Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 13, 2012

UiTM Dihatiku | Yang Di-Pertuan Agong dimasyhurkan sebagai Canselor UiTM ke-4

Yang Di-Pertuan Agong dimasyhurkan sebagai Canselor UiTM ke-4 Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,
Sebagai alumni dan sekarang sebahagian dari UiTM saya berasa bangga kerana UiTM adalah satu-satunya Universiti yang Canselornya adalah Yang Di-Pertuan Agong Malaysia.  Baru-baru ini beliau secara rasminya telah dimasyhurkan sebagai Canselor UiTM ke-4.
Ikuti laporan majlis tersebut. Sumber asal: Laman Rasmi UiTM.
Istiadat Pemasyhuran DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Mu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah sebagai Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang keempat telah berlangsung di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam, pada 12 Mei 2012.

Perlantikan Seri Paduka Baginda adalah mengikut Seksyen 19A (2), Akta Universiti Teknologi MARA 1976 (Akta 173), yang menyebut Yang Dipertuan Agong secara langsung akan dilantik sebagai Canselor UiTM sepanjang tempoh pemerintahannya.

Pemasyhuran y…

Hukum Bisnes Online Cara Dropship - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Bisnes Online Cara Dropship - Ustaz Azhar Idrus Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,
Dah sekian lama saya menjalankan perniagaan online dengan Edymart mengikut kaedah Dropshipping baru hari ni terjumpa berkenaan hukum berniaga tanpa ada produk.  Edymart teruskan berjuang, halatuju dan mengikut syariat.

Tengok video dibawah untuk penerangan.



P/s: Semoga perkongsian video ini memberi manfaat kepada semua.

Untuk Blogger Yang Masih Belum Faham Apa Itu SEO?

Untuk Blogger Yang Masih Belum Faham Apa Itu SEO? Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Dalam pencarian mencari makna SEO saya telah menjelajah berpuluh-puluh laman web dan membaca beberapa ebook. Namun, masih belum faham konsep sebenar SEO ni.  
Untuk entry ini, saya ingin berkongsi video yang sangat ringkas tetapi jelas maksud sebenar SEO.  Baru hari ini terjumpa.Semoga video ini membantu anda semua.
Video ini saya terjumpa dari laman blog ini : mybloggertricks


Skuad Jelajah Destini Anak Bangsa bersama Dato' Naib Canselor UiTM akan Mengelilingi Kelantan pada 21 - 22 Mei 2012 )

Siri Jelajah Destini Anak Bangsa Assalamualaikum w.b.t. & Salam sejahtera,

Gerakan Destini Anak Bangsa telah bekerjasama dengan UiTM bagi menjayakan satu siri jelajah yang diberi nama “JELAJAH DESTINI ANAK BANGSA 1MALAYSIA” ke seluruh Malaysia sepanjang Mei 2012 telah dianjurkan oleh Gerakan Destini Anak Bangsa (GDAB), sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Dinaungi oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, program ini diadakan dengan tujuan utama adalah untuk membantu anak-anak golongan kurang berkemampuan di luar bandar, pedalaman dan miskin bandar untuk menyambung pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Bertempat di Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam, acara pelepasan konvoi kenderaan atau flag off’ “JELAJAH DESTINI ANAK BANGSA 1MALAYSIA” pada kali ini diadakan dengan penyertaan seramai lebih 70 orang sukarelawan, terdiri daripada pelajar dan alumni UiTM sendiri. Acara pelepasan tersebut disempu…

Cara-Cara Top-Up Maxis Broadband SKMM

Cara-Cara Top-Up Maxis Broadband SKMM Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,
Bagi pengguna Maxis Broadband SKMM mungkin tertanya-tanya bagaimana nak top-up.  Saya terjumpa satu tutorial yang mungkin dapat membantu.  Tetapi saya masih belum cuba kerana belum menggunakannya.
1. Langkah pertama, layaran laman web ini dengan menggunakan line broadband tersebut: http://www.hotlink.com.my/web/portal/broadband
2. Klik link TOP UP HOTLINK
3. Lepas tu reload kredit anda RM10+RM10+RM5 = RM 25 kat web page tersebut

4.  Masukkan no. top up anda.
5.  Ok,lepas dh top up , klik kat buy subscription dan klik bawah sekali bahagian ACTION. Selepas melanggan kita akan dapat menggunakan 30 hari dengan kuota 700MB seperti sebelumnya….
~Klik bahagian yang saya tandakan warna merah didalam gambar dibawah.

~ Semoga artikel ini membantu pengguna Maxis Broadband SKMM.

Perbandingan iPad 2 (Apple) dengan Galaxy Tab 7.7 (Samsung)

Perbandingan iPad 2 (Apple) dan Galaxy Tab 7.7 (Samsung)

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera Semua,
Dunia teknologi sekarang semakin lama semakin tak terkejar.  Kalau hari ini kita mula mengumpul modal untuk gadget impian, cukup duit yang disimpan muncul pula gadget terkini yang makin canggih.  Gadget impian kita dah jadi lapuk.
Tapi, tidak semestinya kita tidak memiliki teknologi kita ketinggalan.  Banyak maklumat yang dikongsikan oleh pengguna tegar teknologi di alam maya ini (internet).  Tidak juga, pemilik teknologi memberi pendapat yang betul, kadang-kala pengkaji-pengkaji gadget lebih mengetahui dari pengguna.  
Lagi satu, setiap teknologi gadget bukanlah memenuhi semua keperluan dan keinginan pengguna.  Penggunalah yang haru bijak memilih mengikut apa yang diinginkan.
Entry kali ini, saya ingin kongsikan perbandingan iPad 2 dari syarikat Apple dengan Samsung Galaxy Tab 7.7 yang menjadi sebutan penggemar gadget Malaysia. Perbandingan hanyalah berdasarkan Skrin, Kuas…

Kata Kata Hikmah Imam Syafie #Hujah

Assalamualaikum wbt.

Mungkin kata ini berguna bagi yang suka berhujah. 

    "aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti akan kalah berhujah dengan seorang yang jahil kerana orang yang jahil tidak pernah faham landasan ilmu" - Imam Syafie
Published with Blogger-droid v2.0.4

Siti Nurhaliza Ft. Opick | Ketika Cinta | Kata Kata Hikmah #Lagu

Siti Nurhaliza Ft. Opick | Ketika Cinta

Lagu nyanyian opick ini betul-betul syahdu dan turut dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza dalam album Tahjud Cinta (Siti Nurhaliza). Satu-satunya album kerohanian Siti Nurhaliza yang terbaru.

KETIKA CINTA - OPICK

Ada tiada rasa dalam jiwa

Rindu akan memanggil Mu

Karna setiap jiwa tlah bersumpah setia

Hanyalah pada Mu
Bila cinta ada di dalam jiwa

Wangi bunga dunia tanpa nestapa

Sgala yang dirasa hanyalah Dia

Hatikan memuja hanya padaNya
Ketika cinta memanggil

Gemetar tubuhku

Ketika cinta memanggil

Hangatnya nafasku

Ketika cinta memanggil

Sang rindu

Ketika cinta memanggil
Rindu…rindu…rindu kalbu

memanggil-manggil nama Mu

Seperti terbang di langit Mu

tenggelam di lautan cinta Mu
Bertabur kalbu yang rindu

Melebur menjadi satu

Bagai menari diiringi pelangi

Ketika cinta memanggil

Review Buku : Mengenal Diri Dan Wali Allah

Assalamualaikum w.b.t. Dan Salam Sejahtera,



Empat tahun lepas saya terjumpa buku ini di rak buku along.  Pelik, langsung tak faham satu APA pun yang diceritakan dalam buku ini.  Dah la merangkak-rangkak sebab edisi pertama diterbitkan menggunakan tulisan jawi.  Memang tak faham.  Terpaksa melupakan niat untuk khatam. Sempat beberapa helai sahaja.


Setahun setelah menjumpai buku jawi tersebut, saya terjumpa buku sama yang telah diterjemah dalam kepada tulisan rumi di sebuah kedai buku PKNS (Selangor) .  Sedikit perbezaan dari sudut rupa kulit depan antara buku jawi Dan rumi tapi isi kandungan tetap sama.  Walaupun dalam tulisan rumi, sebulan jugak saya menjadi bingung nak menghabiskan buku ini. Sekali tengok kecil Dan nipis jer... Tapi isinya padat. Lupa nak maklum, Tajuk buku "Mengenal Diri Dan Wali Allah".


Buku ini ada sambungan, iaitu "Ramuan Tasauf".


Di kulit belakang buku (Ramuan Ilmu Tasauf) ini tertulis : "buku 'ramuan ilmu tasauf' ini merupakan …

Terapi Penenang Jiwa | Pensyarah UiTM Cawangan Kelantan

Terapi Penenang Jiwa Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,
Dalam dunia sekarang, jiwa-jiwa manusia sering menjadi gundah atau dalam bahasa mudahnya tekanan (stress).  Banyak faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku dan kesannya sangat hebat sehinggakan ada yang tidak dapat dibendung mengambil jalan mudah membunuh diri bagi menamatkan penderitaan.
Berbagai kaedah dan teori muncul untuk membatu menyelesaikan masalah ini. Namun, bukan semua method yang diajar sesuai dengan setiap individu.
Saya ingin berkongsi sebuah artikel yang dikarang oleh seorang pensyarah UiTM Cawangan Kelantan.  Artikel ini menerangkan bagaimana zikir menjadi terapi dalam mententeramkan jiwa-jiwa manusia.  


Bil 17 Terapi Penenang Jiwa

Kata Kata Hikmah #Lagu | Mistikus Cinta

Kumpulan Dewa19 - Mistikus Cinta

Mistikus Cinta: Apa kaitan Misteri dan Tikus?

Saya memang tak tahu...korang lah kena cari jawapan sendiri.. Lirik lagu ini mengimbau zaman kegemilangan kumpulan Dewa19 dari Indonesia.  Sangat nostalgia, mengenangkan waktu study di UiTM Shah Alam.

Kumpulan ini boleh dikatakan lagenda dari seberang.  Kenapa saya meminati kumpulan ini? Sebab! Terlalu banyak kata kata hikmah dalam lagu mereka untuk difikirkan.  Susunan muzik pun best, tak kisahlah walaupun ada yang kata ada pengaruh muzik barat. Yang penting apa yang ingin mereka sampaikan ada makna.  Bukan sekadar lagu biasa.

p/s: Tak perlu nak banyak bebel...korang layan jer lah... lagu yang tinggi maknanya... sama-sama kita berfikir...

Dewa – Mistikus Cinta
Mistikus Cinta - Dewa
Ketika pertama kali
Jiwamu ingin selalu dekat
Dengan jiwaku yang belum bisa
Menterjemahkan segala
Arti pertemuan ini
Arti cumbu rayu ini
Yang mungkin bisa memusnahkan
Kenyataan hidup yang terjadi
Ketika jiwamu
Merasu…