Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 27, 2012

Penarik Beca

Assalamualaikum w.b.t. Salam Sejahtera,
Pasar Siti Khadijah adalah pusat dagangan yang menarik untuk berkunjung di Bandar Kota Bharu Kelantan. Kalau entry semalam saya ada menyebut KB Mall adalah pusat membeli belah yang sering saya kunjungi bersama keluarga. Tatapi pasar Siti Khadijah ada keunikan tersendiri yang tiada di negeri lain. Soaps yang pernah berkunjung ke sini pasti perasan akan ada pelancong luar yang merakam kenangan disini. 
Kami memang jarang datang melainkan sekiranya ada saudara mara dari luar Kelantan yang berkunjung.  Mereka sendiri yang meminta untuk menemani ke Pasar Siti Khadijah walaupun tidak membeli.   
Awal tahun ini saya menemani bapa saudara isteri kesini untuk membeli kain. Selesai urusan saya mengambil kesempatan untuk menaiki beca bersama anak dan isteri.  Itulah kali pertama dalam hidup saya menaiki beca kerana kesiankan anak yang masih kecil dengan cuaca yang sangat panas untuk ke parkir kereka yang agak jauh. 
Saya memilih sebuah beca yang agak cantik…

MacBook Air Yang Menawan

Assalamualaikum w.b.t. Dan Salam sejahtera,
Tiba-tiba penyakit malas melanda jiwa.  Mungkin keadaan kesihatan tubuh yang mengganggu, sedikit memberi kesan terhadap performance diri.  Belum dikira penyakit hati lagi.  Hinggakan nak buka laptop pun tidak terdaya.  So, cukuplah sekadar posting entry guna smartphone, tak perlu tunggu loading boot windows. 
Bertemankan secawan kopi panas saya menaip entry ini didalam kesamaran cahaya lampu bilik hotel UiTM yang kelam.  Dua orang rakan lagi dah lama hanyut dibuai mimpi indah.  Saya kesorangan merindui Husna Umaira Dan ibunya.  Teringat juga keluarga di kampung, dah lama tidak menjenguk mereka. Erm..... Terasa lama sungguh tak pulang.  Ish....ish..... Seronok juga sekali sekala melayan perasaan. 
MacBook Air
Balik cerita windows tadi;
Teringat dua bulan lepas saya berkunjung ke KB Mall, Kota Bharu bersama keluarga.  Indahnya dapat meluangkan masa bersama mereka.  Itu lah satu-satunya pusat membeli-belah terkenal di Kelantan selain Tesco. Bagi s…

Akhirnya "Bersyukur Saat Diuji" Dalam Gengaman

Akhirnya "Bersyukur Saat Diuji" Dalam GengamanAssalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,

KRTSSaya hanyalah seorang manusia kecil dari kelompok besar yang membaca blog Kehidupan Ringkas Tapi Signifikan (KRTS) tulisan Prof. Kamil Ibrahim.  Tidak pasti beliau kenal atau tidak saya dari ribuan rakyat Malaysia yang meminati hasil karya beliau.  Dahulunya kami satu organisasi (UiTM).  Sekarang beliau jauh di Madinah.
Ada apa denganKRTS? Yang saya pasti, sedikit kemanisan dapat dirasai disetiap entry beliau. Tak percaya? cubalah kesana.  Pasti tak jemu.
Sebelum ini saya pernah menulis tiga (3) entry ringkas tentang Prof. di dalam saljuhumairah iaitu Blog Mesti BacaTravelog Haji + VCD | Muhd Kamil Ibrahim dan Review Blog Hari Ini | Kehidupan Ringkas Tapi Signifikan untuk berkongsi minat dengan pembaca yang lain. Semoga lebih ramai yang berkunjung ke sana.
Selain menulis blog, prof juga menulis beberapa buah buku yang meletup dipasaran kerana bagi saya beliau menulis terus dari hati…

Majalah Special Untuk Pelajar Univerisiti | JOM

Majalah Baru Terbit Untuk Mahasiswa Assalamualaikum w.b.t.
Semalam saya terserempak majalah baru, terbitan Deen Reach Marketing.  Mulanya kelihatan sangat pelik.. dua kali ulang semula video promo baru faham.
Dalam hati tiba-tiba berkata
"alhamdulillah, anak-anak muda sekarang semakin faham... lagi advance dari zaman jahilliah aku dahulu"
JOM! Tajuk majalah yang ringkas... mesti tak percaya. Tapi mungkin ia sesuai untuk golongan belia remaja dalam dunai persaingan dengan majalah-majalah picisan yang berlambak dipasaran.  Tahniah! diatas penerbitan ini, supaya generasi kami boleh memilih yang terbaik sekiranya ia ada dipasaran.
Jom layan klip video promo pra-pelancaran.



Layan pulak klip video pelancaran.  

<p><p><p>aas</p&a…

#Read Warrior | Keputusan Penuh Kelantan Vs Johor FC | 26 Mei 2012

Keputusan Penuh Kelantan Vs Johor FC 26 Mei 2012  Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,
Saya sentiasa mengikuti perkembangan bola sepak pasukan kelantan (Red Warrior).  Bukan kerana nama mereka semakin popular, tetapi mungkin disebabkan saya tinggal di Kelantan lebih 3 tahun.  
Bagaimana cara promosi pasukan ini dikelantan sehingga melekat dihati yang pasukan ini adalah pasukan terbaik.  Mungkin ada pasukan yang lebih baik, tetapi kaedah promosi memain peranan dan semangat kesatuan yang tinggi dikalangan penyokong.  
Antara kelab penyokong pasukan Kelantan yang aktif adalah Ultras Kelantan - The Red Mania.  Apa yang mereka lakukan memang diluar jangkaan.  Boleh dikatakan kelab penyokong paling fanatik.  Tahniah untuk korang.
Malam tadi saya tidak berkesempatan menonton pertembungan antara Kelantan dengan Johor FC.  Selamat ada liputan penuh dan keputusan akhir perlawanan mereka hanyalah seri 0-0. Boleh tonton keputusan perlawanan malam tadi dibawah:
Ultras Kelantan-The …

Kata Kata Hikmah I Luv Islam | Malas

Kata Kata Hikmah I Luv Islam | Malas Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, pagi hari ini selesai tanggungjawab memberi sedikit ceramah motivasi halatuju lepas SPM kepada pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 sempena program Selangkah ke Universiti anjuran bersama BAKTI dan UiTM Cawangan Kelantan.

Salah satu perkara yang saya sebut adalah MALAS.  Malas merupakan penghalang utama kejayaan yang membunuh diri kita dalam diam.

Majoriti pelajar-pelajar yang ditanya kenapa gagal dalam peperiksaan, bukannya mereka tidak pandai tetapi ramai yang menjawab sebab malas.

Malas adalah sikap, yang mana proses pembelajaran dari sekolah rendah sehingga SPM bukanlah semata-mata untuk sebuah peperiksaan.  Tetapi adalah untuk mendidik dan membentuk sikap kita sendiri.  Jika diikutkan, keputusan peperiksaan hanyalah tertulis diatas kertas sahaja dan langsung tidak bernilai bagi seorang yang dah bekerja.

Namun, disbelik keputusan yang direkodkan tersirat sikap yang dibentuk dala…