Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 15, 2012

Download e-book PERCUMA | Panduan Solat Sunat Tarawih

Download e-book PERCUMA | Panduan Solat Sunat Tarawih  Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,
Salam Ramadhan,
Solat sunat tarawih adalah amalan istimewa yang hanya boleh diamalkan dalam bulan Ramadhan sahaja.  Hukum solat sunat tarawih adalah sunat muakat iaitu sunat yang dituntut. Berdasarkan buku Panduan Solat Sunat Tarawih terbitan JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA, ia boleh dikerjakan secara berjamaah dan berseorangan.
Saya berazam supaya ramadhan kali dapat melengkapkan tarawih penuh sebulan. InsyaAllah, sama-sama kita berdoa supaya azam ini dipermudahkan.
Entry ini, saya ingin berkongsi Buku Panduan Solat Sunat Tarawih terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.  Ia disediakan dalam bentuk pdf yang boleh dimuat turun sebagai panduan berguna terutama bagi yang tiada kesempatan menunaikannya di masjid samaada uzur, ada urusan penting, atau ingin berjemaah bersama keluarga.
Boleh download disini: Buku Panduan Solat Sunat Tarawih terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


p/s: Semo…

Download Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 2012/1433 H Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia

Download Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 2012/1433 H Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejajhtera,
Syukur Alhamdulillah, kita masih bernafas hingga bersua dengan Ramadhan kali ini.
Malam ini adalah malam pertama tarawikh menandakan permulaannya 1 Ramadhan.  Ada yang buat 8 rakaat ada yang buat 21 rakaat mengikut keyakinan dan ilmu masing-masing. Ada juga yang solat seorang diri dirumah dan ada berjamaah di masjid.
Bagi saya itu bukan masalah yang besar kerana ia adalah khilaf bagi pendapat.  Masalah paling besar adalah solat atau tidak.  Masalah dalam diri saya juga. Azam ramadhan ini supaya dapat melengkapkan penuh 30 hari solat sunat tarawikh. InsyaAllah.  Sama-sama kita berdoa supaya dipermudahkan.
Jangan lupa niat puasa.
Pagi nanti kena bangun sahur, kunci jam siap-siap. Sebagai panduan untuk semua rakan blogger, berikut adalah Download Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 2012/1433 H Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia. Takut makan ter…

Segmen Ben Ashaari : BLOGLIST Ramadhan 2012/1433H

Assalamualaikum w.b.t. Dan Salam Sejahtera,
Entry ini merupakan Entry khas buat memenuhi perjanjian menyertai segmen Ben Ashaari : blog list Ramadhan 2012 / 1433H. Lama sungguh tak sertai segmen beliau. , tiba-tiba terbaca entry beliau pasal blog list Ramadhan.
Mudah jer segmen ni.
1. Letak header blog beliau 2. Buat entry khas macam entry ni 3. Jelaskan skit Blog anda perlu dipilih untuk di masukkan dalam blog list ramadhan mereka 4. Akhir sekali letakkan link entry yang ni>>  Ben ashaari : Blog List Ramadhan 2012 / 1433 H.
Semua blogger digalakkan turut Serta Sebab mungkin blog anda Akan disenaraikan dalam 200 Rakan blogger yang lain selama sebulan Bulan puasa ni. Tarikh tutup penyertaan senarai blog ini adalah 11.59 malam ni.  Kalau lepas tarawikh sempat lagi. Jom terjah segmen beliau kat sini.
Sempena segmen ini, nak membebel sikit. Boleh kot? hehe... "Bulan Ramadhan adalah bulan terbaik bagi menjana ekonomi ummah."  Itu adalah intipati tajuk ceramah Di Amba…

Kisah Puasa Anak Kampung | Nostalgia Ramadhan

Assalamualikum w.b.t dan Salam, Sejahtera

Semalam telah diumumkan dalam TV, esok puasa 1 ramadhan bersamaan 21 Julai 2012 hari sabtu. Saya tak sempat nak tengok pengumuman puasa Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Melayu yang baru Datuk Syed Danial Syed Ahmad. Bawa keluarga makan malam ke Tanah Merah.

Sewaktu kecil dulu semasa di kampung, abah mesti menyuruh saya Adik beradik tunggu depan TV menonton pengumuman tarikh mula puasa berdasarkan anak Bulan ramadhan. Saya sentiasa berteka teki supaya anak Bulan tidak kelihatan. Sebab, Masih ada satu hari untuk makan waktu siang.

Sehari sebelum puasa abah Akan membeli barang-barang persiapan Bulan puasa. Terutamanya keperluan memasak. Mak pula mengambil peluang mengemas dapur Kerana rutin memasak Bukan seperti biasa lagi.

Kenduri arwah Dan tahlil untuk dihadiahkan kepada yang telah pergi sentiasa Ada undangan. Pernah juga tak sempat nak penutian semunya. Mewah sungguh makan. Malam ramadhan pertama sebelum bermulanya puasa abah Akan Baw…

Di Ambang Ramadhan | 3 Amalan Terbaik di bulan Ramadhan & Petua Mudah Bangun Sahur | Karnival Usahawan UiTM

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, sempena karnival keusahawanan UiTM Cawangan Kelantan satu program bermanfaat telah berjaya dianjurkan iaitu Ceramah Agama Diambang Ramadhan. Penceramah jemputan yang tidak asing bagi rakyat Kelantan ini merupakan Pegawai Dakwah Jabatan Agama Islam Daerah Pasir Mas merangkap penceramah jemputan do Radio Kelantan FM.

Sambutan amat menggalakan Dari kalangan pelajar UiTM lebih kurang 4,000 lebih menaikkan semangat penceramah.

Sedar tak serdar lagi dua hari lagi insyaAllah kita semua Akan menyambut bulan yang penuh dental keberkatan, Ramadhan Al-mubarak. Banyan perkongsian ilmu yang dapat dalam tempoh 2jam sebagai persediaan menghadapi Ramadhan.

Majlis diakhiri dengan beberapa soalan yang diajukan oleh 3 orang pelajar siswa. Antaranya:

1. Apakah amalan terbaik dibulan Ramadhan?

Ringkasan jawapan penceramah: semestinya berpuasa adalah yang paling terbaik kerana ia wajib. Memang tidak dapat dinafikan lagi. Kedua, Solat tarawikh kerana ia adalah ibadat …

Karnival Keusahawanan 1 UiTM 1 Malaysia UiTM Cawangan Kelantan

Assalamulaikum w.b.t. Dan Salam Sejahtera

UiTM Cawangan Kelantan dengan bantuan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedang menganjurkan Karnival Keusahawanan 1 UiTM 1 Malaysia selama 5 hari bermula 15 hingga 19 Julai. Orang ramai dijemput nadir bagi memeriahkan program ini.

Banyak aktivit menarik yang dianjurkan untuk pengunjung. Antara aktiviti yang paling best adalah makan durian dengan kerjasama FAMA. maklumat lanjut program ini boleh dirujuk ke laman web rasmi UiTM Cawangan Kelantan. Http://kelantan.uitm.edu.my

Karnival ini melibatkan usahawan-usahawan dikalangan pelajar dan orang luar bagi menggalakkan pelajar UiTM melibatkan diri Salam bidang Keusahawanan Serra menjalinkan jaringan sebelum mereka menceburi bidang ini secara serius Selepas tamat pengajian nanti.

Tinggal dua hari lagi Karnival ini Akan tamat Dan majlis penutup Akan diadakan pada hari khamis ini. Semoga program sebegini dapat dianjurkan setiap semester Dan semoga ia memberi manfaat kepada semua.

P/s: Bagi …

Pesta Makan Durian

Pesta Makan Durian


Asalamualaikum w.b.t. Dan Salam Sejahtera,

Kelmarin adalah pertama kali saya menyertai Pesta Makan buah Durian. Saya bersama beberapa rakan setugas yang sedang berbengkel I'd UiTM Pulau Pinang dijemput untuk menjamu nafsu dengan buah durian yang sangat banyak sempena Festival Usahawan UiTM Cawangan Pulau Pinang. Festival ini sebenarnya di adakan serentak di seluruh cawangan UiTM. Seumur hidup, saya tak pernah Makan buah durian sebanyak itu.

Kesannya, malam tak dapat tidur. Kepala berdenyut. Mungkin panas buah durian menular dalam jasad hingga ke urat saraf. Balik rumah terus rasa nak demam. Ia pengalaman yang memberi pengajaran. Betullah pesan orang orang lama, buat sesuatu jangan berlebihan buruk padahnya.


P/s: Jangan terlalu memenuhi keinginan diri. Selalunya is hanyalah nafsu yang merajai.