikan pangkat di …

Bagaimana Orang yang Berjaya, Berjaya?

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera
Adakah anda perasan setiap  kejayaan seseorang pasti terdapat kesusahan yang telah mereka lalui.  Kadang kala mereka gagal dan kecundang berkali-kali sebelum mereka dilihat berjaya.  Dan kejayaan mereka itu dilihat dan dinilai dari kaca mata kita yang sekadar melihat penghujungnya sahaja.
Apakah rahsia mereka boleh melalui semuanya untuk mencapai kejayaan?  Bagi pendapat peribadi saya, daya tahan seseorang itulah yang membolehkan seseorang itu berjaya.  
Jangan dilihat kepada keputusan akhir sahaja, tetapi lihat bagaimana mereka boleh survive sehingga ke penghujung.  Salah satu penyebab untuk seseorang itu survive adalah motivasi.  Motivasi lah yang menggerakan seseorang untuk meneruskan perjalanan.



Inginkan Motivasi Diri Untuk Berjaya? Klik Disini!

Anda rasa diri anda masih belum berjaya? Anda rasa diri anda biasa-biasa sahaja? Anda rasa orang lain lebih hebat dari anda?...
Tahukah Anda? Dalam Diri Anda Terdapat Satu Kuasa "Superhero&qu…

Semua Blogger Wajib ada Akaun Paypal

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera

Anda tahu pasal Paypal?



Dulu saya tak ambil kisah sangat pasal akaun Paypal.  Saya lansung tak fikir nak buka akaun, sebabnya saya dah ada Cimbclikcs dan BIMB Internet Banking.

Saya ingat ianya hanya untuk peniaga online sahaja. 

Rupanya banyak kepentingan lagi akaun Paypal.  Jika anda ingin menjadi seorang blogger anda wajib memilikinya.  

Jika tidak, banyak perkara yang anda akan terlepas.

Antara sebab kenapa seorang perlu daftar akaun Paypal pertamanya kerana ia adalah percuma.  Tiada "setup fee" atau yuran tahunan.  Ianya berbayar apabila anda ingin memindahkan wang atau menerima bayaran sahaja.

Keduanya, kebanyakan sistem affiliate dan syarikat pengiklanan menggunakan Paypal sebagai medium pembayaran kepada blogger.  Tambahan syarikat dari luar negara.  Syarikat pengiklanan luar negara lebih bagus dari syarikat tempatan saya rasa.

Kaedah operasi mereka tidak bercanggah dengan syariat islam dan ianya halal. Mereka juga mampu menerima b…

Jaringan Cantik Piya | Kelantan VS Selanggor

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera

Semalam dalam sejarah saya menonton Liga Malaysia perlawanan antara Selangor dan Kelantan di restoran depan UiTM Machang bertemankan teh tarik.

Perlawanan yang sungguh dramatik dan aksi mendebarkan jantung.

Separuh masa pertama Selangor menguasai padang dengan aksi yang sugguh menarik.  Laju.

Masuk separuh masa kedua banyak babak-babak cemas dan drama swasta.  Aksi M.Ghaddar menyumbat goal sangat membimbangkan.  Jika beliau tidak berjaya menjaringkan goal dan Kelantan kalah pasti dia orang pertama yang akan dipersalahkan.  Namun, kelebihan yang beliau ada berjaya menambah agregat Kelantan menjadi 2-0.


Piya menambah derita selangor lagi dengan membuat jaringan tendangan percuma yang boleh dipuji. Cantik.

Jangan Download Filem Hantu Air

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera
Baru habis layan Filem melayu terbaru - Hantu Air.  Sebuah lagi filem tempatan yang menggunakan teknologi CGI (Computer Ganerated Imagery).  Mesti korang dah tengok lama dah kan?

Saya bukan peminat tegar filem, layan saja filem-filem menarik. Filem tempatan? Tak kisah sangat dari mana, tempatan atau antarabangsa. Yang penting ada pengisian berguna. Kadang kala filem antarabangsa menarik tapi apa pun tiada.

Ada juga filem tempatan yang bagus memberi input berguna dalam mendidik masyarakat.
Namun, dah jadi trend kot filem tempatan sekarang mesti berkait dengan hantu.  Lawak pun hantu, sedih pun hantu, cinta pun hantu.
Jika dulu hantu sekadar menjadi cerita orang melayu yang disampaikan dari generasi ke generasi, sekarang ia menjadi bintang dalam filem.


Balik kepada filem Hantu Air ni, keseluruhan cerita dikategorikan sebagai seram-seram lawak.  Lawak sebab kehadiran Saiful Apek.  Jalan cerita mudah nak faham walaupun ada babak yang tak…

Zaman Bertuhankan Gadget

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera
Perkembangan teknologi jika dikejar banyak lagi yang kita akan ketinggalan.  Kadangkala terfikir juga, Adakah teknologi untuk kita atau diri kita untuk teknologi?

"Zaman sekarang orang dah bertuhankan Gadget?" persoalan yang pernah saya dengar dari perbualan di sebuah kedai kopi? Ia diucapkan oleh seorang orang tua... hebat! dia mengetahui mana istilah gadget?

Betul ke? mungkin juga betul dari sudut pandangan orang yang mungkin tak familiar dengan teknologi canggih yang pesat berkembang.  

Mungkin juga tidak bagi yang memang saat kelahirannya teknologi telah banyak memudahkan kehidupannya.  Ia satu pandangan yang sangat subjektif untuk di pertikaikan.

Jika difikirkan berkali-kali, pandangan pakcik tersebut ada relevennya.  Jika pemerhatian dibuat kepada generasi belia dan muda, pergantungan terhadap gadget seolah-oleh barang keperluan.  Kemana saja gadget tak lepas ditangan.

Tambah-tambah yang sumber pendapatan memang terus dari gadget. …