Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 29, 2012

Juadah Berbuka Ala Kampung+Jepun+Thailand+Arab

Ikan Kembung Masak Sambal, Sawi Jepun Rebus, Daging Masak Halia dan Teh Rebus Kashmir Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera, (Entry Istimewa untuk My Beloved Wife)
Alhamdulillah, tahun ini Allah tidak membiarkan saya berpuasa keseorangan.
Hari minggu adalah hari paling bahagia dari sudut tafsiran kehidupan saya sekarang.  Hari yang saya tunggu-tunggu.  
Suami isteri yang bejawatan adatnya memang tiada kesempatan untuk memasak dirumah.  Tambahan bagi kami yang tak sampai dua (2) tahun berkahwin dan masih belum berpengalaman bekerja.  Semua benda baru bagi kami antara kerjaya dan keluarga.
Kesibukan bekerja, out station, mesyuarat, masalah staf, kerja yang tak habis, kena marah dengan bos dan lain-lain lagi di pejabat.
Manakala di rumah, nak jaga anak, kemas rumah, kereta dua buah, cuti nak balik kampung (Kelantan - Perak - Kedah), hantar pengasuh, belajar memahami perasaaan dan lain-lain.
Bila nak masak kan? 
Tapi Alhamdulillah, saya mempunyai isteri yang sentiasa belajar mema…

Abby Abadi Jawab Isu "Norman Pegang Bahu"

Abby Abadi Jawab Isu "Norman Pegang Bahu" Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera.
Seronok juga ikuti perkembangan kisah Abby Abadi yang semakin hangat dibincangkan hingga masuk surat khabar. Selepas heboh berita yang di terbitkan oleh mStar Portal bahawa Abby Abadi telah berbaik semula dengan bekas suaminya Norman Hakim dan Memey, timbul pula isu Norman pegang bahu bekas isterinya Abby Abady semasa bergambar bersama memey. Baca entry sebelum ini
Nampaknya ramai peminat Abby Abadi yang mahu beliau terus jadi baik.  Bersyukurlah Abby kerana Dia menegur melalui orang ramai.
p/s: Setiap kejadian yang berlaku sekeliling kita pasti ada hikmahnya untuk difikirkan bersama bagi mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.  Kadang kala ia berlaku adalah untuk memberi ilmu kepada orang lain bagi yang mahu berfikir dengan hati yang dalam.  Pelik juga kenapa ada yang pertikai itu atau ini, sedangkan dia tidak mengambil ia sebagai pengajaran.
Pesanan ini untuk diri sendiri ju…

Awas! AMARAN dari Apesal.Com

Email AMARAN dari Apesal.Com Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,
Pagi-pagi lagi smartphone berbunyi.  Ingatkan masuk SMS, rupanya email. autoresponder mana lah yang hantar email pagi-pagi.
Tengok-tengok email AMARAN dari portal ping blog terkenal apesal.com. Tak perasan semalam ada terlepas ping satu entry yang berunsur traffik dan SEO. Rujuk di sini kalau nak tengok entry tersebut. Memang jelas-jelas email tersebut saya ada masukan traffik dan SEO. Lupalah pulak.

Sory to admin Apesal.com.  Apa-apa pun nak ucapkan TAHNIAH kepada team Apesal.com kerana bertinda cepat.  Ini menunjukkan respond mereka sangat cepat. Saya akan terus setia dengan Apesal.com yang menyumbang banyak traffik ke blog ni.
So, pengajarannya berhati-hati sebelum ping entry anda ke Apesal.com. Buruk padahnya kalau anda melanggar peraturan ini - AMARAN dari Apesal.com. Nak tengok contoh entry yang kena reject boleh pergi ke entry ini ye: Rahsia Traffik 12,436 Uniques View Sehari

Post anda di Apesal.com…

Kenapa Kebanyakan Lagu Raya Bertemakan Kesedihan?

Kenapa Kebanyakan Lagu Raya Bertemakan Kesedihan?Betul ke? Sekadar pendapat peribadi, lagu raya yang mendayu-dayu sehingga tangkap nangis biasanya di dengar sebelum raya. Pada hari raya dah kurang lagu sedih, banyak lagu yang menggembirakan. Masa sebelum raya lebih banyak untuk mendendangkan lagu raya khas buat perantau.
Contohnya lagu Pulanglah-Aishah. Dendang Perantau-P.Ramlee. Dari Jauh Ku Pohon Maaf-Sudirman. Dan banyak lagi lagu-lagu sedih.  Biasanya orang yang tinggal berjauhan dengan keluarga. Memang sedih kalau dihayati liriknya. Hanya perantau yang betul-betul faham lagu-lagu ni terutama bila dimainkan dalam kereta semasa memandu pulang ke kampung. Memang best.  Nak menangis pun ada.
Contoh lagu gembira Warna-warni Aidilfitri. Suasana Hari Raya. Indahnya Beraya di Desa. Sesuci Lebaran.  Semuanya lagu gembira bagi meraikan kemenangan. Indahnya raya penuh nostalgia bila mendengar lagu-lagu gembira ni... Tapi kadang-kadang tetap terasa sedih walaupun iramanya gembira. Tambah-tamba…

Kisah Sebenar Di Sebalik Pertemuan Abby Abadi, Memey dan Norman Hakim

Kisah Sebenar Di Sebalik Pertemuan Abby Abadi, Memey dan Norman Hakim Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,
Hidup kita ada turun ada naik.  Ada suka ada Duka.  Kisah Abby Abadi dan Memey telah berbaik tersebar dengan meluas di blog-blog.  Saya sendiri telah menerbitkan satu entry yang memaparkan gambar-gambar mereka bersama.  Rujuk sini.
Kisah sebenar pertemuan mereka telah diterbikan oleh mStar Online. Baru lah tahu macam mana perkara ini terjadi.  Semoga kebahagian yang mereka rasa berterusan sampai ke syurga. 
p/s: Rasa bahagia melihat kebahagian orang lain.
Norman Hakim Sebak Lihat Memey & Abby Berpelukan  Oleh FERIDE HIKMET ATAK (feride@thestar.com.my)
PETALING JAYA: Insiden Memey Suhaiza dan Abby Abadi berpelukan sambil menangis merupakan saat paling bermakna apabila kedua-dua mereka mahu menamatkan persengketaan yang terjadi selama ini.
Norman Hakim berkata, peristiwa itu berlaku ketika dia bersama isterinya, Memey mahu mengambil anak-anak yang b…

Rahsia Traffik 12,436 Uniques View Sehari

Rahsia Traffik 12,436 Uniques View Sehari Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,
Salam Ramadhan semua.  Alhamdulillah, kita masih lagi bernafas menikmati bulan mulia ini.  Hari ini adalah hari minggu bagi Negeri Kelantan. Ada masa nak berehat sambil belek-belek blog yang dah seminggu berhabuk.
Entry ini bukanlah bertujuan untuk berbangga atau menunjuk-nujuk.  Tetapi cukup sekadar untuk berkongsi traffik yang secara tiba-tiba melonjak untuk kita sama-sama berfikir untuk terus maju di dalam penulisan blog.
Bagi blogger biasa seperti saya, traffik pengunjung merupakan perkara yang sangat penting dalam meningkatkan motivasi untuk terus menulis.  Dengan melihat statistik pengunjung setiap hari, perasaan untuk buat entry muncul.  Tetapi kalau traffik menurun mula perasaan malas pula berganti.
Berbanding blogger otai "fulltime blogger" yang dah berpengalaman, traffik adalah perkara kedua bagi mereka.  Kerana, mereka lebih fokus untuk berniaga.
Berdasarkan Nuffnang Anal…

"Kuasa Allah mengatasi segalanya" - Ucap Abby Abadi dalam Twitternya

"Kuasa Allah mengatasi segalanya" - Ucap Abby Abadi dalam Twitternya - Gambar Abby Abbadi berbuka puasa bersama norman hakim, memey dan anak-anaknya. Entry ini bersumberkan dari Blog Bulan Purnam. Alhamdulillah, masa blogwalking tadi seronok baca Blog Bulan Purnama. Khabarnya terkini dari blog tersebut Abby Abadi berbuka puasa bersama Norman Hakim, Memey dan anak-anak mereka.  Beliau juga sempat solat maghrib secara jamaah berimamkan Norman Hakim.  Boleh baca disini.
Saya ingin kongsikan gambar-gambar dari Blog Bulan Purnama yang memaparkan mereka bahagia berbuka puasa bersama-sama.  Semoga mereka bahagia. Mari kita doakan yang terbaik untuk mereka.

Tak Kenal Maka Tak Cinta | Korang Kenal?

Tak Kenal Maka Tak Cinta Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,
Semalam saya lihat bulan purnama mengambang penuh.  Sangat cantik.  Malam yang gelap bercahaya disinari cahaya bulan yang dipantulkan dari matahari. Sedar tak sedar, ramadhan sudah menghampiri pertengahan.  Bermakna, kita telah habis fasa pertama ramadhan dan berada dalam fasa yang kedua.  Semoga amalan-amalan kita diterima oleh Nya.
Entry kali ini saya ingin berkongsi senaskah buku digital. Perasan tak iklan banner yang dipaparkan diatas dan disebelan kanan blog ini. Tak Kenal Maka Tak Cinta - Tips Menguasai Komunikasi Berkesan. Sebuah buku motivasi yang dihasilkan oleh pendakwah terkenal di kalangan blogger melalui media baru - Abu Saif.  Blog beliau saifulislam.com sangat dekat dengan pelayar-pelajar internet.  


Sebelum ini beliau telah menghasilkan 8 buah buku fizikal yang menjadi best seller.  Salah satu buku beliau yang sangat terkenal adalah Aku Terima Nikahnya.  Buku baru ini merupakan buku pertama yang di…

Majlis Penyerahan Buah Kurma UiTM Cawangan Kelantan

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,Dua hari sebelum puasa UiTM Cawangan Kelantan telah mengadakan majlis penyerahan buah kurma kepada semua kakitangan. Ia adalah sumbangan dari pihak pengurusan kepada kakitangan yang majoritinya beragama islam. Majlis ini adalah sebagai simbolik kepada sambutan persediaan kehadiran bulan yang penuh berkat.  Kelihatan ia sebuah majlis ringkas yang sepatutnya tak perlu majlis yang besar.  Namun, kesannya sangat besar dalam mengingatkan semua kakitangan yang bulan ramadhan telah datang menyapa.  Sedikit tazkirah ringkas telah diberikan oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, Ust Zul.  Semoga program sebegini sentiasa dianjurkan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim. InsyaAllah.
Published with Blogger-droid v2.0.6

Latihan Kebakaran Kolej Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Kelantan

Latihan Kebakaran Kolej Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Kelantan "Api!.. Api! Api!..." Tiba-tiba tepat jam 2:26 a.m. suasana sunyi dikejutkan dengan jeritan suara api dari sistem pembesar suara kolej kediaman Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Kelantan.
Seluruh kolej menjadi gelap kerana terputus bekalan elektrik.  Bunyi letupan bom sebanyak lima (5) kali yang sangat dasyat membingitkan telinga.
Asap tebal menyelubungi kolej.  Pelajar-pelajar bergegas keluar dari bilik masing-masing menuju keluar dari kawasan kolej.  Semuanya dalam keadaan kalut. 
Lebih kurang 10 minit, siren bomba kedengaran.  Sekumpulan anggota bomba turun dari trak bomba dengan kelengkapan pemadam api.  
Tak sampai 20 minit susana kolej menjadi tenang.  Suasan menjadi riuh di kawasan pengumpulan pelajar.  Pelbagai gaya pelajar yang berkumpul.  Ada yang sekadar bersinglet, berseluar pendek, berkain pelikat, mendengar lagu dari earphone handset dan macam-macam style.
Saya berdiri memerhati apa yang sedang b…

Cerita Lawak | Seorang Nyonya

Cerita Lawak | Seorang Nyonya Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,

Di saat tekanan kerja yang melampau anda pernah tak terima email berantai yang di Forward orang rakan sekerja?  Kadang-kadang email yang menambah ruang penyimpanan inbox email anda menyebabkan tekanan semakin bertambah.  Tetapi kadang kala ada juga email yang mencuit hati sehingga membuatkan anda tersenyum seorang diri.  Hilang seketika tekanan.  Boleh sambung semula kerja dengan tenang selepas baca email tersebut.

Hari ini saya ingin berkongsi cerita yang di hantar oleh seorang rakan sekerja yang sedikit mencuti hati.  Ini adalah salah satu sahaja, Saya ada banyak lagi email sebegini yang saya simpan untuk dibaca saat tekanan melanda jiwa.  Terima kasih kepada yang sudi berkongsi dalam email.


Suatu hari, seorang nyonya bernama Nyonya Mei Lee datang ke KL buat kali pertama selepas menang loteri.  Beliau ‘check-in’ disebuah hotel mewah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik penginapan Nyonya Mei…

LAGU RAYA TERBAIK SEPANJANG ZAMAN #1 | PULANGLAH - AISHAH

LAGU RAYA TERBAIK SEPANJANG ZAMAN #1 | PULANGLAH - AISHAHAssalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,
Belum sampai separuh ramadhan dah ada yang pasang lagu raya.  Itulah hakikat masyarakat kita zaman sekarang.  Kalau sebelum ini, radio akan mula memperdengarkan lagu raya bermula 15 ramadhan berdasarkan permintaan ramai dan carta lagu terkini.  Tetapi, sewaktu saya melewati 7Eleven Bandar Machang ada gerai yang memasang sebuah lagu raya yang meruntun jiwa.
Walaupun tak berapa suka orang raya sebelum waktunya, lagu yang dimainkan betul-betul menyentuh perasaan.  Mungkin lagu ini mengimbau nostalgia dan mungkin juga saya berada diperantauan jauh dari keluarga.  Kenangan lalu tiba-tiba menerpa hingga terpasa saya terpakcak seorang diri mendengar lagu tersebut sehingga habis.
Pulanglah- dendangan Aishah membuatkan perasaan ingin pulang ke kampung halaman membuak-buak seolah-olah mak sendiri yang menyanyikan.  Kerinduan bukan kerana raya, tetapi perasaan ingin berpuasa di kampung. Terkenang…