Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 17, 2012

Klana Resort Seremban ada paip air

Assalamualaikum w.b.t. Dan Salam Sejahtera, 
Siri travelog kali ini saya bermusafir ke Seremban.  Alhamdulillah, selamat tiba di Klana Resort,  jam 4:00petang setelah selesai urusan di Kampus Induk. Lokasi bermusafir untuk bermesyuarat ini agak menarik.  Kali pertama menjejak kaki disini sedikit teruja dengan hiasan dalaman di bahagian receptionist yang sangat unik.  InsyaAllah sekiranya berkesempatan saya akan upload gambar yang akan di rakam.
Untuk rekod, lokasi resort ini berhampiran dengan bandar Seremban.  Namun begitu, agak sukar dicari bagi pengunjung yang belum pernah datang ke sini seperti saya.  Kerana jalannya agak mengelirukan. Kami tersesat di tengah bandar sebelum sampai tadi.
Selepas proses pendaftaran sempat berborak bersama rakan-rakan yang akan bermesyuarat mulai malam ini.  Kemudian terus ke bilik.  Perkara pertama yang saya semak adalah tandas.  Syukur, ada paip air untuk tandas.  Kalau tidak! amat menyiksakan.  Bilik-bilik hotel sekarang banyak yang tak ada pai…

Kata-Kata Hikmah Sempena Hari Bapa | Doa untuk Ibu Bapa

Kata-Kata Hikmah Sempena Hari Bapa Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,
Dah beberapa hari saya terlepas posting untuk blog ini.  Bukannya terlalu taksub dengan dunia blogging, tetapi tidak menulis disini bermakna saya dalam keadaan tekanan.  Emosi tidak stabil dengan tugasan seharian.  Harapan semoga tugasan wajib dapat dilaksanakan dengan sempurna dan tugasan-tugasan lain diterima sebagai ibadah.  
Malam yang indah ini, saya ingin berkongsi kata-kata yang diambil dari ambil dari entry sebuah blog mahabbahislamiyah.  Beliau mengubah kata-kata menjadi doa yang sangat indah  untuk dihayati hingga tersentuh ke ulu hati.  Kita bersama-sama hayati :
Ya Allah ya Tuhan ku, Aku menghulurkan kedua tanganku yang hina ini, memohon Engkau limpahkan rahmat dan hidayahMu. Terasa terlalu lemah diri ini tanpa pertolonganMu ya Allah.
Ya Allah Segala pujian bagiMu Tuhan Sekelian Alam. Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Tuhan Pemerintah hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan …