Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 5, 2012

Kadar Zakat Fitrah 2012 / 1433H bagi Seluruh Negeri di Malaysia

Kadar Zakat Fitrah 2012 / 1433H bagi Seluruh Negeri di Malaysia Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,
Rujuk Penerangan Terperinci Zakat fitra di sini.
Pengertian Zakat Fitrah Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Pengertian Zakat Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah: Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan. Berikut adalah Kadar Zakat Fitrah 2012 / 1433H bagi Seluruh Negeri di Malaysia.


Sumber: forblogger

Korang Dah Bayar Zakat? Penjelasan Tentang Zakat dari Lembaga Zakat Selangor

Korang Dah Bayar Zakat? Penjelasan Tentang Zakat dari Lembaga Zakat Selangor Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera
Korang dah bayar zakat fitrah 2012... cepat-cepat lah bayar... Korang faham ke erti sebenar Zakat Fitrah ni?

Jom dengar dulu penjelasan pasal zakat  dari Lembaga Zakat Selangor.. Penerangan ini berdasarkan Mazhab Imam Syafie....
Semoga perkongsian video ini memberi ilmu dan bermanfaat untuk semua.
p/s:  Barulah faham... tidaklah main bayar jer.. Waktu paling afdal bayar zakat fitrah rupanya pagi 1 Syawal sehingga solat sunat aidilfitri... dan lepas solat sunat aidilfitri masih lagi boleh bayar sehingga terbenam matahari 1 Syawal... tetapi makruh... lepas tu haram...

untuk penjelasan lebih lanjut boleh rujuk terus ke laman rasmi Lembaga Zakat Selangor.

Apesal Buat Hal Lagi | Tidak Di Benarkan Ping Entry? | Pencerahan Kak Kujie2.com

Apesal Buat Hal Lagi | Tidak Di Benarkan Ping Entry?
Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,
Ping Aggregator terhangat di Malaysia Apesal.com buat hal lagi dengan blog Saljuhumairah.  Diorang dah tak benarkan lagi saya ping entry kat sana.
Panass..... Panass... Panasss...
Sebelum ini saya pernah post entry tentang email AMARAN dari Apesal.com.  
Sebab apa? baca sini.
Siap admin Apesal.com datang komen lagi kat entry tersebut.

Bangga sekejap... 
Sebab pemenang anugerah juara kategori Best Social Media Icon of the Year – International dan calon finalist untuk kategori Social Media Champion of the Year pada majlis Malaysia Social Media Week (MSMW) 2012) datang komen di blog picisan ni.
Kali diorang buat hal pulak... 
Dah tak boleh Ping kat blog mereka dah...
Apa salah saya???

Rupanya Exchange Ratio blog ni dah melebihi quota 300%.  Maknanya tak boleh ping entry selagi ratio tidak menurun.....
Ingatkan apalah yang tak kena...
Selepas baca  entry pasal tips menurunkan ratio di blo…

Transformasi Nuffnang 2012 | Penonjolan Imej Korporat Nuffnang

Transformasi Nuffnang 2012 | Penonjolan Imej Korporat Nuffnang Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,
Selaras dengan Plan Transformasi Negara, Nuffnang - Syarikat Pengiklanan Online Asia juga turut berubah menjadi transformers.  Hehe...
Bagi blogger yang yang menggunakan perkhidmatan nuffnang dalam menjana pendapatan mesti dah perasan transformasi ni... baca di sini.
Layout nuffang dah berubahlah... baru perasa pagi ni.  Ada mesyuarat hari ini langsung tak sempat nak login nuffnang.  Ingatkan tersalah masuk, rupanya ada cerita baru di Nuffnang...
Tahniah! diatas perubahan ini.  Lebih ringan dan nampak lebih cantik.. Bukannya nak puji lebih-lebih sebab nak BE. Tapi sebab dah bosan dengan design lama yang warna biru tu....
Design baru ni kelihat ringkas, tersusun dan penuh bergaya... "penonjolan imej korporat nuffnang"

Semoga terus berkembang lagi...


Nuffnang Analytic pun cantik dan kemas... Alhamdulillah, saljuhumairah masih bertahan > 1,000 sehari untuk mingg…

Iklan Raya Pilihan Saljuhumairah #2 Raya TV3 2007 Unseen Version

Iklan Raya Pilihan Saljuhumairah #2 Raya TV3 2007 Unseen Version Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,
Kehangatan sambutan Aidilfitri dah semakin terasa. Di pejabat, hiasan lampu dan kad raya sudah dipamerkan. Ada kakitangan yang dah mula menyiapkan kueh-kueh dan biskut-biskut raya. 
Ramai juga yang berkongsi resepi kegemaran masing-masing dan berkira-kira budget untuk menukar duit raya di bank.  Tambah-tambah wang kertas baru diperkenalkan.  Saya dah tukar..semua duit baru... cukup-cukup ikut kemampuan. Takut nanti tak sempat...
Tak kan nak hulur RM50 sekeping sorang untuk anak-anak saudara... maklumlah keluarga dah semakin membesar... lepas raya mula lah makan mee maggi....
Lagu-lagu raya tak berhenti didendangkan di komputer dan ada yang mengambil kesempatan berniaga.  Semoga mendapat rezeki yang berkat di bulan mulia ini.
~~~~~
Dalam kesibukan melakukan persediaan, jangan lupa kita dah menghampiri fasa ketiga ramadhan.  Jangan ada yang lalai. 
Amalan-amalan yang sebelum in…

Salam Nuzul Quran | Petua Keluarga Bahagia

Salam Nuzul Quran | Petua Keluarga Bahagia Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,

Nuzul Al-Quran Hari ini adalah cuti umum bagi negeri Kelantan dan beberapa negeri yang lain sempena Nuzul Quran.  
Bagi negeri-negeri yang tidak bercuti selamat bekerja sebab korang dah cuti hari pertama Ramadhan dulu kan.    Saya menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga seharian.  Kalau pergi shoping, mesti jem teruk di jalan raya dan di kaunter pembayaran shoping kompleks...

Bukan senang nak dapat peluang begini, main dengan anak yang dah tumbuh 4 batang gigi.  Mesti dia marah bila saya asyik bekerja.

Lapangnya dada, langsung tiada gangguan dari masalah kerja.
Nuzul Al-Quran bagi saya adalah hari bagi memperingati bahawan Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan.  Secara jelasnya dan terperinci anda boleh rujuk di sini (Sejarah Al-Quran) Tazkirah Ramadhan
Nak kongsi sikit info yang saya dapat baru-baru ni.

Perkongsian ini bukan sebab saya seorang yang baik sangat, tapi rasa ingin jadi b…

Overload Mencinta Manusia | Indahnya Bercinta Lepas Akad

Overload Mencinta | Indahnya Bercinta Lepas Akad Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,


Kita telah diasuh oleh orang tua sejak kecil lagi supaya bersederhana dalam apa jua perkara.  Berlebih-lebihan akan mengakibatkan bencana keatas diri sendiri dan orang lain.  Banyak kisah-kisah orang yang berlebih-lebihan yang sengsara dalam kehidupannya.  
Contohnya, pengidap penyakit obesiti adalah berpunca dari kaedah pemakan yang berlebih-lebihan.  Lebih gula, lebih lemak, lebih garam, lebih protein, dan macam-macam lagi.
Dalam hal bercinta saya telah menghadkan diri saya supaya tidak terlalu extreme.  Sejak awal perkenalan dengan bakal isteri saya telah meyiksa beliau dengan kelakuan pelik yang merisaukan beliau sehingga peringkat pertunangan. Kami kenal, tetapi berlaku tarik tali. Kenal yang tidak betul-betul kenal.  Kami kawan tetapi tidak betul kawan.  Masing-masing play safe kerana takut terlebih memberi.
Tak perlulah saya cerita berlebih-lebihan di sini cukup sekadar yang say…

Iklan Raya Pilihan Saljuhumairah #1 Permintaan Terakhir

Iklan Raya Pilihan Saljuhumairah #1 Permintaan Terakhir Assalamulaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,
Selain dendangan lagu-lagu raya dicorong radio, iklan raya juga dapat mengimbau nostalgia sambutan aidilfitri. Ingat lagi tak iklan raya 7 adik beradik sedang membuat persiapa raya pergi membeli daging pesanan ibu mereka.  Semua gerai menjual daging kehabisan stok sehingga mereka kebuntuan.  Akhirnya mereka membawa pulang seekor lembu (sapi) menaiki rakit sehinggakan ibu mereka pengsan di jeti.
Iklan burung murai pun menarik, dimana ia cuba menggambarkan pengorbanan seorang ayah yang membesarkan anak.  Sabar dengan kerenah soalan anak, "burung apa tu ayah?" "burung murai..." jawab si ayah berkali-kali bila ditanya soalan yang sama.
Iklan raya TNB agak lucu dimana gelagat seorang yang sedang memarut kelapa mengguna mesin sambil memakai helmet seolah-olah sedang menunggang motosikal. Unik.
Dan.. banyak lagi..
Semua iklan yang dihasilkan mempunyai makna tersirat …

Emas Pertama Harapan Malaysia | Sukan Badminton Olimpik 2012 | Datuk Lee Chong Wei

Emas Pertama Harapan Malaysia | Sukan Badminton Olimpik 2012 | Datuk Lee Chong WeiAssalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,
"Datuk Lee Chong Wei mengesahkan tempat ke Final Badminton Sukan Olimpik 2012 setelah berjaya menewaskan Chen Long, pemain badminton dari China dalam aksi separuh akhir Badminton Sukan Olimpik 2012.

Chong Wei mengambil masa 54 minit untuk melakarkan kemenangan 21-13, 21-14 ke atas lawannya itu dan akan menentang pemain nombor satu dunia Lin Dan dari China pada perlawanan akhir nanti."


Walaupun dah terlewat saya nak ambil kesempatan jugak nak ucapkan tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei diatas kemenangan separuh akhir bagi melayakkan diri berjuang memburu pingat emas pertama untuk Malaysia dalam Sukan Badminton Olimpik 2012.
Jom sama-sama kalau berkesempatan menonton perlawanan akhir beliau bertemu LIN Dan esok jam 8.00 malam waktu Malaysia. Bagi kaum hawa boleh la tengok... Lepas tarawih baru dapat tahu keputusan. Jangan tak pergi tarawih sudah…