Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 1, 2012

Betul ke Lelaki Lebih Cerewet Berbanding Wanita?

Assalammualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,
"Sesungguhnya lelaki lebih cerewet berbanding wanita.  Itu adalah kenyataan pahit tentang diri saya yang terpaksa di terima."
Semalam saya meluangkan masa sepetang hingga malam bersama isteri dan anak. Tempat biasa yg kami tuju, KB MALL penuh sesak dengan rombongan rakyat kelantan yg bercuti. Jumaat adalah hari minggu di sini. Agak lama saya hendak menyesuaikan diri suatu ketika dahulu.
Misi kami kali ini hanyalah satu,menggantikan kasut kerja saya yang telah koyak. Itu pun setelah dipujuk berkali-kali oleh isteri dan dia sendiri nak belanja sebagai hadiah hari jadi.  Bagi saya, kasut tersebut masih boleh digunakan lagi jika dibaiki. Tapi tulah lelaki, sangat cerewet dengan kehidupannya. Mesti korang kelirukan? Apakah hubungkaitnya pula situasi ini dengan cerewet? Ya, memang berkait. Fikirkanlah sendiri.
~~~ Sampai di KBMALL, saya mengambil kesempatan singgah di kedai buku kegemaran Syarikat Muda Osman. Hampir sejam ju…

Ada apa di blog Uncleseekers.blogspot.com ???? | Disebalik Blog UncleSeekers

Jom Terjah Blog UncleSeekers Sebelum ini saya tak pernah melawat blog Uncleseekers.  Selepas beliau popular di TV3 saya baru terserempak dengan blog ni.  
Blog beliau gelap dan sangat ringkas bertemakan "Seek the Truth". Setakat jam 3:18a.m. seramai 3070 telah menjadi follower beliau. Traffik beliau sangat laju mungkin disebabkan kontroversi yang timbul.

Uncleseekers hanya menggunakan platform percuma blogspot.
Untuk mengenali beliau lebih lanjut, jom terjah http://uncleseekers.blogspot.com

p/s: Fikir dan nilai sendiri kandungan blog beliau. Ehem... entry ini sekadar nak uji seo blog saljuhumairah ...hehe...

Promosi Gerai | ADC | ADNI DIGITAL CENTER | Pusat Cetak Student UiTM Kelantan

Promosi Gerai | ADC | ADNI DIGITAL CENTER
Dua hari lepas saya berkesempatan melawat "Student Center" UiTM Cawangan Kelantan (UiTMCK).  
Ia adalah pusat kegiatan pelajar yang kedua siap dibina di antara Kampus-kampus cawangan UiTM selepas UiTM Sarawak.  Banyak kemudahan disediakan disini bagi mendorong meningkatkan kemahiran "softskill" pelajar-pelajar UiTMCK.
Salah satu aktiviti yang saya sangat sokong adalah, penglibatan pelajar sebagai usahawan.  Saya sentiasa menyokong penuh sekiranya ada pelajar yang suka berniaga.  Ia adalah langkah pertama menjadi usahawan.  
Melihat pelajar-pelajar berniaga terkenang zaman belajar di UiTM Shah Alam dulu, saya pernah berjalan dari bilik ke bilik di Kolej menjual nasi lemak.  Ia sekadar meraih komisyen RM0.20 sebungkus. Langsung tak padan dengan usaha yang dilakukan.  Tapi, itulah hakikat permulaannya berniaga.
Masih belum banyak gerai dibuka disini.  Tak salah, baru tiga (3) lot yang dibuka.  Mesin ATM Bank Islam dan mula …

Download Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 2012/1433H

Download Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 2012/1433H
Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera.


Lagi beberapa hari kita semua nak sambut bulan Ramadhan.  Rindu suasana Ramadhan semakin terasa, tambah-tambah bila teman isteri puasa.  
Kenangan terindah bulan Puasa di kampung bila petang mak akan siapkan makanan suruh saya hantar ke rumah jiran. Lepas tu makanan yang dihantar akan ditukarkan, pula, orang utara panggil salin bekas.
Waktu sahur pun best jugak, mak mesti masak makanan sedap-sedap bagi memastikan saya tidak tidur semasa sahur.  Alangkah indahnya kalau dapat balik berpuasa di Kampung.

Selamat menyambut Ramadhan.





Jom Download Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 2012/1433H sebagai persediaan dan panduan nanti. Jadual ini hanya untuk Kuala Lumpur dan Putrajaya sahaja.  Bagi negeri lain, saya akan kemaskini kemudian.
Kemaskini senarai disini: Download Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 2012/1433H



Kemaskini: 21 Julai 2012


Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri se…

Seksanya Kalau Gas Masak Habis | Iklan baru Petronas

Seksanya Kalau Gas Masak Habis | Iklan Baru Petronas Korang pernah tak alami situasi baru balik shoping barang dapur dengan penuh semangat nak memasak, tiba-tiba bila buka dapur, gas pulak habis.  Mood tiba-tiba hilang.  
Dah la penat, perut lapar pulak.  Rumah pulak tinggi, nak turun bawah tanggung tong gas, pegi kedai.  Kemudian nak tanggung lagi tong gas yang penuh naik atas balik.  Banyak betul proses.  Telefon jer no. ni; (1-300-888-427: The new number to order Gas PETRONAS)
gas datang sendiri sampai depan rumah.
Sekarang ni mudah sangat-sangat.  Layan video ni:


Kata-Kata Hikmah Malam Jumaat | Saljuhumairah

Kata-Kata Hikmah Malam Jumaat | Saljuhumairah Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,
Malam penghulu hari ini, saya terasa ingin berkongsi kata-kata hikmah yang saya petik dari buku "Bersyukur Saat Diuji" - Oleh Prof. Kamil Ibrahim
Buku ini terlalu lama untuk saya habiskan kerana ingin betul-betul menghayati apa yang ingin disampaikan oleh Prof. Kamil. Bersama kita hayati kata-kata ini:
"Baik bagi kita tidak semestinya baik di sisi Allah.  Allah lebih mengetahui berbanding dengan kita sebagai manusia yang lemah, fakir dan cetek ilmu pengetahuannya."

p/s: semoga ia memberi manfaat kepada kita semua.