Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 7, 2012

Tips Istimewa dan Mudah Menulis Entry Blog Lebih Islamik

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera
Jika anda cari melalui enjin carian bagaimana mengelakkan kekeringan idea untuk menulis entry blog terlalu banyak kaedah yang disarankan.
Berkesan atau tidak kaedah yang dicadangkan bergantung kepada kesesuaian individu. 
Tetapi jarang kita jumpa kaedah menulis entry blog yang islamik sesuai dengan orang islam.  Saya rasa tips ini yang pertama saya jumpa.  Tahniah kepada penulis blog yang telah berjaya memberi saya inspirasi untuk terus menerus publish post di blog ini.
Semuanya ada 6 tips penting yang beliau kongsikan.  Untuk penjelasan lanjut setiap tips boleh terus ke blog beliau:  addahif.com Jadikan Menulis Sebagai IbadahSuasana MenulisKetepikan 'apa orang kata', selagi kita tulis itu kebaikanKurangkan penggunaan simbol, dan singkatan perkataanIstiqamah dan praktikkan apa yang kita tulisTambah pembacaan,dan perhatikan gaya penulisan Laman blog asal: addahif.com


Red Giant Vs The Red Worrior | Menantikan Keputusan Penuh Pialan Malaysia 2012 Kelantan VS Selangor

Red Giant Vs The Red Worrior | Menantikan Keputusan Penuh Pialan Malaysia 2012 Kelantan VS Selangor Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera
Debaran sungguh terasa, Sorakan bersambung sorakan, Dua Merah beradu mantera, Kalau Menang ada harapan nak cuti sakan....
Lokasi~Restoran G-mart depan UiTM Machang, Kelantan Tiada karangan panjang berjela.. Biarkan saja gambar berbicara... (Terjumpa gambar ni dalam dalamFB tadi)So? Kredit gambar: Facebook.com
Sedang menantikan keputusan perlawanan Separuh Akhir antara Kelantan dan Selangor sambil ber temankan laptop dan secawan horlick panas...
Agak-agak saya sokong yang mana?

Tips Sebelum Tidur | Soalan Bocor Untuk ACC106 | Mat Accounting

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera

Entry kali ini masih lagi khusus buat pelajar-pelajar UiTM Cawangan Kelantan yang akan menduduki peperiksaan esok pagi bagi subjek ACC106.

Sebelum tidur, ada tips istimewa khas dari Mat Accounting.  Soalan Bocor Untuk subjek ACC106.



Siapa Mat Accounting?

Rujuk artikel/tips-tips sebelum ini.  Semoga ianya bermanfaat.  Semoga Mat Accounting sentiasa dirahmati Allah diatas sumbangan beliau untuk anda semua.

Boleh atau Tidak Peperiksaan Dihapuskan?

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera
Sebut saja perkataan peperiksaan dah terasa tekanan. 

Bagi yang masuk ke Pra-Sekolah sebelum Sekolah Rendah lagi kita terpaksa berhadapan dengan Peperiksaan.
Kemudian, bermula dengan UPSR, PMR, SPM, SIJIL, DIPLOMA, IJAZAH, SARJANA, PhD dan banyak lagi peperiksaan lain termasuk Ujian Memandu kita seolah-olah tidak boleh tidak semua mesti menghadapinya jika kita rakyat Malaysia. Ia adalah sistem di negara kita.
Melainkan bagi yang tidak bersekolah atau orang yang tinggal di dalam hutan jauh di pedalaman.
Dari sudut pandangan mata kasar ia kelihatan menyusahkan.  Manusia yang bodoh seperti saya selalu berfikir begini.. Boleh ke peperiksaan dihapuskan? 
Kenapa perlu adanya peperiksaan? Cukuplah sekadar menuntu ilmu dan aplikasinya dalam kehidupan.  Bukankah hidup tanpa peperiksaan lebih baik?  Perasaan menjadi lebih tenang... tiada tekanan.

Tapi....
Cuba anda bayangkan sendiri jika semua peperiksaan dihapuskan... Tiada lagi UPSR, PMR, SPM, Sijil, Diplom…

Smartphone Murah Android S3 | RM799

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera
Seperti Huawei dan CSL sebuah lagi syarikat telekomunikasi dari Malaysia telah BM MOBILE semakin berkembang maju. Saya pernah menggunakan satu produk Huawei suatu ketika dulu, sangat puas hati.  Walaupun ada yang
Saya tertarik dengan satu produk dari syarikat dah telah mencuba sendiri.  Dengan kelajuan prosesor 1.4ghz ia mampu bersaing dengan produk terkenal seperti Samsung Galaxy S2 yang hanya mempunyai kelajuan 1.2ghz.
Mula-mula ingatkan betul-betul Samsung Galaxy S3 rupanya produk syarikat Malaysia.  Rekabentuk memang tak tumpah dengan dengan produk baru Samsung Galaxsy S3. 
Jangan pandang sebelah mata, kerana selepas mencuba tiba-tiba ingin "letgo" jer Samsung Galaxy S W.  Harga memang jauh beza lah... jika dibandingkan dengan dua peranti ini.  Dari sudut kelajuan Samsung Galaxy S W memang jauh ketinggalan.
Mungkin kesan kepada Samsung yang copy dari Apple, lebih banyak lagi syarikat yang copy dari mereka.  Malah lebih terbaik.
Nak …

Tips Malam Jumaat Percuma Untuk Calon Peperiksaan ACC106 Esok | Mat Accounting

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera

Dah banyak hari saudara Mat Accounting tak muncul dalam group Rakan Hea UiTM Cawangan Kelantan (RHUCK).  Mungkin beliau sibuk rasanya. Terasa kurang meriah.... 

Tiba-tiba beliau posting dalam group RHUCK malam ni.  Pelik, kemunculan beliau pasti di malam jumaat?

Sungguh misteri...

Bagi yang terlepas tips dari Mat Accounting rujuk perkongsian beliau dalam artikel Tips Peperiksaan Percuma Malam Jumaat | Oleh Mat Accounting dan Tips Kaedah Meniru dari Mat Accounting.

~~~~~

Semalam, hari rabu saya melawat rumah PM Hassan Hussin Ketua Pusat Pengajian (KPP) Fakulti Perakaunan.  Beliau baru kematian isteri tercinta.  Semua urusan selesai.

Sama-sama kita hadiahkan surah Al-Fatihah untuk arwah.  Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang soleh.

~~~~~ 

Balik kepada cerita Mat Accounting.  

Tips malam jumaat ni khusus buat pelajar perakaunan untuk kursus ACC106 supaya tak blank semasa menjawab peperiksaan. 


Mat Accounting Salam... Best of luck utk paper A…

Pesanan Buat Pelajar Yang Suka Belajar Berkumpulan

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera
Ada 4 orang pelajar berkumpul.  Mereka semua mempunyai matlamat yang sama iaitu ingin ulangkaji pelajaran secara berkumpulan.  Salah seorang dari mereka membawa bersama "Laptop".  
Mereka sepakat untuk berbincang mengenai satu topik yang masing-masing telah mengulangkaji lebih awal sehari sebelum pertemuan.  Topik tersebut telah dibahagikan kepada empat bahagian dan masing-masing mempunyai bahagian untuk dibentangkan.
Seorang ketua bagi kumpulan tersebut yang telah dilantik memulakan perbincangan dengan membentangkan bahagian pertama.  Semua berjalan dengan lancar dan semua ahli kumpulan faham selepas beberapa sesi soal jawab.
Seterusnya, bahagian kedua pula dibentangkan oleh ahli seterusnya.  Beliau membekalkan nota kecil yang telah diringkaskan untuk semua ahli kumpulan. Ia lebih memudahkan kerana ahli kumpulan yang lain mempunyai rujukan ringkas tanpa perlu membuat salinan.  Kalau ada pun hanya nota tambahan.
Giliran ahli ketiga pula.…

Bagaimana Mengatasi Sikap Malas Study?

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera
"Tomorrow is the only day in the year that appelas to a lazy man." - Jimmy Lyons Bagi saya malas adalah penyakit yang dimiliki setiap individu.  Tak perlu dihuraikan lagi kerana penyakit ini sekarang pun masih menyelubungi diri kita.   Kadang kala ia turun kadang kala ia meningkat.
Siapa yang rasa dirinya rajin setiap masa? Saya membaca sebuah buku motivasi yang bertajuk MAP - (Motivasi Alihan Pelajar) untuk pelajar-pelajar sekolah karangan Tengku Asmadi.  Saya tertarik dengan satu isu yang penulis bincangkan dan terasa ingin kongsikan bersama anda dalam bab 20 iaitu malas. 
Beliau ada menulis dalam buku tersebut bahawa "Dalam dunia ini tiada pelajar yang pandai ataupun bodoh.  Cuma ada pelajar rajin ataupun malas.  Malas adalah sikap kebanyakan pelajar yang menyebabkan mereka menangguh kerja dan membuat ulang kaji pada saat akhir." - Tengku Asmadi (Buku Motivasi Alihan Pelajar m/s: 179.)
Dalam bab 20 tersebut beliau kongsikan 1…

Tips Menjawab Soalan Esei - Final Exam

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera
Sebelum tidur saya meluangkan sedikit masa untuk membaca. Saya tidak mengira sumbur bahan bacaan, yang penting ianya bermanfaat.  Paling tidak saya akan membaca berita online.  
Nampak seperti hipokrit bukan?  Betul ke saya mempraktikkannya?
Realitinya ia sudah menjadi tabiat darah daging sejak saya masih kecil. Ia bermula dengan membaca komik dalam kelambu kerana ibu bapa saya menghalang membaca komik jika tidak menelaah buku pelajaran sehinggalah kepada buku-buku yang lebih berat sampai sekarang.
Zaman sekarang sumber bacaan sangat mudah, hanya menggunakan telefon sahaja.  Tetapi perasaan membaca buku fizikal lebih melekat dijiwa.  
Kegemaran saya sekarang adalah membaca blog kerana banyak maklumat terkini dan berguna disajikan walaupun tidak dinafikan ada blog yang memberi maklumat negatif.  Tetapi ia bergantung kepada diri sendiri untuk memilih dan menilai blog mana yang sesuai.  Terutama pelajar universiti yang lebih matang dan berpendidikan.…

PPZ Menawarkan Galaxy Tab 10.1 & The New iPad PERCUMA

PPZ Menawarkan Galaxy Tab 10.1 & The New iPad PERCUMA Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,


PPZ atau Pusat Pungutan Zakat menawarkan Samsung Galaxy Tab 10.1 dan The New iPad percuma kepada pengunjung facebook mereka yang memberikan komen terbaik.
Jom terjah : Facebook Pusat Pungutan Zakat 
Dah ada beberapa pemenang.  Senang sangat, hanya komen yang bermanfaat dan dapat hadiah.  Tahniah kepada pusat pungutan zakat yang telah berubah wajah.  Lebih mesra pelanggan.  


Ramai sikit yang nak bayar zakat dan lebih ramai rakyat yang kurang kemampuan terbela.  Jom sama-sama kita menyumbangkan zakat.  Sekarang dah boleh bayar online.  Rujuk laman web mereka: Pusat Pungutan Zakat.

Tips Study Minit-minit terakhir Sebelum Exam

Tips Study Minit-minit terakhir Sebelum ExamAssalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,
*Entry ini khusus buat pelajar-pelajar yang sedang berperang dengan peperiksaan.
Perkara paling bahaya sebagai seorang pelajar adalah tidak merancang.  Jika anda gagal merancang tidak berguna otak yang bijak walaupun dapat straight A masa SPM.
Berapa ramai pelajar yang kecundang di Universti yang asalnya seorang pelajar contoh semasa di sekolah? 
Pesanan guru saya, jangan study last minutes.  Tapi kalau sekarang baru sedar, masih ada masa sebelum hari peperiksaan.

Berikut beberapa tips bagi yang dah terlewat: Gunakan masa untuk buat semakan subjek dengan berkesan dengan menyediakan jadual ulangkaji.  Kesannya tiada jadual - anda hanya berfikir untuk ulangkaji tetapi malam sebelum paper baru nak kalut.
Gunakan tekanan sebagai senjata untuk bangun malam.  Kadang-kala bila kita berasa stress, ia akan meningkatkan tahap motivasi.  Jangan jadikan tekanan sebagai punca untuk anda tidak study.
Senaraikan topik…