Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 6, 2012

Beringatlah Pelajar-Pelajar Tingkatan 4

Kesilapan Alam PersekolahanSaya pernah melalui zaman persekolahan sama seperti budak sekolah yang lain.  Bezanya mungkin keadaan semasa sahaja.  
Kemuncak persekolahan adalah peperiksaan.  Iaitu ujian kepada apa yang telah kita pelajari.  Ada tiga tahap iaitu UPSR, PMR dan SPM.  Ketiga-tiganya saya hadapi dengan berbeza-beza cara.  Hasilnya, keputusan diperolehi tidak sama.  Adat lah. 
Tahap motivasi saya bagi setiap peperiksaan sangat jauh ketara.  Mungkin sebab cikgu kot? atau sebab kawan-kawan yang berbeza... Mungkin!
Saya merindui sekolah.


Kesilapan paling besar alam persekolahan adalah semasa di tingkatan 4.  Pernah dengar perkataan "Honeymoon"?  Tahap motivasi untuk tahun tersebut tiba-tiba meningkat untuk bermain.  Menikmati sepenuhnya erti dunia.  Bagi saya, level paling bahaya dan perlu berhati-hati adalah dalam tempoh ini.  Ada yang berubah kepada lebih baik, ada yang berubah kepada lebih teruk. 
Kenapa? sewaktu ini, kita semua belajar membuat keputusan sendiri yang …

Kata Kata Hikmah Hamka | Kecantikan

Kata Kata Hikmah Hamka | Kecantikan Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.

(Hamka)
Kenal Hamka? Hamka adalah ringkasa kepada "Haji Abdul Malik Karim Amrullah"
Beliau telah dilahir di Kampung Molek, Meninjau, Sumatera Barat, Indonesia pada 17 Februari 1908 - 24 Julai 1981) dan merupakan seorang penulis serta ulama' ulama terkenal Indonesia.

Ayahnya ialah Syekh Abdul Karim bin Amrullah, yang dikenal sebagai Haji Rasul, yang merupakan pelopor Gerakan Islah (tajdid) di Minangkabau, sekembalinya dari Makkah pada tahun 1906.

Tokoh ini mendapat nama panggilan "Buya" yang diambil daripada perkataan Arab 'Abi' atau 'Abuya' yang membawa maksud ayah atau seseorang yang amat dihormati.

Hamka merupakan ketua Majelis Ulama Indonesia,salah satu daripada pertubuhan agama Islam yang terbesar di Indonesia selain Nahdlatul Ulama dan Muhammadiyah.

Sewaktu zaman penjajahan Belanda,H…

Kata-Kata Hikmah @ Cinta Sejati | Wordless Wednessday

Kata-Kata Hikmah | Cinta Sejati   
Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai. ~ HAMKA

Ranking Blog Alexa

Ranking Blog Alexa saljuhumairah Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,
Dah lama tak semak ranking blog di Alexa.  Sungguh tak terduga dah naik rupanya.  
Berapa ranking blog anda? Jom semak sini.


Review Buku | Menyingkap Tirai Syukur | Lambang Sebuah Impian

Menyingkap Tirai Syukur  Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,
Lama benar saya tidak mengulas buku di Saljuhumairah. Dah tak ingat judul buku terakhir yang telah saya posting.  Entry ini khusus untuk memperkenalkan sebuah buku ringkas yang sangat bermakna dalam kehidupan saya dan keluarga. Kerana ada kisah untuk dikenangkan.  Buku ini diterbikan oleh Mustread Publication berjudulMenyingkap Tirai Syukur.
~ ~ ~ ~  Kenangan
Terkenang 19 tahun lepas ketika saya masih di  Sek. Keb. Gunung Semanggol, Perak.  Waktu tersebut masih lagi di darjah tiga (3).   Abang telah menerbitkan naskah komik hasil lukisan sendiri.  Hanya menggunakan dua (2) helai kertas A4 yang dilipat dua (2) menjadikan empat (4) muka surat bercetak.  Semua proses penerbitan dilakukan sendiri tanpa bantuan siapa pun melainkan urusan percetakan yang terpaksa memohon bantuan abah untuk photocopy di sebuah kedai cina di pekan Gunung Semanggol (waktu tersebut yang sebuah kedai yang menyediakan perkhidmatan per…